EP 29

102 5 1
                                    

Setelah seminggu selepas Jimin dan Taehyung bergaduh di atas bumbung sekolah. Hubungan Y/n dan Jimin semakin baik tetapi Taehyung pula disebaliknya. Taehyung selalu abaikan Y/n apabila Y/n mahu bercakap kepadanya. Y/n tidak memaksa Taehyung untuk bersemuka dengan dia.

Y/n duduk di sebelah Jisoo dan bertanya kepadanya.

"Jisoo,kau tak tanya ke kat Taehyung pasal masalah dia sejak seminggu ni?" Y/n berkata.

"Aku tanya tapi dia jawap 'tak ade apa' kat aku"

"Kau pujuk la dia entah-entah dia nak ditemankan" Y/n senyum kepada Jisoo. Jisoo mengganguk saja.
----
»Y/n P.O.V«

Aku berjalan ke rumah selepas tamatnya masa persekolahan. Aku termenung sejenak dan aku terkejut apabila aku merasa ada orang pegang tangan aku. Aku pandang di sebelah dan di situlah munculnya pasangan hidup aku.

Dia tersenyum dan kami berjalan sambil berpegang tangan. Jimin memberhentikan perjalanan dia dan pandang ke arah aku.

"Awak nak tak pergi rumah saya?" Jimin bertanya. Aku tergamam. Aku mula berasa muka aku merah disebabkan aku sudah fikir macam-macam.

"Kenapa muka awak merah ni?" Jimin pegang dua belah pipi aku dan aku mula panik. Aku kebelakangkan badan aku.

"T-tak ada apa..t-tapi kenapa awak ajak saya ke rumah awak?" aku bercakap dengan gagap.

Ish..kenapa kau gagap Y/n aduhh mesti dia fikir kau ni fikir benda lain.

"Hahaha..Y/n,saya cuma nak memperkenalkan teman wanita saya kepada keluarga saya lah" Jimin ketawa lagi.

"O-Oh.." aku menundukkan kepala dan berjalan dengn laju sebab malu.

"Y/n,tunggu saya!!" Jimin berlari mendapatkan aku.
----
Mereka berdua telah sampai di muka pintu rumah Jimin. Jimin mengetuk rumahnya dan memanggil maknya. Y/n pula setia di belakang Jimin. Tidak lama kemudian,pintu itu dibuka.

"Hah...dah balik pun anak mak~" Mak Jimin berkata dan tersenyum manis.

"Mak saya ada ajak seseorang ni"

"Siapa?"

Jimin pun tarik Y/n untuk berdiri di sebelah Jimin. Y/n malu-malu dan berkata,

"Selamat petang makcik..saya Y/n.."

"Ini teman wanita Jimin,mak" Jimin berkata dengan suara yang riang. Mak Jimin tengok mereka berdua dengan mata bulat.

Tiba-tiba..

"Alahai,cantik nya teman wanita kamu ni!!" Mak Jimin terus memeluk Y/n dan sapu belakangnya dengan lembut. Y/n membalas pelukannya.

"Saya tahu mak.." Jimin tersenyum sambil melihat Y/n.

"Marilah masuk,kamu berdua duduk dulu mak nak buatkan air" Mak Jimin terus masuk ke dalam rumah untuk buatkan air. Jimin tarik tangan Y/n dan mereka pun masuk ke rumahnya.

Dalam beberapa minit,mak Jimin datang dengan dulang yang di atasnya mempunyai 2 gelas air jus oren. Dia meletakkan dulang itu kat depan pasangan itu.

"Mana ayah?" Jimin bertanya sambil mengambil air untuknya dan Y/n.

"Dia masih bekerja..mak dengar yang Y/n ni kawan kamu dulu?"

"Ye mak,sekarang dia jadi kekasih saya buat selama-lamanya" Y/n mendengar perkataan yang dikeluarkan oleh Jimin terus berasa malu. Maknya tersenyum saja.

"Y/n..makcik dengar yang kamu ni anak yatim? Jadi makcik rasa kasihan dan macam mana dengan pembiayaan hidup kamu?" mak Jimin berkata. Y/n terdiam seketika.

"Saya ada abang..abang saya yang susah payah mencari duit untuk kami berdua dan saya bersyukur yang saya masih ada abang pada hari ini" Y/n tersenyum sambil mengingatkan abangnya,Yoongi di rumahnya.

Mak Jimin tersenyum,"Oh begitu..baguslah macam tu..makcik harap kamu boleh menjaga anak makcik ni dengan baik sebab..dia agak nakal jugak" dia ketawa kecil.

"Ish mak ni..saya pandailah jaga diri sendiri" Jimin buat-buat merajuk. Mak Jimin dan Y/n ketawa melihat gelagat Jimin yang comel itu.

"Dah dah..kamu berdua berbual lah atau Y/n..nak balik?" Maknya bertanya lagi.

"Oh ye..saya rasa saya perlu balik sebab saya takut abang saya risau. Tak apa nanti ada masa terluang saya datang lagi ke rumah makcik ye" Y/n bangun dari sofa dan salam makcik.

"Baiklah,makcik mengalu-alukan kedatangan kamu,nak" Mak Jimin mengusap bahu Y/n dan senyum.

"Kirim salam kepada pakcik ye" Y/n berkata lagi dan berjalan keluar daripada rumah Jimin.

"Y/n tunggu!" Jimin menjerit namanya. Y/n menoleh dan Jimin mencium pipi Y/n. Y/n membulatkan mata dan mukanya merah kembali.

"Bye sayang" Jimin membisik dan kenyitkan matanya. Y/n kaku manakala Jimin telah masuk ke dalam rumahnya. Setelah perasan yang Y/n tak bergerak daripada rumah Jimin akhirnya dia berjalan pergi ke rumahnya dengan muka merah.

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now