EP 14

142 8 0
                                    

»Y/n P.O.V«

Setelah lama kami bercuti di sini akhirnya hari ni kami mahu pulang ke rumah kitaorang.

Kitaorang semua tengah kemaskan barang2 dan letak di dalam bonet kereta. Setelah siap,kami naik kereta seperti hari pertama kami bercuti di sini dan beredar.

Semasa perjalanan di dalam kereta Jimin,aku dan abang aku berborak bagaimana kami berseronok di situ. Walaupun agak sekejap,tetapi kami masih menikmati percutian ni.

Dan aku sangat gembira.

"Wah..pada bulan ni ialah bulan yang paling bahagia bagi aku" aku berkata riang.

Jimin dan Yoongi cuma senyum dan mengangguk saja.

"Lama kita tak keluar sama2 macam ni..kan Y/n?" Jimin berkata dan melihat cermin yang memantul tempat duduk belakang.

"Betul tu..harap kita keluar macam ni lagi ok?" aku berkata.

"Ok je~" Jimin menjawap.

Di dalam kereta tu diam seketika. Semua sibuk dengan hal masing2. Aku melihat luar tingkap,menikmati pemandangan. Yoongi pula main telefon. Jimin pula fokus memandu.

Di dalam kereta tu,cuma dengar lagu yang dipasang. Lagu tu agak merdu dan penyanyinya seorang perempuan. Suaranya sesuai dengan suasana sekarang. Tanpa aku sedar,aku tertidur di tepi tingkap.
—————
»Author P.O.V«

Dua kereta tu telah sampai di tempat destinasi mereka iaitu di depan rumah Y/n.
Mereka semua keluar daripada kereta dan keluarkan barang2 kecuali Taehyung dan Jisoo sebab rumah dorang agak jauh.

"Kita jumpa di sekolah nanti ye?" Jisoo kata dan memeluk Y/n.

"Ok~ bye Soo" Y/n balas balik pelukan Jisoo dan lepaskan dengan senyuman.

"Y/n.." Taehyung memanggil nama Y/n selepas mereka lepaskan pelukan.

"Jaga diri baik2 tau" Taehyung berkata lalu memeluk Y/n dengan erat.

"Ok~ awak juga.." Y/n balas pelukan Taehyung pula.

Y/n dan Taehyung lepaskan pelukan dan mereka tersenyum manis bila melihat mata ke mata.
—————
»Jimin P.O.V«

Aku melihat Taehyung memeluk Y/n dengan erat. Aku tau hubungan dorang cuma kawan tapi..kenapa..

Kenapa aku jeles?..

Jimin,kau kena tau yang dorang ni kawan je.. aku mengingati diri aku.

Aku tak boleh terus macam ni,kalau tak Y/n akan perasan. Aku perlu bertindak dengan tenang dan aku memanggil Y/n.

"Y/n,meh aku angkat bagasi kau ke dalam" aku memberi keizinan.

"Oh,thanks Chimmie~ baik nya kau hari ni" Y/n mengejek aku lagi.

Dia ni tak habis2 ejek aku je

"Bukan aku memang selalu baik ke?"

"Kadang2 je" Y/n ketawa kecil.

Aku memuncungkan bibir dan peluk diri aku sendiri. Y/n perasan yang aku tengah berkelakuan 'cute' dengan dia dan dia mendekati dirinya.

"Aloo jangan lah merajuk..Chimmie memang baik~ ok?" Y/n mengusap rambut aku dengan lembut dan dia tersenyum manis.

Ia membuat aku tersenyum juga.

Setelah Y/n pujuk aku,aku angkat bagasi dia dan barang2 nya yang lain.
—————
»Taehyung P.O.V«

Aku melihat saja gelagat Y/n dan Jimin. Aku terasa dorang ni macam lebih daripada kawan.

Kejap..

Napa aku cakap macam ni? Adakah aku menafikan yang Jimin suka Y/n?

NOPE!

Aku takkan biarkan sesiapa merampas Y/n daripada aku!

Aku cuba hilangkan negatif yang ada di otak aku tapi tak boleh..aku selalu bersangka buruk terhadap Jimin.

Sebab dia cuba goda Y/n dengan bahasa badannya sendiri.

Bila aku dah nampak Jimin angkat bagasi Y/n ke dalam,aku terus tukar aku punya 'muka' ke senyuman bila Y/n mendekati aku.

"Taehyung jom!" Jisoo memanggil aku dan aku terus melambaikan tangan aku kat Y/n dan masuk ke dalam kereta Jisoo.

"Bye Y/n!" Jisoo dan aku menjerit selamat tinggal dan beredar dari situ.
—————

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now