EP 28

107 4 1
                                    

»Y/n P.O.V«

Aku dan Jimin berjalan ke kelas sambil bercakap dan ketawa. Ye,hubungan kami menjadi mesra kembali. Kami berdua berhenti di depan pintu kelas aku dan ucapkan 'bye' kepada Jimin.

Aku masuk ke dalam kelas dengan senyuman yang lebar. Jisoo yang melihat aku tersenyum,dia bertanya kepada aku.

"Wah..gembira je? Jimin ke tadi tu?" dia berkata. Aku berkata 'ye' dan duduk di sebelah Jisoo.

"Korang dah berbincang ke?"

"Yup..kau jangan risau,dia takkan buat lagi kat Taehyung"

"Baguslah macam tu"

Setelah kami berdua habis bercakap,Taehyung masuk ke dalam kelas dan senyum padaku.

"Hai Y/n..awak ok?"

"Hai Tae,saya ok je. Saya dan Jimin dah berbaik semula" aku berkata sambil tersenyum lebar.

"Baguslah" dia berkata dan duduk di belakang aku.

"Tae.." aku menoleh kebelakang dan Taehyung memandang aku dengan matanya yang manis.

Apabila aku melihat muka Taehyung yang begitu manis,aku rasa bersalah kerana aku curang dengan dia tetapi aku sudah berbincang dengan Jimin yang kami berdua mahu Taehyung bercouple dengan orang lain,kalau dia mahu.

Maafkan saya,Tae...

"Tae...nanti Jimin nak jumpa awak.." aku berkata.

"Kenapa?"

"Ade hal penting dia mahu ceritakan kat awak. Nanti jumpa dia di depan kelas dia" Taehyung pun berkata 'ok'. Aku menoleh kedepan apabila cikgu kami masuk ke kelas.
----

»Taehyung P.OV«

Loceng sudah berbunyi bermaksud masa rehat sudah tiba. Aku ucapkan selamat tinggal kepada Y/n dan Jisoo. Aku berjalan ke kelas Jimin dan menunggu dia keluar.

Dalam beberapa saat,dia keluar dan melihat aku yang sedang bersandar di dinding dengan tangan di dalam poket seluar. Dia tersenyum.

"Jom kita pergi ke bumbung sekolah" Jimin ajak aku dan aku mengikutinya tanpa berkata apa-apa.
----

Jimin dan Taehyung sampai di bumbung sekolah. Angin tidaklah terlalu kencang,ianya aman tetapi agak mendung. Jimin berjalan dan berhenti untuk melihat pemandangan bandar. Taehyung berada di belakang Jimin yang menunggu perkataan yang mahu dikeluarkan dari Jimin.

"Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau" akhirnya Jimin berkata.

"Aku tau..Y/n dah bagitau aku"

"Mula-mula aku nak minta maaf..sebab..aku dah diterima oleh..Y/n" Jimin masih tidak pandang Taehyung. Tetapi Taehyung diam.

Tekanan mula merendah apabila terdengar Taehyung tergelak kecil. Taehyung berjalan di sebelah Jimin dan memeluk bahu Jimin.

"Bro..kan aku dah cakap..dia akan terima kau. Aku tak marah pun sebab aku sebenarnya tau yang kau suka Y/n dari masa kita pergi trip tu"

"Kalau kau tahu kenapa kau luahkan perasaan kau kat dia?" suara Jimin menjadi serius.

"....aku memang suka dia tapi..pada masa yang sama aku nak tengok macam mana perasaan kau bila aku dekat dengan Y/n"

Tiba-tiba Jimin tarik kolar baju Taehyung dan pandang Taehyung dengan perasaan marah.

"Kau..KAU SAJA JE KAN BUAT MACAM TU KAT AKU?!" Jimin menjerit di depan Taehyung.

"Jimin! rilek la!" Taehyung mula meronta.

"MACAM MANA AKU NAK RILEK?! KAU MAINKAN PERASAAN AKU DAN KAU MEMPERGUNAKAN Y/N UNTUK MAINKAN PERASAAN AKU JE!"

"Weyh aku memang suka Y/n OK?!" Taehyung pun ikut menjerit jugak. Kali ni mereka berdua mula bertumbuk sama sendiri.

"JIMIN! TAEHYUNG! BERHENTI!"



----
»Y/n P.O.V«

Aku pergi ke bumbung sekolah sebab nak pasang telinga apa yang Jimin dan Taehyung bincangkan. Pada masa yang sama,aku tidak mahu perkara buruk yang akan terjadi kepada mereka berdua.

Aku berdiri di pintu tanpa mereka sedari kehadiran aku. Tiba-tiba aku dengar Jimin menjerit sambil memegang kolar Taehyung. Aku mula panik tapi ayat yang keluar daripada mulut Jimin tu membuatkan aku sakit di hati aku.

"MACAM MANA AKU NAK RILEK?! KAU MAINKAN PERASAAN AKU DAN KAU MEMPERGUNAKAN Y/N UNTUK MAINKAN PERASAAN AKU JE!" itulah Jimin katakan.

Taehyung...mempergunakan aku?...

Otak aku tak boleh nak proses dengan ayat-ayat tu. Aku mula sedar daripada lamunan apabila aku mendengar tumbukan kuat daripada dua lelaki tu. Aku berlari ke arah mereka.

"JIMIN! TAEHYUNG! BERHENTI!"  Aku cuba selamatkan Jimin dan tarik dia tapi dia kuat sangat.

"JIMIN! BERHENTI!!!" Aku menjerit sambil menarik badan di supaya dia tak menumbuk muka Taehyung lagi.

"Y/n..? apa awak buat kat sini?" Jimin berkata apabila dia sedar aku di sini.

"Jimin...berhenti.." aku berkata dengan suara yang lemah.

"Y/n...kau memang suka laki macam ni ke? yang panas baran? tumbuk orang sesuka hati heh" Taehyung mengejek Jimin.

"KAU!" Jimin hendak menumbuk Taehyung lagi tetapi aku sempat menahan dia.

"Jimin..jangan..biarkan dia"

"Awak nak pertahankan dia lagi? dia dah mempergunakan awak untuk memainkan perasaan saya" Jimin berkata kepada aku. Aku terdiam.

"Itu semua  tipulah Y/n! jangan dengar apa yang dia cakap" Taehyung membantah.

"Saya dah dengar semuanya.." aku bersuara. Kali ni mereka berdua diam.

"Tae.." Aku berjalan ke arah Taehyung yang sedang berdiri kaku dengan muka yang berdarah disebabkan pukulan Jimin.

"Baik kau..cinta dengan orang lain..aku tak kisah kalau kau nak benci aku selepas ni tapi tolong...boleh tak kau cari orang lain? aku minta maaf sebab aku cakap macam ni..aku-" Tidak sempat aku menghabiskan ayat aku, Taehyung memotong.

"Tak apalah Y/n aku faham. Kau dah terima Jimin..aku memang bagi Jimin peluang. Dan ye,aku mempergunakan kau Y/n..tapi aku memang ade perasan cinta kepada kau. Aku harap kau tak benci aku jugak" Taehyung menghabiskan ayatnya dan beredar daripada situasi tu.

Tinggallah kami berdua di atas bumbung. Aku berlari ke arah Jimin dan menyuruh dia duduk dahulu. Aku tau kelas sudah pun bermula tapi ada aku kesah ke? Aku mahu bereskan Jimin dulu.

"Jimin..awak tak apa-apa? Nak saya bawakkan awak ke klinik sekolah ke?"

"Tak apalah Y/n..nanti jururawat di situ tanya saya macam-macam" Jimin berehat di pelukan aku. Jimin memeluk aku semula.

"Terima kasih Y/n.." Jimin berkata. Aku pandang Jimin dan dia tersenyum manis.

"Sebab awak bagi saya peluang.." Jimin menyambung ayatnya. Aku tersenyum dan..






Kami berdua mencium di dalam pelukan masing² .

----
OMG! hi korang maaf ye lambat sebab author ni  pemalas orangnya haha okk nah inilah dia ep baru,haih author tak taulah nak tamat macam mana citer ni tapi saya cuba yee~  oh ye hoho kita ade plot twist di situu~ dan..maaflah kalau yang last tu..cringe? atau sweet? author rasa tu sweet~ HAHAH okk BYE~ 😂

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now