EP 30 [FINAL]

166 6 0
                                    

»Y/n P.O.V«

Aku balik dari rumah Jimin dan apabila aku masuk ke dalam rumah aku,aku ternampak Yoongi duduk menonton tv. Aku buat tak tau dan terus ke tangga untuk naik ke bilik aku. Tapi tak sempat sebab Yoongi menegur aku.

"Hah,lambat balik? pergi mana tadi?" dia berkata.

"Pe-pergi rumah Jimin tadi sebab dia ajak nak ulangkaji pelajaran" aku berkata. Yoongi membalas "hmm" saja dan sambung menonton tv. Aku menghembuskan nafas dengan perlahan dan naik ke bilik aku.

Aku tak bagitau yang aku dan Jimin sedang bercinta,takut apa pulak reaksi dia nanti jadi aku merahsiakannya sehingga lah aku dapat masa yang sesuai untuk bagitau Yoongi.

Aku masuk ke bilik dan terus mandi. Selepas mandi,aku melihat di dalam telefon aku dan aku mendapat satu mesej daripada seseorang. Aku buka mesej tu dan membacanya.

Mesej:
-Y/n malam ni,mak ayah saya ajak awak dan Yoongi makan malam..saya harap awak datang dan..pakai baju cantik-cantik ye untuk saya.

Love you — Your chim².

Aku terkejut setelah membaca mesej daripada Jimin.

Dia ajak aku ke rumah dia untuk makan malam?!

Aku tak percaya..cepatnya mak ayah dia terima dia. Tapi..ia tak maksudkan mak ayah dia terima dia sebagai girlfriend Jimin..kan? Apa-apa pun aku kena bersiap sedia dan memberitau Yoongi supaya dia tak masak apa-apa malam ni.
———

»Jimin P.O.V«

Aku sedang menunggu Y/n di depan pintu sementara mak dan ayah aku sedang mengemaskan di ruang makan untuk tetamu istimewa mereka. Aku juga tak percaya yang mak ayah aku akan mengajak mereka makan bersama-sama. Adakah ini bermaksud...mak ayah aku terima dia..?

Aku pandang ke depan dan orang yang aku sayang berada di depan mata aku dengan abangnya. Dia..dia begitu cantik dengan gaun merah yang menonjolkan kecantikannya,senyumannya yang aku suka sangat-sangat. Abangnya pula,Yoongi berbaju formal iaitu suit hitam. Aku tersenyum bila Y/n datang dekat dengan aku dan aku capaikan tangannya dan menjemput mereka masuk.

"Wah..kamu berdua sudah sampai" ayah aku berkata kepada mereka dengan senyuman lebar. Ayah aku memeluk Yoongi dan senyum kepada Y/n.

"Kamu berdua nampak cantik dan hensem,jemputlah duduk" ayah aku menarik kerusi di ruang tamu dan menyuruh mereka duduk. Selepas itu,mak dan ayah aku duduk di depannya dan aku pulak duduk di sebelah Y/n.

"Terima kasih kerana datang ke rumah kami untuk makan malam" mak aku berkata.

"Sama-sama" mereka berkata serentak dan dijemput mengambil makanan yang berada di depan kami. Aku mengambil kesempatan untuk memegang tangan Y/n dan dia pandang aku dengan senyumannya. Aku memang dah..jatuh cinta dengan dia.

"Terima kasih datang demi saya" aku berbisik dan dia menganggukkan saja sebelum makanannya disuap ke dalam mulut.

Malam itu ialah malam yang panjang dengan perbualan mereka semua. Mak dan ayah aku seperti biasa,mereka akan bertanya bermacam-macam soalan kepada mereka berdua. Aku pulak duduk diam dan asyik memandang Y/n kerana dia cantik sangat daripada sebelum ni. Bulu matanya dilentik,pipinya kemerah-merahan,bibirnya...diwarnakan dengan merah hati. Sungguh cantik.

"Sayang?" mak aku memanggil aku. Aku kembali ke realiti. Y/n tergelak kecil bila dia perasan aku asyik pandang dia lama-lama.

"Ya mak?" Aku balas balik.

"Kamu ok? Kamu tak sentuh makanan kamu tu,nanti sejuk..tak sedap" mak aku berkata.

"Oh maaf mak..saya ok je" aku mula makan makanan aku yang mula sejuk. Mereka mula diam dan sambung makan. Tiba-tiba aku terasa tangan di atas paha aku. Aku melihat di sebelah aku.

"Nampak nya saya berjaya buat awak terpegun" Y/n senyum sinis lalu menarik balik tangannya. Aku mula rasa malu dan terasa muka aku jadi merah.
———

Akhirnya makan malam sudah pun berakhir. Y/n dan Yoongi bersedia untuk balik rumah mereka.

"Y/n..makcik nak beritau sesuatu ni" mak Jimin berkata kepada Y/n dan mencapai tangannya. Y/n menunggu mak Jimin membuka mulut.

"Makcik dan pakcik terima kamu sebagai... menantu" Y/n terkaku seperti di sekelilingnya tak bergerak. Dia mengelip matanya banyak kali dan bertanya.

"Be-betul ke makcik? Saya salah dengar ke?" mak Jimin mengangguk dan tersenyum. Y/n tersenyum dan peluk mak Jimin.

"Sekejap saya tak faham.." Yoongi tiba-tiba pecahkan suasana. Y/n hampir terlupa yang abangnya tidak tahu pasal dia dan Jimin.

"Yoongi..dengar cakap Y/n" Y/n mendekati dengan muka takut. Y/n terasa badannya tiba-tiba saja sejuk dan dia cuba untuk meluahkan tapi suara nya tak boleh keluar dan akhirnya dia mengumpul tenaganya untuk bercakap.

"Yoongi...Y/n..sayangkan Jimin..Jimin tu boyfriend saya sekarang.." Y/n berkata dengan perlahan tanpa memandang Yoongi. Yoongi terdiam.

"Y/n.." Y/n terasa jantung nya berhenti bila Yoongi memanggil namanya.

"Abang bukannya apa..tapi abang tak ada hak untuk menghalang Y/n bercinta dengan Jimin sebab kamu berdua berkawan dari kecik" Yoongi mengangkat muka Y/n untuk pandang ke muka dia dan dia beri senyuman kecil.

"Jadi..abang terimalah?" Y/n bertanya. Yoongi mengangguk dan Y/n terus peluk Yoongi.

"Saya sayang abang.." mereka berdua meleraikan pelukan dan Y/n mendekati Jimin dan memegang tangan Jimin. Jimin pegang tangan Y/n dengan erat.

"Awak ialah orang yang istimewa dalam hati saya,Y/n..I love u.." Jimin mencium dahi Y/n dan peluknya. Dua pasangan kekasih berkongsi pelukan dengan kasih sayang.

Akhirnya,mereka berdua hidup harmoni.

THE END

Akhirnya habis jugak cerita ni. HAPPY ENDING YAY!! walaupun endingnya agak...tak memuaskan?  tapi disebabkan nak habiskan cerita ni dengan cepat,begitulah hasilnya. Harap korang enjoy BYE2!

-Cherry_top

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now