EP 13

145 9 0
                                    

»Jimin P.O.V«

Keesokan paginya,aku bangun awal dan basuh muka dan gigi. Aku terasa mahu keluar berjalan2 di tepi pantai untuk merasa angin sejuk. Aku pun keluar daripada bilik dan tinggalkan Taehyung yang sedang tidur.

Aku berjalan2 di tepi pantai dan menikmati pemandangan pantai tu. Minda aku asyik tertanya2..

Bilakah masa yang sesuai untuk memberitau Y/n yang aku telah jatuh cinta kat dia?

Dia terima tak aku sebagai kekasih dia?

Kuatkah aku bila kena tolak cinta dengan Y/n?

Aku berasa serabut asyik memikirkan pasal tu. Aku dan dia sudah berkawan lama sejak kitaorang sekolah rendah lagi. Dialah satu2 nya kawan yang selalu setia menemani aku.

Dan tanpa aku sedar..

Aku jatuh cinta kepada dia..
—————
»Yoongi P.O.V«

Aku berjalan di tepi pantai untuk menikmati pemandangan sebelum kami pulang.

Maklumlah,aku dah bangun awal sangat. Selalunya,aku lambat bangun tapi tak tau pulak hari ni awal je bangun.

Aku pun malas nak sambung tidur jadi aku ambik kesempatan untuk keluar ambik angin.

Tengah aku berjalan,aku ternampak Jimin membeku di hadapan matahari yang sedang naik.

Dia nampak dalam kesusahan..kerisauan..aku boleh membaca dari mukanya.

Secara diam2,aku tegur dia dari belakang.

"Jimin?"

Jimin terkejut dan mengurut dadanya.

"Ish,terkejut saya.."

"Maaf kan hyung sebab kacau kau mengelamun dari tadi.." aku tersenyum.

"Hyung,buat apa kat sini?" dia menukar topik.

"Tak ada..saja nak ambik angin sebelum kita balik" aku menjawap.

"Oh.."

Kami diam sejenak.

"Kau ni macam ada masalah je?" aku bertanya tanpa memandang wajah Jimin.

"Tak adalah.." dia menjawap perlahan.

"Kau tak perlu berahsia dengan hyung ..cakap je" aku tegas dengan kata2 aku supaya dia boleh berkongsi masalah dia.
—————
»Jimin P.O.V«

Aku berasa takut nak ceritakan masalah aku tentang..Y/n. Aku takut dia akan marah aku atau lebih teruk tumbuk aku.

"Tak apa. Hyung jangan risau..saya tak ada masalah pun"

"Haih..tentang Y/n ke?" dia menjawap spontan.

Aku membulatkan mata aku dan mengangguk perlahan.

Kali ni jantung aku berdegup laju..

"Kenapa dengan Y/n?" Yoongi hyung bertanya.

"Tak ada apa.."

"Jadi?" dia tak putus2 memberi soalan kat aku.

"Maaf hyung,saya rasa saya nak ke tandas" aku tak menjawap soalan Yoongi hyung bagi sebab aku nak lari daripada situasi ni.

"Ok.." dia membenarkan lalu beredar.

Aku menghela nafas lega dan pergi ke bilik.

Aku takkan beritau sapa2 selagi benda ni tak terbongkar..

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now