"Saya tak setuju!"
Serentak semua mata memandang ke arah lelaki yang duduk di bahagian hujung dekat tingkap. Xiumin kini sedang berdiri selepas menghentakkan kakinya dengan kuat. Mendengar semua pendapat yang dirasakan langsung tidak munasabah sampai saat ini. Dia sudah tidak mampu meneruskan lagi.
"Itu bukan pilihan." Tao mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. "Tak ada siapa tanya awak setuju atau tidak."
Xiumin merenung lelaki itu dengan gigi yang diketap kuat. "Saya tak cakap ini pilihan juga."
"Saya pun tak setuju."
Semua mata yang tertumpu ke arah Xiumin kini beralih ke arah Luhan yang sedang duduk tidak selesa dengan wajah yang risau.
"Xiumin, Luhan..." Suho menarik nafas panjang dengan tenang. "Ini satu-satunya cara yang kita ada. Kita tak ada cara lain."
"Kamu nak cakap gunakan cara kotor ni satu-satunya cara yang ada?" Kyungsoo mencelah. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia juga tidak setuju dengan cara ini. Matanya membulat dengan kerutan di dahi.
"Kyungsoo..." Kris merenung Kyungsoo. "Hati-hati dengan pilihan perkataan yang awak gunakan."
"Kita dah bincang benda ni berkali-kali kan?" Chanyeol merenung ketiga-tiga 'pembangkang' itu satu-persatu. "Kita dah bincang semua ni. Malahan kita dah ada rancangan pun."
"Tapi ini kerja gila!!" Sehun yang dari tadi duduk diam membisu mencelah. "Benar-benar gila!"
"Macam yang saya cakap tadi kita dah tak ada pilihan." Suho menderam. "Kita perlukan duit dengan segera!"
"Suho..." Baekhyun bersuara tenang. "Kita tak pernah diajar untuk mendapatkan duit dengan cara ni."
"Jadi kamu nak cakap kita ada pilihan lain?!" Kris membentak kuat. Mukanya kini merah padam menahan geram.
"Macam mana kalau kita ditangkap?" Xiumin merenung lelaki tinggi lampai itu. "Macam mana kalau kita di penjara?"
"Senang. Kita cuma perlu pastikan yang kita tidak ditangkap." Selamba Chanyeol membalas.
"Guys..." Chen mengusap-usap telinganya. "Boleh tak kamu perlahankan suara? Kita bukannya pekak."
Lay mengeliat bangun sambil menguap panjang. "Panggil saya kalau kamu dah buat keputusan. Saya nak habiskan buku yang saya baca tadi. Dah nak sampai bab yang terakhir dah tu."
Keadaan menjadi sunyi sepi. Semua orang hanya mampu memandang Lay hilang dari pandangan.
"Macam ni lah... Kita ikut rancangan asal."
"Kai..." Serentak Xiumin, Kyungsoo dan Luhan bersuara.
"Kita dah tak ada pilihan lain." Kai bersuara dengan nada simpati membuatkan mereka mendengus perlahan.
"Kita dah ada sasaran ke?" tanya Chanyeol.
Suho mengangguk. "Kami dah jumpa dia. Dia selalu keluar dengan kawan-kawan dia sampai lewat malam. Dah tahu mana dia tinggal."
"Rumah dia macam istana." Komen Tao. "Saya tak pernah sangka ada orang dapat tinggal di rumah seperti itu."
"Okay..." Kris menarik nafas panjang. "Kita akan laksanakan rancangan kita esok. Semua tolong sedia."
A/n: Heyyo guys! Sapa yang dah pernah baca story ni?? Hahaha. Saya buat balik dalam Malay. And buat penambahan sikit. Tapi jalan cerita masih sama. Harap korang follow. Hehehe.
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
My Twelve Kidnapper ✔
Fiksi PenggemarStory ni saya dah pernah publish. Tapi dalam English. Atas permintaan ramai, Hahaha. Saya buat balik dalam bahasa melayu. Bila dua belas orang lelaki terdesak, menculik adalah jalan yang mereka pilih. Tolong jangan tiru cerita ni.