Semua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca.
Tetapi, dengan munculnya 'dia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hyejin tersenyum girang. Bahagia betul dapat bercakap dengan Jungkook walaupun dimaki.
"Aww my prince charming such a badboy~ " separuh mukanya ditutup dengan bantal.
"Jangan risau Jungkookiee, jual lah mahal selagi boleh. Awak takkan dapat tahan dengan kecomelan saya. Gegar tulang rusuk gituu HAHAHA " tak sangka kehadiran Jungkook di Universiti ini membuatkan Hyejin hilang akal.
"Haih kenapa aku interested sangat dengan dia eh? Jeon Jungkook, awak kena bertanggungjawab sebab buat saya rasa macam ni." Hyejin ketawa sendiri lagi. Mungkin kerana penat melayan perasaan dan rasa mengantuk sejak kuliah petang tadi, Hyejin tertidur. ________
Jungkook mengeluh kuat. Jaket yang membaluti tubuh dibuka kasar lalu mencampakkannya keatas katil. T-shirt putih yang terkena coffee tadi turut dibuka. Oh dia shirtless. Ehem.
Baju didalam almari diambil lalu disarung ketubuhnya semula. Hoodie dan mask hitam dipakai.
Selepas menukar pakaiannya, terus sahaja dia keluar semula. Jungkook bergegas sehingga terlanggar Jimin yang baru masuk ke dalam bilik tetapi dia tidak menghiraukannya dia terus sahaja keluar dari bilik.
"Ha ni lah. Ni. Mulut letak dekat mana pun aku tak tahu. Minta maaf pun tak reti." Omel Jimin sendirian.
"Apa?" Jimin menayangkan muka masamnya pada Taehyung.
"Mana dia nak pergi? Bersorok semacam?" Tanya Taehyung lagi.
"Kau tanya aku macam aku tahu mana dia nak pergi." Jimin hanya menjeling Taehyung.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Jimin selepas melihat Taehyung keluar dari biliknya.
"Bilik aku lah!" Taehyung membalas lalu keluar dari bilik Jimin. ________
Gedung lama yang sudah lama terbiar dimasukinya. Tingkat atas sekali dituju mencari gerangan yang mengganggu masa rehatnya.
Sebaik sahaja tiba diatas, orang yang dicari juga kelihatan. Dia meluru kearahnya lalu menarik kolar bajunya. "Macam mana dia boleh pindah sini ?" Soalnya dengan nafas yang tidak teratur.
"Aku rasa kau tahu kenapa." Keningnya terangkat sengaja memprovok lelaki itu.
"Perjanjian kita dah habis lah bodoh! Aku dah tak ada apa apa urusan lagi dengan kau!" Lelaki itu menolak kuat tubuhnya ke dinding.
"Aku memang dah tak ada urusan lagi dengan kau, tapi dia ada." Sengihan sinis keluar dari mulutnya.
"Kau tunggu rahsia kau aku bongkar." Nafas yang sudah tenang tadi kembali tidak teratur.
"Bongkarlah. Kau fikir dia akan percaya aku yang buat? Semua bukti tuju pada kau." Kata katanya membuatkan lelaki itu berang.
"Kau!" Satu tumbukan dilepaskan dimukanya.
"Jangan muncul depan aku lagi!" Satu lagi tumbukan kena pada mukanya.
Dia menolak badan lelaki itu untuk melepaskan diri. "Aku akan buat. Maybe untuk rampas perempuan kesayangan kau."
"Kau sentuh dia, kau mati." Matanya yang memerah menunjukkan dia terlalu marah.
"Pengecut macam kau mampu ke nak bunuh aku?" Dia tersengih sinis. "Kau dengan kawan kau tu sama je. Bodoh." Tawanya pula.
"Aku akan pastikan yang kau akan terima balasan dia." Terus sahaja lelaki itu melangkah pergi dari gedung lama itu. ___________tbc
Sorry yaa banyak skip dengan pendek. Sy busy sikit harini yelah kan... dah sekolah. 🤦🏻♀️ saya perati je silent readers. Taknak tolong saya ke 😭💔 tekan la vote gaissss pastu comment siket kee pastu sape ada kawan ii yang suka baca fanfic tu promote la fanfic saya ni kat diorang hm. 😭💔 pape punn. Lots of love yaaa