Sepanjang perjalanan balik ke dorm, Hyejin tak henti tersenyum. Yelah, crush notice. Pintu dorm dibuka.
"Hyera! Hyerin! ARGHHHH!" Terkejut Hyera dan Hyerin kerana jeritan Hyejin yang tiba tiba.
"Wae?" Berkerut muka mereka berdua melihat Hyejin.
"Jungkook notice aku! And kitorang officially friend sekarang!" Hyejin melompat lompat keriangan. Gembira bukan main.
"Seriouslah? Bukan dia sombong gila ke?" Soal Hyera pelik. Ya lah, dulu cakap taknak ada kawan. Tiba tiba nak pula berkawan dengan Hyejin ni.
"Entah entah dia nak permainkan kau je weh. Yelah, dia kan sombong. Tiba tiba je nak berkawan dengan kau yang noob ni. Tak rasa pelik ke?" Hyerin pula bersuara. Sempat lagi mengata Hyejin.
"Aku tak noob okey! Takdelah, aku tengok dia tadi baik je. Maybe dia ada masalah privacy sebab tu dia jadi macam tu." Hyejin angkat bahu.
"Hyejin, hati hati dengan lelaki macam tu." tegur Hyera.
"Apa kau ni? Macam tak suka je aku dapat kawan dengan dia.." berkerut wajah Hyejin memandang dua sahabatnya itu.
"Bukan macam tu, tapi dia baru je masuk U kita ni. Kenal dia sangat pun belum." Hyerin bersuara.
Hyejin mengeluh lalu dia menggulingkan matanya keatas.
"Ni lah aku baru nak kenal kenal dengan dia. Kau pun satu Hyera, dulu suruh aku masuk line cepat. Ni dah masuk kau pula tak suka." Hyejin menghentak kakinya lalu masuk ke dalam bilik tanda protes.
"Rin... aku risau lah." Hyera memandang Hyerin, Hyerin pula mengangkat bahu.
"Biarlah dia, nak merasa ada teman juga." Sandwich yang tadi pegangnya terus disumbat dalam mulut.
Bilik Hyejin—
"Apalah diorang ni, rosak mood betul. Baru nak fangirling." Hyejin mencebik.
Telefon dibelek. Gambar Jungkook yang dia ambil tadi ditenung. Cepat sahaja bibirnya mengukirkan senyuman.
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanfictionSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...