Semua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca.
Tetapi, dengan munculnya 'dia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Macam mana awak boleh kaya?" Mata aku masih ralit memerhatikan lelaki dihadapan aku ini.
"Apa punya soalan lah yang awak tanya ni.." kening Jongin terangkat sebelah. Jongin menyedut sedikit air yang ada di dalam gelas yang dihidang sebentar tadi.
Mana tak peliknya.. dulu dia bukanlah dari keluarga yang berada, selekeh pula tu. University pun tak masuk. Tiba tiba sahaja muncul semula dengan gayanya, kereta mewah, restoran yang dia bawa aku pun bukan calang calang tempat!
"Mula mula saya buka perniagaan kecil kecilan je.. tak sangka menjadi so saya dah ada syarikat sendiri sekarang." Katanya sambil tersengih. Haih aku pula tergoda. Ups.
"Wah, bolehlah belanja saya macam macam lepasni!" Aku tersenyum sambil tayangkan gigi aku. Steak yang terhidang dihadapan aku, aku potong perlahan.
"Boleh, kalau ada apa apa call je lah saya." Jongin tersenyum memandang aku.
"Boleh ke ada nombor telefon orang kaya?" Soal aku teruja.
"Ada ada je lah awak ni. Meh sini phone tu.." aku tersengih. Telefon aku aku berikan kepada Jongin.
Selepas menulis nombornya, dia memulangkan semua telefon aku.
"Terima kasih.." steak yang sudah dipotong aku sumbat kedalam mulut. Malu pula bila lihat sekeliling. Semua orang berpakaian mahal mahal. Aku pula hanya pakai oversized t-shirt dengan jeans pendek.
Tiba tiba telefon Jongin berbunyi. Tak sempat aku ingin tengok siapa, Jongin terlebih dulu mengambil telefonnya. Mukanya berubah riak lalu dia memandang aku. Pandangannya tak dapat aku tafsirkan.
"Hyejin-ah, saya kena pergi sekarang. Ada hal urgent. Habiskan cepat, lepastu saya hantar awak balik okey?" kata Jongin sambil menyumbat sisa steak yang ada didalam pinggan. melihat dia tergesa gesa, aku pun turut tergesa gesa.
__________
"Terima kasih Jongin, hati hati drive ya?" Jongin hanya tersenyum kepada aku lalu terus dia berlalu pergi.
"Haih, malasnya nak balik rumah.." keluhan aku lepaskan.
"Kim Hyejin!" aku tersentak. Pintu rumah aku pandang. Wajah bengis oppa menjamah mata. Shit. Dengan cepat aku melangkah masuk kedalam rumah.
Sampai sahaja di hadapan oppa, aku menunduk.
"Oppa, Hyejin-"
PANG!!
Terteleng terus kepala aku kerana tamparan kuat oppa. Aku terkedu.
"opp-" tak sempat aku ingin meneruskan kata kata, pipi aku dicengkam kuat dengan oppa. Sakit!
"Kau pergi mana hah?!" terasa kuku oppa mencucuk pipi aku. Mata aku pejam.
"Jawablah! kau tahu tak aku lapar? tunggu kau balik, dengan orang tua menyusahkan tu lagi! Kau fikir aku apa?!" oppa menengking aku dan menolak kuat muka aku.Rambut aku pula menjadi sasarannya.
"Lepaslah oppa, sakit!" sedaya upaya aku cuba untuk melepaskan cengkamannya pada rambut aku. Air mata aku mula turun. Kuat betul cengkaman oppa pada rambut aku.
"Aku nampak kau keluar dari kereta mewah tadi. Wah, berapa satu malam orang langgan kau ni? semalam kereta lain, harini lain. Laku betul kau ya?" rambut aku dilepaskan. Terus aku mengeluh sakit.
"Hyejin ada maruah oppa! jangan sesuka hati je tuduh Hyejin macam tu!" dada oppa aku tolak kuat. mana datangnya berani aku, aku pun tak tahu. Wajah oppa yang kemerah merahan membuatkan aku gerun. Aku mengundur selangkah demi selangkah.
"Siapa ajar kau kurang ajar hah?!" belum sempat oppa ingin mencengkam leher aku, aku terlebih dahulu menepis tangan oppa menggunakan kayu besbol yang ada ditepi aku. Terus aku berlari keluar dari rumah. Panggilan oppa aku biarkan. Omma? aku tak tahu keadaannya sekarang. Aku takut oppa apa apa kan omma..
Sauna yang agak jauh dari rumah aku tuju. Aku terlalu kelam kabut sampai kasut pun tak sempat nak pakai. Tapak kaki yang sejuk seperti mahu membeku aku biarkan.
Aku berlari sambil memandang ke belakang. manalah tahu, oppa kejar aku,
BUKK!
Badan aku terhuyung hayang terus jatuh terduduk disitu. Lutut aku, aku peluk.
"Maafkan Hyejin oppa! J-jangan pukul Hyejin.. tolonglah..." pelukan di lutut aku eratkan lagi.
"Jangan ingat kau boleh lari dari aku, Kim Hyejin!" dengan sekali tarik, terus aku berdiri menghadap oppa.
"Lepaslah, oppa!" aku gementar.. oppa seorang yang keras kepala.
"Kalau kau taknak kena pukul dekat sini, ikut aku sekarang." amaran kerasnya sungguh membuatkan aku gerun. Oppa menarik aku dan tak tahu kenapa, kaki aku tidak menolak tarikannya.
"Oppa nak bawa Hyejin pergi mana?" cengkaman oppa pada lengan aku makin diperketatkan.
"Aku cuma nak bagi kau hidup bebas. Tu yang kau nak kan?"oppa memandang aku dengan 1001 makna.
"Apa yang opp-- umph!" bau busuk menusuk rongga hidung. Nafas pula semakin susah untuk disedut. Pandangan aku samar samar melihat oppa tersenyum sinis kepadaku. Kain yang menekup salur pernafasan aku membuatkan aku susah untuk bernafas. Lama kelamaan, pandangan aku bertukar gelap.