Hyejin's POV
Sudah dua hari Jungkook tidak bertegur dengan aku sejak aku menuduhnya. Aku masuk bilik dia keluar bilik. Senang kata dia mengabaikan aku. Haih, aku tak patut cakap macam tu kan?
Cuti sem dah nak habis. Kami perlu bersiap sedia untuk ke university semula. Aku tak sedia lagi nak berhadapan dengan Irene. Sumpah aku benci dia.
Bunyi pintu bilik dibuka menghentikan lamunan aku. Jungkook masuk kedalam bilik terus dia menuju ke tandas. Aku mengeluh kecil. Sampai bila nak macam ni? Aku mengambil keputusan untuk memujuknya hari ini.
Bunyi pancuran air kedengaran menandakan Jungkook sedang mandi. Hati aku berdebar. Takut Jungkook abaikan aku.
Jungkook keluar dari bilik air hanya bertuala di pinggang dengan badan yang masih basah. Aku terus mengalihkan pandangan. Panas pula tiba tiba. Dia menuju ke almari untuk mengambil bajunya.
Jungkook hanya diam. Selesai dia memakai baju, aku tahu dia akan terus ke pintu. Jadi sebelum dia memulas tombol pintu itu aku terus memeluknya dari belakang. Terus langkahnya terhenti.
"I'm sorry..." Jungkook ingin melepaskan pelukan aku tapi aku lantas menguatkan pelukan aku pada pinggangnya.
"Saya minta maaf Jungkook. Saya tak sengaja nak cakap macam tu, saya tak fikir perasaan awak sebelum bercakap. Janganlah macam ni Jungkook... saya rindukan awak.." muka aku aku sembamkan pada belakang tubuhnya berharap agar dia memaafkan aku.
"Aku tahu aku siapa Hyejin. Aku pembunuh, aku jahat, aku tak patut hidup pun dalam dunia ni. Jadi janganlah hiraukan aku. Lama lama aku mati juga." Aku ketap bibir mendengar kata katanya.
"Tak Jungkook.. saya perlukan awak." Aku menarik lengannya untuk berhadapan dengan aku. Matanya aku tatap. Pipinya aku sentuh lembut.
"Maafkan saya hmm?" Mata bundarnya melawan mata aku.
"Kau tak menyesal hmm? Aku ni menyusahkan. Baliklah tempat kau Hyejin. Kau tak patut ada dekat dengan orang macam aku ni." Muka aku berkerut mendengar kata katanya. Dia ingin menolak aku tetapi aku mengeraskan badan aku.
"Saya tak nak. Awak fikir lepas awak buat saya jatuh cinta dengan awak senang senang je awak boleh buang saya? Jeon Jungkook, saya ada awak sorang je.. tolonglah.." mata aku memanas. Aku kuatkan pegangan tangan aku pada lengannya.
"Aku serious Hyejin. Kau tak selamat dengan aku. Kau sendiri nampak gambar kau macam mana." Jungkook mengeluh.
"You ask me to stay with you Jungkook. And I'll do that. I'm here with you. Saya dah janji dan saya akan kotakan janji saya." aku ketap bibir. Biarlah aku kelihatan terdesak. Aku cintakan lelaki ini.
"Kau nak mati hmm? Aku sendiri tak tahu apa nasib aku. Abaikan semua janji bodoh tu. Aku tak nak kau terlibat. Disebabkan aku dengan kau sekarang ni, semua orang nak attack kau. Kau tak patut terlibat dengan aku sejak awal lagi." Hati aku sakit. Aku tak sangka lelaki ini sudah berputus asa dengan aku.
Jungkook ingin pergi tetapi sekali lagi aku menghentikannya dengan kata kata aku.
"Apa? Janji bodoh? Jungkook, saya tak kisah saya mati sekali pun as long as awak ada dengan saya. Saya sayangkan awak." Esakan aku keluar. Sumpah aku tak mahu tinggalkan lelaki ini sendirian.
"Sayangkan diri kau dulu. Baru sayangkan orang lain." Jungkook keluar. Aku mengeluh. Walau apa pun yang terjadi, aku tak akan tinggalkan dia. Itu janji aku.
_________tbcSorry pendek gais. Sorry merapu hehehe btw, harini birthday Kookie 😭😭💜✨💫
Saya saja update sempena birthday dia heheh 💜 tak sangka dah 30 bab cerita ni hahaha dah lah merapu je banyak. Lmao. Maafkanlah saya sebab selalu buat korang tertunggu. jangan lupa votes and comments gais. Lots of Love, I purple you! 💜✨💫
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanfictionSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...