Semua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca.
Tetapi, dengan munculnya 'dia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kau balik bila?" Kata seseorang dalam talian.
"Minggu depan maa.." jawab Hyejin.
"Kau jangan nak tumpang rumah kawan kau. Aku tahu kau balik sini. Kawan aku nak jumpa kau." Keras sahaja nada Puan Kim
"Okey." Talian dimatikan. Hyejin mengeluh perlahan. Rambut yang basah dilap dengan tuala yang tersidai elok pada pintu.
Meja belajarnya ditenung, lantas dia tersenyum. Gambar Jungkook yang elok terletak diatas meja itu diambil.
"Dah jadi mood maker aku ke apa ni?" Hyejin tersengih sendiri.
"Kan bagus kalau dia suka aku juga.." Hyejin mencebik. ________
BANG!
BANG!
BANG!
Giginya diketap kuat. Dia melepaskan geramnya terhadap seseorang dengan menembak sasaran yang tergantung pada besi. Semua tembakannya kena tepat ditengah tengah sasaran.
Keluhan dilepaskan. Matanya memerah menandakan dia banyak menyimpan dendam.
"Jungkook, sabar." Abang Jungkook atau dikenali sebagai Junghyun menepuk nepuk belakang adiknya perlahan.
"Kook akan balas dendam hyung." Nafas yang berat diambil.
"Aku tahu, Kita kena sabar sikit je Kook. Bila tiba tepat pada masanya baru kita ikut plan kita." Junghyun memberikan sedikit semangat kepada adiknya.
Hari ini Jungkook tiada kelas jadi dia ambil keputusan untuk ke tempat latihan menembak ini bersama abangnya.
"Kalau dia ada dekat depan mata Kook sekarang, dah lama Kook bunuh." Bibir diketap.
"Relaks, kita tengok apa dia buat dulu." Junghyun memandang adiknya penuh makna. Adik yang sudah dijaga olehnya sejak dia berumur 19 tahun dan Jungkook pula berumur 15 tahun.
"Belajar rajin rajin Kook. Aku nak kau waris syarikat appa tu nanti." Terus sahaja Jungkook memandang abangnya tajam.
"Kenapa tak hyung je yang ambil? Hyung tahukan Kook tak suka kerja syarikat?" Berkerut kerut wajah Jungkook
"Kau akan tahu nanti." Junghyun terus mencapai pistol yang disediakan disitu lalu dia mulakan latihannya.
Jungkook sangat rapat dengan abangnya. Junghyun seorang sahaja tempat Jungkook bergantung selepas kematian ibu bapa mereka. Junghyun lah yang mengajar Jungkook mengeraskan hatinya. Wajah tiada perasaanya juga Junghyun yang suruh lakukan. Dulu, Jungkook sangat periang dan sangat ceria. Tetapi sekarang, Jeon Jungkook yang dahulu sudah lama mati. Perasaan gembiranya sudah mati. Perasaan sedihnya juga sudah mati. Tiada secalit senyuman pun dimuka Jungkook. Susah dia hendak menangis sekarang. _________