++twelve

146 32 12
                                    

Lagi beberapa hari lagi nak cuti sem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lagi beberapa hari lagi nak cuti sem. Semua pelajar gembira mahu balik ke kampung masing masing tetapi seorang sahaja yang risau untuk balik ke kampung halamannya. Kim Hyejin.

Dia takut dengan hanya memikirkan nasibnya bila sudah balik nanti. Aiskrim coklat yang dibelinya tadi dijilat perlahan. Sudah dua minggu dia tidak bertegur sapa dengan Jungkook sejak Jungkook menyuruh Hyejin berhenti menyukainya. Fikir senang ke nak move on?!

Sejak dua menjak ini Hyejin kerap seorangan. Hyera sibuk dengan Taehyung, Hyerin pula sibuk dengan Seokjin.

"Hyejin!" Hyejin tersentak. Hyejin kenal suara itu. Dia mempercepatkan langkahnya tetapi malangnya lengan Hyejin ditarik dahulu.

"Apa awak nak ni Jimin?!" Hyejin mendengus kasar.

"Amboi, janganlah marah.." Wajah Jimin dijeling.

"Sombong awak eh? Saya nak ngorat pun tak boleh." Jimin tersengih menampakkan eyesmilenya. Hyejin hanya diam. Malas mahu melayan Jimin.

"Wah, saya tahulah saya tak sekacak Jungkook tu. saya jealous tau bila tengok awak dengan dia asyik senyum je. Bila dengan saya? Jeling jeling bagai." Jimin mencebik.

"Oppa!" Hyejin dan Jimin tersentak. Ha sudah. Minjung.

Lantas Jimin merangkul pinggang Hyejin. Mata Hyejin membesar.

"Oppa! Sampai hati oppa kan?!" Terus Minjung meluru kearah mereka. Hyejin cemas.

Hyejin menolak nolak tubuh Jimin tetapi Jimin mengetatkan rangkulannya.

"What the fuck Jimin?! Argh!" Hyejin terjerit bila rambutnya ditarik kasar. Jimin terkejut lantas rangkulannya terlepas.

"Berani kau rampas Jimin oppa dari aku?!" Minjung menarik rambut Hyejin lebih kuat.

"Ani! Lepaslah! Jimin tolonglah saya!" Jimin tersentak. Terus Jimin menarik badan Hyejin dari pegangan Minjung.

"Apa ni Minjung?!" Jimin memarahi Minjung sebaik sahaja pegangan Minjung pada rambut Hyejin terlepas.

"Kenapa oppa curang?!" Hyejin menepuk dahi. Habislah Hyejin lepas ni. Sudahlah Minjung tu kawan Irene. Hyejin mengeluh. Terus Hyejin melangkah meninggalkan mereka berdua yang masih lagi berperang mulut.
________

"Bunuh dia." Gambar gambar seorang lelaki dicampak diatas meja. Lantas dia mencapai gambar tersebut.

"Tch, bukan ke dia ni kawan baik kau?" Dia memandang wajah lelaki itu lalu sebelah keningnya terangkat.

"Dia memang patut mati." Lelaki itu ketawa. Dia juga turut tersenyum.

"Aku nak kau seksa dia sebelum kau bunuh."

"Boleh tapi upah aku kenalah mahal." Dia tersenyum senget.

"Kau bunuh je dulu. Aku tahu lah nak bagi berapa." Tangannya disilang kedada.

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now