++eleven

154 29 4
                                    

"Hyeraaaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hyeraaaa..." panggil Taehyung meleret.

"Ye Tae?" Hyera memandang Taehyung.

Tangan Hyera dicapai lalu dicium.

"Hey, kenapa ni?" Taehyung memeluk bahu Hyera dan dia mengusutkan rambut Hyera kasar.

"Kim Taehyung!" Orang yang lalu lalang disekitar mereka hanya tersengih melihat gelagat mereka.

Taehyung ketawa melihat Hyera yang sudah muncung sedepa. Taehyung membetulkan rambut Hyera kembali. Pipi gebu Hyera dipicit kecil.

"Haih, girlfriend siapa yang comel sangat ni hmm?" Sengih Taehyung. Taehyung menundukkan sedikit badannya untuk menyamakan ketinggian dia dan Hyera.

"Girlfriend bangla mana tah!" Hyera menolak dada Taehyung supaya menjauhinya lantas dia berjalan kedepan.

Taehyung ketawa besar. Hyera kembali dikejar. "Janganlah merajuk sayang.. kita pergi makan kek okey? Tae belanja." Besar terus mata Hyera. Lantas dia menarik lengan Taehyung. "Jom!" Sekali lagi Taehyung ketawa besar.

Taehyung melingkarkan tangannya dipinggang Hyera. Bukan main macam orang dah kahwin! Sepanjang perjalanan ke Secret Recipe dipenuhi dengan gelak tawa Taehyung dan Hyera.
_________

Hyejin menyepak batu batu kecil yang menghalang jalannya. Dia hanya menunduk. "Baru je dapat berkawan dengan dia, dah kena putus kawan. Bodoh Hyejin!" Hyejin mencebik.

7eleven dituju. Mee segera dicapai, terus dia ke kaunter untuk bayar. Selepas merendam mee kedalam air, Hyejin ke tempat duduk yang kosong. Sementara menunggu mee kembang, Hyejin menyumbat telinganya dengan earphone lalu menghadap cermin luar.

Mee yang sudah kembang perlahan lahan dihirup. Sedang dia leka memakan mee segeranya, tiba tiba matanya tertumpu pada seseorang lelaki memakai jacket hitam, mask dan topi hitam. Tangannya diseluk kedalam poket. Poketnya pula nampak berisi. Walaupun wajahnya tidak kelihatan, Hyejin dapat mengecam bentuk badannya.

"Jungkook?" Mee segeranya dihirup perlahan. Tiada rasa ingin mengejar Jungkook. Dia nampak sangat tergesa gesa sehingga dia berlari kecil.

"Hyejin!" Tersentak Hyejin dibuatnya. Hyejin menoleh. Jimin.

"Hey, buat apa dekat sini sorang sorang?" Jimin duduk disebelah Hyejin dan meletakkan dua air tin diatas meja. Hyejin tidak menghiraukan Jimin dan terus matanya mencari kelibat Jungkook semula. Tetapi tiada. Hyejin mendengus kasar.

"Kenapa ni?" Jimin menegur semula.

"Umph? Nothing." Mee segera yang masih bersisa dihirup hingga habis.

"Sorang je?" Air dibuka lalu dihulurkan kepada Hyejin.

"Taklah, hantu teman." Huluran Jimin diambil terus diminum. Tercetus ketawa Jimin. Apa yang lawak pun Hyejin tidak tahu.

"Teman aku boleh?" Kata Jimin.

"Pergi mana?" Soal Hyejin.

"Tolong aku pilihkan baju. Birthday omma aku dah nak dekat.. aku tak tahu nak belikan apa. Birthday omma masa kita cuti sem nanti  so aku nak minta tolong kau. Yelah aku mana tahu taste perempuan. Mak aku pula cerewet sikit." Panjang lebar Jimin menerangkan. Hyejin pula hanya mengangguk.

"Okey jom." Memandangkan Hyejin bosan, pelawaan Jimin diterima.
__________

"Tak sangka kau muncul balik depan mata aku lepas 4 tahun hm?" Mata tajamnya hanya memerhati lelaki dihadapnnya itu.

"Urusan kau dengan aku belum habis lagi, tak ingat?" Lelaki itu tersengih sinis.

"Aku dah tak ada apa apa urusan lagi dengan kau!" Kolar bajunya dicengkam kuat.

"Kau sure? Kau rasa aku dah lupa ke semua benda yang kau buat? Kau aniaya aku!" Satu tumbukan dilepaskan dimukanya.

"Tch." Darah yang mengalir dihujung bibir dikesat dengan ibu jarinya. "Kau masih sama. Masih obses dengan dendam kau sendiri." Tubuh lelaki itu ditolak kasar menyebabkan badannya melanggar dinding kuat.

"Cuba kalau aku bunuh orang yang kau sayang. Aku bunuh perempuan kau. Boleh? Bagi kau rasa apa aku rasa selama ni!" Penumbuknya digenggam kuat.

Leher lelaki itu dicekik kuat. "Jangan berani sentuh dia guna tangan kotor kau tu sial!" Bertambah geram apabila lelaki itu tersengih dalam cekikannya.

Dia melepaskan cekikannya. Terbatuk batuk lelaki itu mencari nafas. "Tak sangka kau marah. Aku ingat kau dah tak ada perasaan lepas kau bunuh orang yang aku sayang. Bukanke adil kau bunuh orang yang aku sayang and aku pula bunuh orang yang kau sayang?" Sinis sahaja suaranya. Tawanya tercetus.

"Kau, pengecut." Wajah tegangnya dipandang tajam.

Tiba tiba telefonnya berbunyi. Perempuan kesayangannya. Lelaki tadi tersengih sinis.

"Urusan kita belum habis lagi." Bahunya ditepuk lalu lelaki itu terus berjalan meninggalkannya. Dia mengeluh kasar.

"Kalau kau tahu siapa sebenarnya yang aniaya kau, kau sendiri akan melutut minta maaf depan aku." Panggilan tadi dibiarkan tidak berjawab.

_______tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______tbc

Hai hai haiii mesti pelik kan saya update banyak kali 😂 tengah cuti kannn so saya bosan gila so saya update. Kalau saya busy, ntah ntah sebulan dulu kut baru dapat update 😂 HA CUBA LA TEKA SIAPA LELAKI LELAKI DIATAS? Haaaaa jeng jeng jenggggg. Ha gais, janganlah jadi silent readers 😭 tekanlah vote, commentlah sekaliiii 😭😭😭

Anyway;

++vote
++comments
++promote

Thanks gais! I purple you! 💜💜💜💜💜💜

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now