Semua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca.
Tetapi, dengan munculnya 'dia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tsk...tsk.." Air matanya mengalir deras menandakan dia betul betul sedih. Wajahnya disembamkan pada lutut.
"Kenapa aku je selalu kena? Kenapa nasib aku macam ni? Aku nak bahagia juga.." teresak esak Hyejin meluahkan perasaannya pasa diri sendiri.
"Haih, rasa macam nak mati je. Tak tahan! Auch!" Terus Hyejin mengaduh apabila terasa sakit dikepalanya.
Hyejin menoleh. Kerana terkejut melihat gerangan yang mengacaunya itu, terus dia mengelap sisa air mata dimukanya.
Jungkook mengambil tempat disebelah Hyejin. "Kenapa?" Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Jungkook.
"Kenapa apa? Hehe." Hyejin tersengih. Dia tak suka orang lain melihat dirinya dalam keadaan yang menyedihkan.
"Aku nampak, aku dengar. So cerita je lah." Wajah Hyejin dipandang. Merah merah wajah itu kerana menangis tadi. Sisa air matanya juga ada di tubir matanya.
"Takde apa lah. Tapi Jungkook, saya nak minta maaf.." Hyejin menunduk lalu menguis nguis rumput dengan jarinya.
"Minta maaf untuk?" Balas Jungkook. Mata Hyejin terasa panas. Dia mahu menangis lagi. Air matanya bertakung.
"G-gambar awak... dah hilang." Jatuh setitik air matanya. Sejak dua menjak ini Hyejin terasa lemah. Cepat sahaja menangis, marah, emo.
"Gambar apa?" Saja Jungkook mengusik Hyejin.
"Gambar awaklah.. yang saya ambil tu." tercebik cebik bibir Hyejin kerana menangis.
"Hilang je. Yang kau menangis macam hilang anak dah kenapa?" Wajah Hyejin masih ditenung.
"Hilang je awak kata? Awak tahu tak tu satu satunya gambar yang saya boleh tengok awak senyum. Dah lah awak ni spesies yang susah sangat nak senyum. Ish!" Hyejin mengesat air matanya kasar. Geram!
"Kenapa kau suka tengok aku senyum?" Soalan bodoh Jungkook.
"Saya dah cakap dah kan, awakkan susah nak senyum. Bila awak senyum tu macam unbelievable." Hyejin menjuihkan bibirnya kedepan.
"Sakitlah Jungkook!" Jerit Hyejin bila Jungkook menjentik bibirnya. Hyejin menjeling Jungkook yang masih poker face.
"Awak ni memang takde perasaan ke? Muka tu macam tu juga. Cuba lah senyum sikit." Hyejin melunjurkan kakinya kedepan.
"Perasaan aku dah hilang." Tenang sahaja wajahnya menjawab soalan Hyejin.
"Eleh menipu je. Mana ada manusia takde perasaan. Ke awak ni alien?" Jungkook menarik nafas panjang. Dibiarkan angin lembut menampar wajahnya. Soalan Hyejin dibiarkan berlalu.
"Kalau awak macam ni kan, macam mana nak ada kawan? Girlfriend? Orang pun takut tengok muka awak tu."
"Kau kan ada.." kata Jungkook selamba. Hyejin pula sudah tersengih macam kerang busuk.