BUKK!!
BUKK!!
Bertalu talu tumbukan singgah ke permukaan mukanya yang licin itu. Darah mula keluar dari celahan giginya. Dia mengetap bibir lalu membalas tumbukan lelaki tadi.
BUKK!!
Kolar baju lelaki itu ditarik kuat sehingga kakinya tidak dapat menyentuh tanah. "Aku bukan Jeon Jungkook yang dulu yang boleh kau permainkan.." nafas Jungkook tersekat sekat menahan marah.
"Tapi kau tetap lemah bila aku usik orang kesayangan kau. Maknanya kau masih sama. Kau masih Jeon Jungkook yang mentah." kata lelaki itu sambil tersenyum sinis. Sengaja dia mahu memarakkan api yang sedia marak itu.
BUKK!!
sekali lagi lelaki tadi ditumbuk Jungkook terus dia terlepas dari genggaman Jungkook lalu dia terjelopok dilantai.
"Aku baru sahaja bercakap tentang mendiang omma kau.. belum aku sentuh perempuan kau lagi kau dah tak tentu arah? Kau buatkan aku tak sabar nak buat kau merana." Dia tertawa sinis.
"Jangan kau berani sentuh dia. Sumpah, kau akan mati." mata yang Jungkook memerah memandang tepat kedalam matanya.
"Jangan risau, masih terlalu awal untuk sentuh dia. Aku akan biarkan kau berseronok dahulu Jeon. Aku tak kejam.tch." Hujung bibir lelaki itu terjungkit sedikit kerana berjaya membuatkan Jungkook marah.
Dengan sekelip mata kaki Jungkook mendarat tepat pada perutnya. Tersembur terus darah daripada mulut lelaki itu.
"Aku tak akan biarkan kau sentuh dia."
___________
Pintu bilik dikuak perlahan dari luar. Hyejin yang baring membelakanginya itu dipandang. Jungkook duduk dibirai katil sambil memerhati Hyejin yang nyenyak tidur sambil tersenyum. Ikhlas. Sudah lama Jungkook tidak tersenyum ikhlas begini.
Rambut Hyejin yang menutupi dahi Hyejin Jungkook selak supaya menjelaskan lagi wajah putih susu Hyejin. Wajahnya cantik tanpa sebarang cacat.
Mungkin terasa tidurnya diganggu, Hyejin mencelikkan matanya.
"Jungkook? Awak dah balik?" Terus Hyejin duduk melihat Jungkook. Terkejut melihat wajah Jungkook yang calar.
"Kenapa dengan muka awak ni?!" Tangan Hyejin naik menyentuh luka di tepi bibir Jungkook. Lebam di pipi Jungkook juga disentuh.
"Aku okey." Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Jungkook. Jungkook mengambil tempat disebelah Hyejin lalu menyandarkan badannya pada kepala katil.
"Tunggu sini. Saya ambil first aid." Baru sahaja Hyejin mahu bangun, Jungkook menarik Hyejin untuk duduk kembali.
"Tak payah. Aku okey. Sini." Jungkook menepuk nepuk ruang diantara kakinya menyuruh Hyejin duduk disitu.
"Hm?" Hyejin memandang Jungkook dan ruang itu silih berganti. Pipinya memerah.
"Sinilah sayang." Jungkook menarik Hyejin lagi untuk mengikut arahannya. Hyejin hanya akur.
Sebaik sahaja Hyejin duduk disitu, terus Jungkook melingkari tangannya pada pinggang Hyejin. Keadaan mereka seperti berpelukan sekarang.
Jungkook merehatkan dagunya pada bahu Hyejin sambil menggoyang goyangkan tubuh itu kekiri dan kekanan. Manja.
"Terima kasih sebab datang dalam hidup aku." Kata Jungkook sambil berbisik tepat pada telinga Hyejin.
Hyejin melepaskan pelukan lalu dia pusing untuk menghadap Jungkook. Melihat wajah Hyejin terus membuatkan Jungkook tersenyum lembut. Hyejin juga turut tersenyum.
"Saya suka tengok awak senyum.." pipi Jungkook dipegang.
"Tapi calar calar ni buatkan senyuman awak cacat. Saya tak suka." Diusap lagi luka luka yang ada dimuka Jungkook.
"Kau sedar tak yang kau tengah goda aku sekarang ni Hyejin?" Mata bundar Jungkook memandang tepat mata Hyejin. Terus tangan Hyejin turun daripada menyentuh wajah Jungkook dan matanya dilarikan dari terus memandang mata Jungkook. Wajah Hyejin memerah.
Tubuh Hyejin ditarik kedalam pelukan. "Kenapa kau buat aku rasa macam ni hm? Apa yang kau ada sampai aku jadi macam ni? Apa... perasaan aku pada kau? Tolong aku Hyejin. Tolong aku cari jawapan untuk soalan itu."
Hyejin mengangkat kepala untuk memandang Jungkook. Baru sahaja Hyejin mahu berkata kata, bibirnya diraup lembut oleh bibir Jungkook. Hyejin terkedu. Tidak mampu membalas perbuatan Jungkook.
Lembut sahaja bibir Jungkook bermain dengan bibir Hyejin membuatkan Hyejin khayal. Terasa ada rama rama yang berterbangan dalam perut Hyejin. Pinggang Hyejin ditarik untuk lebih dekat dengannya.
Hyejin terbuai dengan ciuman lembut yang Jungkook berikan. Setelah lama begitu, Jungkook meleraikan ciuman itu.
Tercungap cungap mereka menahan perasaan. Dahi mereka melekat antara satu sama lain.
"Tolong aku cari jawapan untuk perasaan aku Hyejin. Tolong aku."
____________tbc
AAAAAAAAA YA ALLAH PUASA PUASAAAA ASTAGAAA APA AKU TYPE NI ?! AMPUNKAN SAYAAAAAA
HyeKook first kiss heheheh
YA ALLAH TAUBAT TAUBAT
Oke dah dah.
Hehehe jangan lupa
++vote
++comments
++promoteThankyou and Lots of love, I PURPLE YOU! 💜💜💜💜💜
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanfictionSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...