++twenty five

114 22 2
                                    

Ikan mentah yang tersedia di tempatnya Hyejin lihat. Baru sahaja ingin memasukkan dalam troli, Junghyun menghalang.

"Jungkook tak makan ikan." Mata Hyejin membesar melihat Junghyun memegang pergelangan tangannya.

"Ahh, maaf saya tak tahu.." terus Hyejin menarik tangannya dari pegangan Junghyun lalu meletak kembali ikan itu ketempatnya. 

"Dia lebih suka stu abalone." Abalone yang dipacket itu Junghyun masukkan ke dalam troli.

"Erm, boleh saya tahu makanan kegemaran Jungkook selain stu abalone apa?" Tanya Hyejin sambil memandang Junghyun.

"Apa apa sahaja kecuali ikan. Jangan bagi dia makan ikan." Mendatar sahaja suara Junghyun.

"Jungkook ada alahan dengan ikan?" Hyejin mengambil brokoli pula. Baru sahaja soalan Hyejin mahu dijawab, tiba tiba seseorang mencelah.

"Seronok dating?" Jungkook menjeling Hyejin dan Junghyun yang meninggalkannya sebentar tadi.

"Jealous?" Selamba Junghyun menjawab. Jungkook menggulingkan matanya ke atas. Tiba tiba Junghyun memegang tangan Hyejin. Membesar terus mata Jungkook dan Hyejin.

"Apa— Yah hyung!" Jungkook menarik tangan Hyejin daripada pegangan Junghyun.

"Rileks la. Aku nak tengok je kau jealous ke tak. Heh. Ingat kan tak jealous." Senyuman sinis Junghyun hadiahkan pada Jungkook.

"Aku tak jealous okey." Jungkook menggulingkan matanya ke atas lagi.

"Habis tu, tu apa?" Junghyun menjuihkan bibirnya pada tangan Jungkook yang memegang tangan Hyejin. Terus pegangan itu terlepas lalu Jungkook menyilangkan tangannya ke dada. Tawa Hyejin tercetus kerana tingkah Jungkook. Comel semacam!

"Cepatlah. Nak balik. Panas." Tawa Hyejin semakin kuat. Mana pula dalam mall panas.

"Kau bawa lah Hyejin pergi beli barang dia. Aku nak—"

BUKK

Hampir sahaja Junghyun mahu terjatuh atas Hyejin. Nasib baik Junghyun sempat mengimbangi badannya. Hyejin dan Jungkook terkejut melihat seorang perempuan yang tidak terurus terduduk di lantai mall.

"Encik tolong..." kaki Junghyun dia rangkul erat. Gelabah Junghyun jadinya.

"Woah woah, kenapa ni?" Junghyun mencangkung untuk melihat perempuan itu.

"Tolong saya encik! Tolong selamatkan saya.." perempuan itu kerap memandang belakang Junghyun dengan resah. Bahu Junghyun dia cengkam. Matanya berair. Wajahnya comot, rambutnya tidak terurus. Dia begitu terdesak memerlukan bantuan.

Orang sekeliling sudah memandang mereka dengan pelik.

Tiba tiba perempuan itu gelabah. Dia bangun dari duduknya, baru sahaja dia membuka langkah untuk melarikan diri, Junghyun menarik dia kedalam pelukan dan menghadap ke tempat lain.

Jungkook dan Hyejin seakan tahu apa yang berlaku terus melindungi Junghyun dan perempuan itu dengan badan mereka dengan berpura pura memilih barang.

"Hey, kau nampak perempuan ni?" Seorang lelaki menarik bahu Jungkook lalu menunjukkan gambar perempuan tadi.

"Sorry, tak." Jawab Jungkook tenang. Lelaki itu merenung mata Jungkook untuk mencari kebenaran tiba tiba Hyejin mencelah.

"Sayang, awak nak yang mana?" Terketar ketar nada suara Hyejin sambil menunjuk biskut yang ada dirak itu. Lengan Jungkook ditarik.

Kening Jungkook terangkat dan bibirnya mengukirkan senyuman.

"Kau nampak kan? busy sekarang, so.." Mata Jungkook melirik ke belah kanan untuk menyuruh lelaki itu pergi.

Lelaki itu memandang kebelakang Jungkook untuk melihat Junghyun tetapi Jungkook menghalangnya dengan menolak lelaki itu pergi.

Sebaik sahaja lelaki itu pergi,

"Sayang huh?" Jungkook ketawa kecil sambil memandang Hyejin.

"A-apa?" Hyejin mengalihkan pandangannya kearah lain.

"So mind to tell us your problem?" Suara Junghyun menarik perhatian Hyejin dan Jungkook.

Junghyun melepaskan pelukan.

"Boleh bawa saya keluar dari tempat ni dulu?" Perempuan itu menggigit bibir bawahnya. Seluruh badannya menggeletar kuat.

Junghyun menanggalkan jacket denim yang dipakainya lalu dia menyarungkan jacket itu pada tubuh perempuan itu.

"Kau bawa Hyejin beli barang dia dulu, aku tunggu dalam kereta." Terus Junghyun dan perempuan itu tadi beredar.

"Dia pelik." Bisik Hyejin kecil. Hyejin menoleh untuk memandang Jungkook dan Jungkook sudahpun memandangnya sambil tersengih.

"Apa?" Hyejin mengembungkan pipinya sambil memandang Jungkook yang masih tersengih itu.

"Sayang~" mata Hyejin membulat bila Jungkook mengatakannya.

"Can I hear that again? Sayang?" Jungkook mengangkat keningnya sambil mendekati Hyejin.

"Yah!"
________tbc

Gais. 😌 saya down tengok silent readers 😌😌 support la sayaaaa 😭😭😭

Btw,

Happy 6th years with BTS.

보라해

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

보라해. 💜💜💜

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now