"Tapi nak buat macam mana, aku dah beli kau. Jadi kau milik aku." kata Jungkook selamba. Matanya tak lepas memandangku.
"Murah sangat ke saya bagi awak?" Air mata yang turun aku biarkan tanpa dilap. Habis lencun muka aku dengan air mata sendiri.
"Macam mana kau boleh ada disini?" soalan aku dibalas dengan soalan. Aku benci keadaan seperti ini. Aku kelihatan sangat murah. Soalannya aku biar tidak berjawab membuatkan Jungkook mengeluh.
"Masuk dan ceritakan pada aku semuanya." pintu kereta dia buka lalu menolak aku masuk kedalam.
Sebaik sahaja dia masuk kedalam kereta, pantas dia menekan minyak untuk memulakan perjalanan.
"Awak nak bawa saya ke mana?" tangisan aku semakin reda, tetapi badan aku masih lagi menggigil. Dengan adanya Jungkook disebelah aku membuatkan aku sedikit tenang. Cuma tak setenang selalu kerana aku baru sahaja melihat dia membunuh seseorang dengan mata aku sendiri!
"Balik rumah lah." terus aku menoleh dan memegang lengannya yang dia rehatkan dipahanya.
"Jangan! saya t-tak nak balik..please.." pegangan aku pada lengannya aku eratkan lagi berharap supaya dia tidak menghantar aku pulang.
"Aku tak kata aku mahu hantar kau ke rumah kau, aku dah beli kau jadi kau perlu ikut sahaja kemana aku pergi sebab kau, aku punya." kata Jungkook tanpa memandang aku. Aku tergamam. Aku tak kenal Jungkook yang ini. Dia lain daripada yang aku kenal dahulu.
Wajahnya aku pandang lama sehinggalah dia memandang aku semula, disitulah aku sedar yang aku sedang merenungnya dan kereta Jungkook sudah berhenti di tepi jalan yang agak sunyi. Pegangan aku dilengannya aku lepaskan lalu aku berdehem kecil.
"Kau terkejut dengan sikap aku yang tiba tiba berubah hmm?" dia masih lagi memandangku. Aku hanya menunduk kerana tidak berani ingin membalas pandangannya.
"Inilah diri aku yang sebenar. Jeon Jungkook yang sebenar ada dihadapan kau sekarang." aku memberanikan diri aku untuk memandangnya semula.
"Awak lain.." bibir aku kemam. "Mac-" tak sempat aku ingin menghabiskan kata kata aku, dia memotong.
"Jawab soalan aku dahulu. Apa kau buat disini?"soalannya kembali membuat mata dan hidung aku pedih. Aku kembali menunduk tetapi Jungkook pantas menarik dagu aku untuk memandangnya.
"Pandang aku dan terangkan." matanya masih tak putus memandang aku.
"A-abang saya j-jual saya.." mata aku meliar ketempat lain. Rasa janggal menguasai suasana.
"Tak boleh ke kau cuma pandang aku?" katanya. Terus mata aku tertumpu pada anak matanya. Perubahan sikap Jungkook yang ini membuatkan aku kurang berani.
"S-saya takut.." pejam sahaja mata, terus air mata aku mengalir keluar.
"Tak perlu takut, aku takkan apa apa kan kau." terasa jari kasarnya mengusir air mata aku yang turun tadi.
"Terima kasih sebab keluarkan saya dari tempat tu." aku mengalihkan wajah aku dari terus menjadi tatapannya. Malu sebenarnya menunjukkan diri aku ini lemah pada orang lain. Dia hanya menggumam lalu dia kembali memandu keretanya.
___________
"Kenapa kau bawa orang lain masuk dalam rumah ni? kan aku dah kata.." suara yang kedengaran samar samar itu mengganggu tidur aku.
"Percayalah, dia tak akan apa apa selagi dia ada dengan Kook." itu, suara Jungkook. Mata aku,aku gosok perlahan bagi menjelaskan lagi pandangan aku.
"Tengoklah hyung, kau yang buat dia terjaga." Aku terkebil kebil memandang mereka. Aku ada dimana?
"Kau dah bangun?" Soal Jungkook. Aku memandangnya lalu mengangguk. Aku bangun dari pembaringan. Muka Junghyun yang bengis itu membuatkan aku gerun.
"Pergi mandi, turun bawah sarapan. Baju ada dalam almari." kata Jungkook lembut.
"Jangan berani buat hal dalam rumah ni. Ingat kau tu menumpang je dalam rumah ni. Behave." kata Junghyun lalu terus meninggalkan aku dan Jungkook berdua didalam bilik ini.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" kataku sambil menguap.
"Ada bunian angkat kau." Katanya lalu menjeling aku. Aku mencebik.
"Cepat mandi. aku tunggu dibawah." tuala yang tersangkut pada pintu diambilnya lalu dia mencampakannya pada muka aku. Kurang ajar!
_________
Tangga yang ada dihujung aras ini aku tuju sambil meninjau ninjau persekitaran rumah ini, Besarnya! Bagaikan rumah antik yang bersih.
Sampai sahaja dibawah, aku terbau sesuatu yang enak terus aku mengikut bau itu. Setibanya di dapur, aku dapat melihat dua beradik itu memandang aku. Malu aku dibuatnya.
"Lambat. sejuk makanan aku sebab tunggu kau." Kata Jungkook.
"Maaf sebab buat awak berdua tunggu.." kata aku sambil menggaru kepala aku yang tidak gatal. Junghyun menjeling aku lagi. Ada juga aku cungkil mata dia ni pula nanti..
Aku mengambil tempat disebelah Jungkook dan berhadapan dengan Junghyun. Aku tak tahu apa masalah Junghyun ni sebab dia tak habis habis pandang aku. Ada apa apa ke pada muka aku? Air liur basi? Nahh, aku baru sahaja lepas mandi. mana mungkin ada air liur basi..
Hanya bunyi sudu sahaja yang berlaga di ruang makan ini masing masing hanya diam melayankan perasaan sendiri. Bunyi kerusi ditolak kebelakang membuatkan aku mendongak memandang Junghyun.
"Letak sahaja disingki, saya akan membersihkannya!" kata aku kepada Junghyun dengan semangat. Dan ya, aku hanya mendapat jelingannya sahaja. Apabila Junghyun sudah hilang dari pandangan aku, terus aku menoleh kearah Jungkook.
"Kenapa dengan abang awak itu?" Kening Jungkook terangkat sambil memandang aku.
"Dia tak suka dengan orang asing. lama lama dia okey lah tu." lembut sahaja suara Jungkook. Apa kena dengan dia ni? Dia lain.. aku betul betul maksudkannya.
"Samalah macam awak, dia pun macam tak reti nak senyum.. dingin je. selalu jeling jeling orang. Macam awak masa mula mula masuk kelas dulu! sombong!" sempat lagi aku mengata abangnya kepada Jungkook. Tiba tiba Jungkook ketawa. Besar terus mata aku memandangnya.. Dia.. Baru.. Sahaja.. KETAWA DIHADAPAN AKU!
Tawanya terhenti lalu memandang aku pelik. "Apa?"
"Awak.. ketawa.. AWAK KETAWA! OH MY GOD!" aku tak dapat menyembunyikan keterujaan aku sehingga aku menekup mulut aku dengan kedua dua tangan aku. Sejujurnya dia nampak comel bila ketawa. Dua gigi hadapannya menonjol seperti arnab! Comel!
Mungkin baru tersedar, terus Jungkook berdehem lalu dia mengangkat pinggannya yang sudah kosong ke singki.
"Eleh, dah malu ke tu?" terlepas tawa aku melihat kelakuan comel Jungkook.
"diam." dapat aku lihat telinganya sedikit kemerahan. Haih Jungkook.. tolong berhenti buat saya tergoda..
____________tbc
HUWA SAYA TERPUBLISH YANG BELUM SIAP SEMALAM 😭😭
Hehe, saya akan publish FF Taehyung nanti. Tajuk dia... jeng jeng jeng,Jamais Vu
HAAAA tak tahu la jalan cerita kena ke tak dengan tajuk. 😂 nantikan yaaa. Jangan lupa comments dan tekan star dekat bawah.. Lots of Love, I purple you. 💜💜💜
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanfictionSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...