Wajah Jungkook diusap perlahan. Tenang sahaja dengan dengkuran kecil seperti bayi. Luka luka pada wajah Jungkook membuatkan Hyejin mencebik.
"Saya takut nak cakap.. saya tak tahu apa yang awak rasa.. saya tak tahu apa perasaan awak pada saya. Saya tak tahu macam mana nak jawab apa yang awak tanya saya semalam.. tapi apa yang saya pasti, saya..s-saya.. umph, s-saya..." tiba tiba tangan Hyejin yang berada dipipi Jungkook dipegang.
"Awak apa sayang?" Mata Jungkook yang sudah tercelik membuatkan Hyejin terkedu. Terkunci terus mulut Hyejin dari berkata kata.
"Bagilah tahu.. saya nak tahu sangat isi hati awak." Panggilan Jungkook yang bertukar membuatkan jantung Hyejin berdegup kencang. Hyejin ketap bibirnya. Malu.
Renungan Jungkook membuatkan Hyejin makin malu.
"Tak perlu malu, hanya kita berdua je ada dalam bilik ni." Pinggang Hyejin ditarik supaya rapat dengannya membuatkan hidung mereka berlaga. Semakin memerah pipi Hyejin kerana keadaan mereka yang sangat dekat.
"E-eo.. Jungkook, sejak bila awak sedar?" Bodoh Hyejin. Nak tukar topik tapi tak pandai. Jungkook tergelak kerana kekalutan Hyejin.
"Aku tahu kita masih keliru dengan perasaan masing masing. Beritahu aku bila kau dah bersedia dan masa tu, aku akan beritahu kau juga tentang perasaan aku." Jungkook melaga lagakan hidungnya dan hidung Hyejin.
"Terima kasih Jungkook." Tubuh Jungkook dipeluk erat.
Sejak Jungkook 'membeli' nya di kelab dahulu, Hyejin seperti tidak boleh berjauhan dengan Jungkook. Hari Hyejin tidak lengkap tanpa Jungkook kerana Jungkook ialah satu satunya orang yang ada dengannya sekarang.
"Saya harap awak tak akan tinggalkan saya..." dada Jungkook diusap perlahan.
"Aku tak akan tinggalkan kau selagi kau tak ambil keputusan untuk tinggalkan aku.." rambut Hyejin pula diusapnya.
"Saya tak akan tinggalkan awak Jungkook.. saya janji."
"Aku pegang janji kau Hyejin." Bibir Hyejin dikucup sekilas lalu tersenyum. Jungkook kembali memejamkan matanya. Hatinya terasa seperti wujud kembali. Sudah lama dia tidak merasa perasaan seperti ini. Datangnya Hyejin dalam hidupnya, hidupnya seakan akan berubah.
________
"Awak ada apa apa tak dekat peti sejuk?" lengan Jungkook Hyejin tarik perlahan.
"Tengoklah.." mendengarkan itu, terus Hyejin membuka peti sejuk. Ternganga langsung mulut Hyejin melihat isi kandungan peti sejuk itu. Penuh dengan bir! dan juga sosej segera.
"Eh, terlupa pula. Hehe." Jungkook tersengih kecil.
"Kau nak buat apa? Kalau nak makan, beli je lah.." kata Jungkook selamba.
"Dah selalu beli, habislah duit awak nanti kalau dah selalu sangat beli dekat luar.." Hyejin menutup pintu peti sejuk kembali.
"Tak luak pun duit kalau beli makanan." Jungkook menyumbat biskut chocolate kedalam mulutnya.
"Eee dia ni, tahulah kaya!" Hyejin menepuk dada Jungkook perlahan. Jungkook cuma tersengih kecil. Sejak Hyejin ada disini, bibir Jungkook sangat murah dengan senyuman dan sengihan.
"Sekarang awak dah senang nak senyum.. dulu payah!" Hyejin mencubit pipi Jungkook sedikit kuat.
"Sakitlah, Hyejin.." Jungkook menangkap tangan Hyejin yang mencubit pipinya lalu menarik Hyejin kedalam pelukann.
"Kau lah yang buat aku macam ni, angau." Hyejin terkedu.
"A-angau?" Soal Hyejin. Jungkook hanya menggumam sambil menyembamkan wajahnya pada bahu Hyejin.
"Ehem!" Hyejin dan Jungkook terkejut kerana deheman Junghyun. Terus terlepas pelukan mereka.
"Nak buat maksiat dalam bilik. Bukan dapur." Selamba Junghyun melintasi Jungkook dan Hyejin.
"Kau jealous sebenarnya kan? Ye lah, Forever alone." Sengaja Jungkook mahu mengapi api kan Junghyun.
"Aku nak keluar pergi makan ni. Nak ikut tak?" Junghyun meneguk bir yang diambil tadi.
"Alang alang tu, kita pergi mall sekali boleh?" Hyejin memberanikan dirinya untuk bersuara.
"Nak buat apa? Kau ada duit ke?" Lancar sahaja Junghyun bersuara. Terdiam terus Hyejin.
"Kau ni hyung. Dia nak masak untuk kita ni." Kata Jungkook tak puas hati.
"Kau pergi siap cepat. Kita pergi mall sekali. Beli barang kau." Jungkook menolak Hyejin perlahan untuk naik ke atas.
"Tapi saya tak a-ada duit.." Hyejin menunduk.
Junghyun ketawa kecil manakala Jungkook memandang Hyejin malas.
"Pergi siap je cepat." Kata Jungkook.
"Tak ada tapi tapi. Nak aku cium kau dekat sini ke?" Mendengarkan itu, terus Hyejin menjeling Jungkook lalu terus dia berlalu ke atas.
"Innocent. Tch." Kata Junghyun sambil tersengih.
"Perempuan soft juga kau pilih kan Kook? Aku ingat kau ni suka perempuan jenis yang rough." Tawa Junghyun terlepas kuat.
"Aku bukan macam kau hyung." Jungkook menjeling Junghyun lalu berlalu dari situ.
"Ada aku tinggal juga budak dua orang ni." Junghyun mencebik.
_______tbc
GAISSSSSS IM COMEBACKK YEAYYYYYY
Hahaha so how puasa tahun ni? Ada yang ponteng? EceehhhhBtw saya nak cakap yangggg
Go check noww. Kat sini korang akan kenal saya lebih lagi and saya kan luahkan everything yang saya rasa nak luah. Pergi baca, votes and comments heheheh. Kat situ korang akan nampak character saya dekat sini and dekat situ berbeza HAHAHAH
SAYA NAK TANYA NI.
Ada orang suruh saya open graphics shop.
Ada yang nak support tak? Hehehehe tanya je. Mohon respond.
BTW JANGAN LUPA VOTES AND COMMENTS. Lots of Love, IPurpleYou. 💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
Fiksi PenggemarSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...