++fourteen

133 31 23
                                    

Awak okey?" Hyejin menjelingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awak okey?" Hyejin menjelingnya. Langsung tak mahu bercakap dengan Jimin.

"Sorry.. saya tak tahu boleh jadi macam tu. Janganlah palau saya.." Jimin masih mahu memujuk Hyejin.

"Hyejin-ah.." lengan Hyejin ditarik. Pantas Hyejin menepis tangan Jimin.

"Jangan kacau saya boleh tak?!" Bentak Hyejin kuat. "Awak tahu apa saya rasa? Awak tahu ke perasaan saya masatu? Apa awak buat masa saya kena simbah semalam? Awak pandang je saya kan? Seronok lah tu dapat tengok badan saya?!" Merah terus muka Hyejin kerana marah dan malu.

"Bukan! Saya just tak boleh nak buat apa apa je.. saya suka awak Hyejin. Awak tak nampak ke selama ni saya try nak dekat dengan awak?" Kata Jimin mahu menyebelahi dirinya sendiri.

"Suka? Kalau awak suka saya awak takkan buat saya malu sampai saya rasa taknak jejak lagi dekat U ni tau. Ohh, saya lupa awak playboy. Terima kasih sangat sangat Jimin terima kasih." Hyejin ingin melangkah tapi lagi sekali Jimin menahannya. Hyejin berdecit kasar.

"Saya minta maaf... please lah Hyejin, jangan lah macam ni.." tangan Jimin yang memegang lengan Hyejin cuba Hyejin lepaskan.

"Sekarang saya nak letak muka dekat mana? Video saya basah semalam dah viral satu University ni tahu tak sampai pelajar dari fakulti lain pun duduk tanya saya. Semua salah awak Jimin. Semua salah awak. Kalau awak tak sibuk pegang saya masa nampak Minjung masatu benda ni takkan jadi. Tahniah sangat sebab dah buat saya malu. Saya tak nak tengok muka awak lagi. Jangan pernah datang dekat dengan saya lagi!" Panjang lebar Hyejin melepaskan rasa marahnya. Sungguh dia benci lelaki dihadapannya ini. Jimin diam apabila sedar kesalahannya. Pegangan Jimin yang tiba tiba longgar membuatkan Hyejin terus menarik lengannya dan pergi dari situ.

Jimin mengusutkan rambutnya. "Hish, kacau line betullah Minjung ni!"
_________

Air tin epal diteguk rakus. Dimana mana sahaja dia lalu, pasti semua orang berbisik bisik dan juga ketawa. Semuanya tidak dihiraukan oleh Hyejin.

Tempat biasa dia menenangkan fikirannya dituju. Belum sempat Hyejin ingin duduk, seseorang menarik badan Hyejin lalu di tolak ke batang pokok. Terkejut Hyejin dibuatnya.

"Mingyu?" Hyejin terkedu. Mingyu mendekatkan badannya dengan Hyejin membuatkan tangan Hyejin naik menahan dada Mingyu. Air tin yang dipegangnya tadi jatuh ke tanah.

"Apa awak buat ni?!" Hyejin menolak nolak dada Mingyu kerana Mingyu semakin dekat dengannya tetapi tiada kesan. Mingyu langsung tidak berganjak. Mingyu tersengih. Sengihan Mingyu membuatkan bulu roma Hyejin meremang. Takut!

"Bukan kau dah biasa jual body ke? Kenapa dengan aku kau takut pula?" Hyejin memandang wajah Mingyu yang beberapa cm sahaja dari wajahnya.

"Apa awak cakap ni?! Lepaslah!" Hyejin masih meronta ronta meminta dilepaskan. Mingyu mula merangkul tubuh Hyejin. Wajah Mingyu disembam pada leher Hyejin.

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now