++seventeen

126 23 4
                                    

"Kook, betul kau tak nak lawat makam omma dengan appa?" Kata Junghyun sambil menghidangkan nasi goreng kimchi yang dibelinya tadi diatas meja.

"Kook tak sedia nak pergi sana." Jungkook tiada mood. Mungkin kerana mimpinya malam tadi.

"Kook mimpikan appa dengan dia.. malam tadi." Mukanya Jungkook raup kasar. Makanan yang terhidang langsung tak menarik perhatian Jungkook.

"Pergilah lawat kook. Omma dan appa mesti rindukan kau." Junghyun duduk berhadapan dengan Jungkook lalu menyuap nasi kedalam mulutnya.

"Nanti lah." Nasi dihadapannya dikuis kuis perlahan.

"Kook dah lama tak mimpi appa." Disuap sedikit nasi masuk ke dalam mulut. Perit tekaknya apabila nasi itu melalui esofagusnya.

Jungkook memang rapat dengan mendiang ayahnya. Berlainan pula dengan Junghyun. Junghyun rapat dengan ommanya. Puan Jeon selalu membandingkan Jungkook dan Junghyun membuatkan Jungkook tidak begitu rapat dengan Puan Jeon. Ayah mereka pula sama rata. Walaupun garang, Tuan Jeon selalu menasihati kedua dua anaknya supaya menjadi orang di masa akan datang. Apa yang Jungkook mahu, semua diberikan.

"Kook, kau memang taknak maafkan dia?"kata Junghyun. Terus Junghyun dipandangnya tajam.

"Okey, sorry. Tapi tak guna marah lama lama kook."

"Ini hal aku, hyung." Jungkook bangun lalu beredar dari meja makan.

Junghyun menggeleng. Jungkook memang keras kepala. Makanan yang tersisa dihabiskan segera.
__________

Hyejin merenung keluar tingkap yang terbuka sedikit itu. Tiada senyuman langsung yang terbit dibibir Hyejin. Matahari yang semakin terbit ditenung. Rumahnya sangat dekat dengan laut jadi dia nampak semua keindahan alam disitu.

Hyejin bangun dari katilnya. Dia menuju kedapur mahu melihat lihat apa yang boleh dimasak untuk ibunya.

Peti sejuk dibuka terus Hyejin menutup hidungnya. "Euw!" Pintu peti sejuk ditutup pantas. Daging ayam yang sudah lama terbiar itu membuatkan Hyejin mahu muntah.

Bilik ibunya dituju. "Omma.. " pintu bilik diketuk lalu dipulas tombolnya terus Hyejin masuk. Ibunya yang masih berbaring di atas katilnya dipandang.

"Omma, omma nak makan apa apa tak? Hyejin belikan. hm?" badan ibunya digoyang goyangkan untuk mengejut ibunya. Ibunya bergerak gerak sedikit kerana dikacau. Decitan kasar terkeluar dari mulut ibunya.

"Aku tak nak makan lah. jangan kacau aku nak tidur. Keluar!" bentak ibunya tanpa memandang Hyejin. Bahu Hyejin terhincut sedikit kerana terkejut. Hyejin menunduk lalu dia keluar dari bilik ibunya. Abangnya yang terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu dipandang. mungkin kerana kesan pengambilan alcohol yang banyak membuatkan dia langsung tidak menyedarkan diri. Jacketnya dicapai terus Hyejin melangkah keluar dari rumahnya.

Duit yang disimpan didalam poket jacketnya dikeluarkan. Perutnya berkeroncong. Hyejin tidak makan sejak sampai kerumah semalam. Kedai serbaneka yang berdekatan dengan rumahnya dia tuju.

Ramen dan sebotol air dicapai, selepas dibayar Hyejin terus memasak ramen segeranya itu. Hyejin mengambil tempat di meja yang disediakan sambil menyanyi kecil.

Sementara menunggu ramennya dimasak, telefonnya dibelek. Teringat pula Jungkook ada memberikan nombornya. Terus laman contacts dibuka lalu nama Jungkook dicari.

Ddaeng!

'Jjk'

"Heol, apalah save number macam tu.." nombor Jungkook ditekan lalu nama Jungkook, Hyejin edit.

'Bunny Kookiess 🍪💜'

"Kan sweet ni!" Hyejin tersengih sendiri. Baru sahaja ingin menekan butang 'call' telefonnya tiba tiba dirampas. Terus Hyejin menoleh.

"Kim Hyejin kan?" Lelaki itu tersengih.

"Omo, Jongin!" Kerana teruja, Hyejin memeluk lelaki yang bernama Jongin tadi.

"Lamanya tak jumpa awak!" Hyejin melompat lompat kecil. Jongin tersengih melihat gelagat comel Hyejin.

"Makin cantik awak sekarang." Kata Jongin sambil menyerabutkan rambut Hyejin.

"Awak pun makin handsome, dulu nerd,hingus meleleh, cermin mata besar. HAHAHA." Sempat lagi Hyejin mengutuk Jongin. Jongin turut ketawa.

"Awak buat apa dekat sini?" Jongin duduk disebelah Hyejin dan mengembalikan telefon Hyejin.

"Makan." Hyejin mula memasukkan perencah ramennya lalu mengacaunya perlahan.

"Awak makan ni je? Tak eloklah. Jom saya belanja makan." Dengan selamba Jongin mengambil ramen Hyejin lalu membuangnya kedalam tong sampah.

"What—" mata Hyejin membulat.

"Jom.." tangan Hyejin ditarik supaya mengikutinya keluar dari kedai itu.

"Jongin... kenapa awak buang?! Saya laparlah!" Wajah Hyejin bertukar cemberut. Sudahlah nak masak lama, suka hati sahaja dia buang.

"Jomlah, saya bawa awak makan. Lagi sedap dari ramen tu. Banyak MSG je." Sampai sahaja di depan sebuah kereta, Jongin bukakan pintu untuk Hyejin.

"Masuklah." Kata Jongin. Hyejin ternganga. Wajah Jongin dan kereta itu dipandang bergilir gilir.

Sebelah kening Jongin terangkat sambil tersengih.
"SERIOUSLAH JONGIN?!"
_________tbc

Sorry guys lama sangat hilang. ") tangan pun dah kekok je nak type. Hahaha lots of love, I purple you! 💜 btw, THANKS FOR 1k READERS! Thanks alot tau 💜 jangan lupa tekan vote and comments 💜💜💜

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now