++nineteen

123 21 6
                                    

Aku memandang sekeliling. Aku tak tahu macam mana aku boleh ada dalam bilik ini. sedar sedar sahaja sudah ada didalam bilik ini. Bau hanyir alkohol mengganggu rongga hidung aku. Perlahan lahan aku bangun dari pembaringan. Bunyi kuat musik dari luar membuatkan aku gerun. Aku dimana? Otak aku tidak dapat berfikir dengan baik.

Tiba tiba pintu bilik dikuak dari luar. Aku yang masih mamai hanya menunggu siapa yang masuk kedalam.

"Hye baby, dah bangun?" seorang lelaki bertatu dilengan melangkah masuk kedalam dengan senyuman. Dia mendekati aku sambil menanggalkan jacketnya.

"Awak nak buat apa ni? siapa awak? Mana abang saya?" dengan pantas aku mengundur sehingga ke kepala katil. Senyuman sinisnya mengundang perasaan tidak senang dalam diri aku.

"Abang kau? tch, untuk pengetahuan kau, abang kau si penagih tu dah jual kau dekat aku tau. Dia nak duit, so dia jual lah adik dia yang cantik ni pada aku. Virgin lagi pula tu. Bertambah kaya aku lepasni." tangannya naik ke betis aku. Pantas aku menepis tangannya. Takkan lah oppa sanggup buat macam tu kan?

"Penipu! Saya ni adik dia lah! dia takkan jual saya macam tu je!" air mata aku mula bertakung. Oppa takkan buat aku macam ni kan?

Terlepas kuat tawanya dihadapan aku. "Kau tak percaya? kau tengoklah dekat mana kau sekarang, Kau ada dekat club aku, dalam bilik orang nak lepaskan nafsu sendiri." Air mata aku jatuh. Selimut yang menutupi badan aku, aku selak lalu terus aku berlari ke pintu bilik. Sedaya upaya aku memulas tombol pintu tetapi tidak berhasil.

"Tolong! tolong!!" aku memukul kuat pintu bilik itu berharap agar sesiapa datang untuk menolong.

"Hey perempuan." bahu aku ditarik kasar dari belakang.

PANG!

kebas tangan aku menampar wajah lelaki itu. Badan aku menggigil kuat.

"Jangan cabar aku perempuan!" badan aku dia tolak kuat keatas katil.

"Jangan apa apa kan saya! Saya merayu.." makin deras air mata aku mengalir keluar. Sumpah aku takut..

"Kau dah cabar aku.." dia menindih aku lalu dia menampar kuat pipi aku Membuatkan pandangan aku berpinar pinar.

Kolar baju aku dia tarik sehingga terkoyak. Air mata aku terus mengalir dengan deras. Inikah pengakhiran mahkota yang telah aku jaga sepanjang hidup aku?

Baru sahaja  bibirnya ingin menyentuh permukaan leher aku, bunyi pintu bilik diketuk dari luar menghentikan perbuatannya.

"Boss, Jeon datang lagi!" dengar sahaja perkataan itu, terus dia bangun dari menindih aku.

"Kau selamat malam ni. Lepasni aku nak kau pakai baju ni.Jangan keluar bilik.  Jangan berani nak lari. Aku beli kau mahal." dia mencampakkan baju pendek parat paha lalu terus keluar dari bilik ini. Nafas lega aku hembus. Aku kena keluar juga dari tempat kotor ni.

Sekejap, Jeon?

Tergesa gesa aku turun dari katil. Pintu tadi aku cuba buka lagi.

KLEK!

Tak kunci! terus aku melangkah keluar dari bilik itu. Kawasan ini gelap. Cahaya dihujung jalan aku tuju. Sepanjang perjalanan aku ke sana, bunyi bunyi jijik yang kedengaran dari bilik bilik yang aku lalui, aku hanya abaikan. Jijik!

"Kau memang tak serik kan?" mata aku membesar. Itu bukankah suara.. semakin laju aku melangkah kearah suara itu.

"Jangan macam ni Jeon.. Dia bertindak ikut kepala dia.. aku tak suruh pun dia bunuh budak kau.." suara lelaki tadi.. Aku berdiri disebalik pintu untuk mendengar lagi perbualan mereka. Aku mengintai di celah celah pintu. Lelaki bertatu itu dengan seorang lelaki berjacket hitam dan memakai mask hitam. Dihadapan lelaki yang memakai mask hitam  itu ada seorang lelaki melutut kepadanya. Ada juga beberapa orang lelaki bersama mereka.

BANGG!!

Bahu aku terhincut kerana terkejut. Mata aku pejam. Mulut aku tekup supaya tidak mengeluarkan apa apa bunyi. Lelaki yang memakai mask hitam itu menembak lelaki yang melutut dihadapannya. Terpercik darahnya ke serata tempat.

Lelaki bermask hitam itu menanggalkan masknya kerana terkena percikan darah lelaki yang ditembak tadi.

Terkejut aku melihat wajah lelaki itu.. Air mata aku kembali bertakung. Tak mungkin..

"j-jungkook.." air mata aku jatuh. Aku mengundur sedikit demi sedikit.

PRANGG!!

Aku terkedu. Pasu bunga yang ada diatas meja dibelakang aku terjatuh kerana aku melanggarnya. Bunyi kuat itu menyebabkan tumpuan mereka tertumpu kearah tempat aku berada.

"Kau tarik siapa dekat belakang pintu tu sekarang!" arah lelaki bertatu itu kepada lelaki disebelahnya. Aku buntu.

Baru sahaja aku ingin membuka langkah, lengan aku ditarik kuat dari belakang. Mereka semua memandang aku termasuk Jungkook. Aku dapat lihat dia terkejut dengan kehadiran aku.

"Aku kata jangan keluar bilik!" lelaki bertatu itu menarik aku betul betul dihadapannya.

Klek

mata aku membulat. lelaki itu mengacu pistol itu dikepala aku. Jungkook dihadapan aku, Aku pandang meminta pertolongan.

"T-tolong.." matanya aku pandang dengan harapan.

"Siapa dia ni?" soal Jungkook kepada lelaki bertatu itu.

"Dia budak baru.. Virgin lagi." kepala aku ditunjal dengan pistol. Terpejam pejam mata aku dibuatnya.

"Tolong saya.." air mata aku jatuh.

"Kau nak? Disebabkan budak aku bunuh budak kau, perempuan ni aku bagi murah pada kau." kata lelaki bertatu itu lagi. Jungkook memandang aku sekilas.

"Deal?"

"Deal."

Terus aku ditolak ke arah Jungkook sehingga aku terlanggar badannya. Lengan aku ditarik Jungkook membuatkan aku berdiri disebelahnya.

"Esok duit kau sampai." kata Jungkook.

"ini dikira, hutang aku pada kau dah selesai, Jeon." Jungkook mengangguk lalu dia menarik aku keluar dari kelab itu dengan kasar. Sampai sahaja dikeretanya, Jungkook menolak aku kuat pada pintu keretanya. Sakit!

"Sakit.." air mata aku terlalu murah hari ini. Aku mengigil teruk melihat wajah Jungkook. Muka Jungkook samar samar kerana air mata aku. Dia tak seperti yang aku jangkakan.

Jungkook mengunci badan aku pada keretanya. Wajahnya hanya beberapa inci sahaja dengan wajah aku.

Tiba tiba terasa jari kasar Jungkook  mengusap air mata aku yang jatuh dipipi. "Nak ke kau kawan dengan aku lagi lepas dapat tahu aku pembunuh hm?" aku hanya diam.

"Tapi nak buat macam mana, aku dah beli kau. Jadi kau, milik aku."

__________tbc

APA AKU TULIS NI OMAGADHH DHBCUHBCBBC. Abaikan segala kemerapuan yaaa. Ayat tunggang terbalik. Typo pesemuaa. Saya mintaa maafffff 😭😭😭 hehheheh jangan lupa tekan star dan comments! Lots of Love, I Purple Youu!! 💜💜💜

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now