"Kenapa hyung nak jumpa Kook?" soal Jungkook kepada abangnya. Wajah abangnya yang tegang dipandang pelik. Pagi pagi lagi sudah menelefonnya untuk berjumpa di cafe berdekatan dengan University nya.
"Aku dapat tahu kau kerja dengan dia." Kopi yang baru sahaja mahu dihirup diletakkan semula diatas meja. Jungkook diam. Melihat Jungkook diam membuatkan Junghyun panas hati.
"Kau tahu tak dia siapa?!" Meja cafe itu Junghyun hentak kuat menyebabkan semua pelanggan pelanggan di cafe itu memandang mereka pelik.
"Kook tahu." Junghyun meraup rambutnya kebelakang. Badannya disandarkan pada kerusi.
"Hyung, listen. Melalui dia je Kook boleh balas dendam hyung. Selagi Kook tak balas dendam hati Kook tak tenang. Kook bukan macam hyung.. benda ni melibatkan orang sekeliling Kook. Masa benda tu terjadi hyung dekat mana? Hyung tak ada. Hyung tak rasa. Kook yang rasa." mata Jungkook memerah kerana mengingati kisah silamnya.
"Bukan macam ni Kook. Kau hanya bahayakan nyawa kau sendiri!" Suara Junghyun meninggi. Tidak kisah dengan pandangan orang lain.
"Tak perlu risau. Kook tahu apa Kook buat." Jungkook masih bertegas dengan keputusannya. Geram Junghyun dibuatnya. Ingin sahaja dia menumbuk wajah adiknya itu.
Ego Jungkook tinggi. Junghyun tahu tentang itu. Junghyun tidak boleh menyalahkan Jungkook kerana semuanya salah dirinya sendiri. Hidungnya dipicit, mata dipejam. Risau dengan nasib yang bakal diterima adiknya.
"Jangan obses dengan dendam sendiri Kook. Dendam kau akan makan diri kau sendiri."
_______Hari ini kuliah petang. Dewan kuliah dituju dengan senang hati. Yalah sudah dapat tidur dengan lama. Hyejin datang 5 minit awal supaya tidak terlambat lagi. Pintu dewan dibuka
DUSH!
Basah! Hyejin terkedu. Tak menyangkakan langsung itu akan terjadi. Perasaan senangnya tadi bertukar terkejut,sedih dan marah. Seluruh badannya basah teruk. Mulutnya ternganga kecil. Tawaan semua orang bergema didalam dewan.
"Freeshow guys!" Kata salah seorang dari mereka. Kemeja putih yang dipakai Hyejin sudah basah menyebabkan tubuhnya terdedah.
Ada beberapa pelajar yang mengeluarkan kamera telefonnya untuk mengambil gambar. Hyejin kaku. Pantas dia menutup dadanya menggunakan kedua tangannya.
"Ambil lah gambar dia, dia kan tak tahu malu rampas boyfriend orang.. mesti dah pernah jual body. Kau malu apa hah Hyejin?!" Jerit Minjung dari tempatnya diselangi dengan ketawa. Jimin? Hanya mampu memandang Hyejin dengan rasa bersalah.
"Hyejin-ah, dah terdedah tu buka je lah!" Kata seorang lelaki yang memang gatal dengan perempuan. Lebih kuat mereka ketawa.
"Malam ni datang hotel aku! Body mantap aku tak tahan!" Mata Hyejin memanas, air matanya bertakung.
Tiba tiba badannya ditutup dengan jacket hitam lalu pinggangnya ditarik dari belakang membuatkan dia keluar dari dewan itu.
"Jungkook?" Akhirnya air matanya menitis, esakannya keluar. Jungkook membawanya ke tempat yang jauh daripada pandangan orang lain.
"Kenapa senang sangat kena buli?" Badan Hyejin tersandar pada dinding dibelakangnya. Jungkook menundukkan tubuhnya untuk menyamakan ketinggian dia dan Hyejin.
Hyejin diam. Masih lagi menangis dalam keadaan menunduk. Jacket yang tersarung pada tubuhnya digenggam kuat. Malu! Semua ni salah Jimin.
"Hey.." dagu Hyejin diangkat menggunakan jarinya. Terkejut Hyejin dibuatnya. Mukanya memerah apabila matanya bertemu dengan mata tajam Jungkook.
Bibirnya bergetar. Matanya dipejam. Esakannya semakin kuat. Tubuh Jungkook ditolak terus dia duduk memeluk lutut. Mukanya disembam pada lututnya. Jungkook juga turut mencangkung memerhatikan Hyejin.
"Saya nak mati.." kepalanya ditepuk tepuk kuat. Rambutnya juga ditarik tarik. Perbuatannya dihentikan oleh Jungkook. Jungkook memegang pergelangan tangannya.
"Maruah saya dimain mainkan macam tu je, mereka fikir saya ni apa? Mainan?" Jungkook diam membiarkan Hyejin meluahkan perasaannya. Rambut basah Hyejin diusap perlahan.
"Kenapa awak datang selamatkan saya? Nak buat saya berharap? Bukan ke awak dah tak nak berkawan dengan saya?" Emo betul Hyejin hari ini. Wajah Jungkook dipandang dengan air mata yang masih bersisa.
Melihat Hyejin dalam keadaan ini membuatkan hati Jungkook berasa lain. Perasaan yang dia tidak pernah rasakan sebelum ini.
"Habis kau nak orang tengok badan kau macam tu? Nak orang sebarkan gambar badan kau dekat media sosial?" Hyejin terdiam. Sejak bila entah Jungkook pandai cakap panjang.
"Saya tak tahu kenapa ramai sangat tak suka saya. Ada kawan macam tak ada kawan. Saya tak ada sesiapa. Lebih baik saya mati." Hyejin kedengaran betul betul putus asa.
"A-aku ada." Jungkook teragak agak ingin mengatakannya. Hyejin diam lagi. Wajah Jungkook masih ditatap tidak percaya.
"Tapi awak kan..."
"Aku tak pernah minta pun kita putus kawan.." Jungkook memandang tepat kedalam mata Hyejin.
"Tapi awak suruh saya cari kawan lain!" Geram Hyejin dibuatnya.
Jungkook menggulingkan matanya keatas. Dia bangun lalu memghulurkan tangannya untuk Hyejin.
Melihatkan Hyejin terkebil sendiri membuatkan Jungkook hilang sabar. Terus dia menarik lengan Hyejin supaya bangun. Tarikannya terlalu kuat membuatkan Hyejin terlanggar dada bidang Jungkook. Hyejin kaku. Jungkook betul betul dekat dengannya. Perutnya terasa geli seperti ada rama rama yang berterbangan didalamnya.
"Lambat."
______tbcAyat rama rama tu cliche siot 😂💔 Sekarang korang nampak tak dua personality Jungkook yang berbeza? HAAA Siapa Jungkook sebenarnya? Ya ya tahu Jungkook laki Piqah EHHH K abaikan. So stay tuned ya. Maybe piqah jarang dah update sebab sekolah. Ada masa piqa update okeyy. Bbye 💜💜 lots of love, I purple youu 💜💜💜💜💜
++vote
++comments
++support.
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanficSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...