Icecream yang sedikit mencair dijilatnya perlahan. "Haih patutnya sekarang dah habis dah class. Kenapa semua tak keluar lagi?" Kakinya menguis nguis lantai kerana bosan. Sejak dari tadi dia duduk di meja yang terletak diluar dewan kuliah. Dia ingin menunggu rakan rakannya keluar dari dewan dan ingin meminta nota yang diberi oleh Prof Yoon kepada mereka.
Bunyi pintu dewan terbuka menyentakkan lamunan Hyejin. Prof Yoon yang melangkah keluar dari dewan memandang Hyejin kosong.
"Don't late to my class again if you want a flying colours for your exam. Ask your friends to help you about the notes I gave today." Kata Prof Yoon sebaik sahaja tiba dihadapan Hyejin.
"I will prof. And I'm sorry." Balas Hyejin. Prof Yoon hanya mengangguk lalu beredar dari situ.
Sebaik sahaja Prof Yoon beredar dari meja itu, Irene dan rakan rakannya pula lalu di meja yang diduduk Hyejin tadi.
"Sooyoung-ah, tak sangka kita satu kelas dengan orang bodohkan?" Irene ketawa.
"Tulah kan rene. Dah lah lambat, assignment yang prof bagi pun dia buat ala kadar je. Nampak sangat attitude dia macam mana. Patutlah takde orang nak dekat dia tu." Giliran Sooyoung pula ketawa.
"Biasalah tu, pemalas. Siapa je nak orang macam dia yang pemalas tu?" Irene menjeling Hyejin yang dari tadi diam menahan marah.
Kata kata Irene dan Sooyoung menyakitkan hatinya. Hyejin bangun dan mengemas barangnya. Icecream yang masih bersisa dia pegang.
"Eh ada icecream lah!" Irene merampas icecream ditangan Hyejin lalu dia menonyohkan Icecream itu pada kepala Hyejin.
Alangkah terkejutnya Hyejin waktu itu. Semua mata yang memandangnya semua mentertawakannya. Irene tersenyum senget melihat muka Hyejin yang kemerah merahan kerana menahan malu.
"Irene, kau!" Tangan Hyejin ingin mencapai rambut ikal Irene tetapi ditahan oleh seseorang. Dia Taeyong. Teman lelaki Irene.
"Tak sangka dekat University ni ada unicorn. Shame on you cutie. Don't you dare to touch her with your damn dirty hands." Kata Taeyong. Tangan Irene dia tarik. Mana mahu dibawanya pun Hyejin tidak tahu.
Beberapa orang yang ada disitu ada yang mentertawakannya, ada yang merakam dan ada yang menjeling. Hyejin seperti ingin menangis kerana malu. Kon icecream diatas kepalanya diambil lalu dibaling kasar pada orang yang merakam. "Stop recording bitches!"
Barang barangnya diangkat untuk beredar dari situ. Rambutnya habis melekit dan keputih-putihan kerana icecream vanilla yang dimakannya tadi dibiarkan.
Baru beberapa langkah diambil, Dia terserempak dengan Jungkook. Jungkook memandangya selamba. Dengan keberadaan Jungkook disitu lagi membuatkan Hyejin ingin menangis. Bayangkanlah, crush korang nampak korang dalam keadaan yang selekeh. Malu!
Hyejin menunduk lalu meneruskan langkahnya. Tiba sahaja disebelah Jungkook, lengan Hyejin ditarik. Buku notanya dihulurkan. Hyejin memandang Jungkook hairan.
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanficSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...