++seven

142 39 6
                                    

"Saya minta maaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya minta maaf.." Jungkook disebelahnya dia pandang meminta belas.

Tiada balasan dari Jungkook. Dia hanya senyap menumpukan perhatian kepada Prof Yoon yang sedang bercakap dihadapan.

"Awakk? Alah, manalah saya tahu Hyera nak tampar awak.." Hyejin mengetap bibir lagi apabila Jungkook masih senyap.

"Prof, Hyejin ganggu Jungkook!" Terkejut Hyejin dengan tuduhan yang tiba tiba ditujukan kepadanya. Hyejin memandang belakang. Irene. Tak habis habis dengki dengannya.

"Kim Hyejin! Awak nak keluar lagi ke dari kelas saya?!" Hyejin terkedu.

"I'm sorry prof." Hyejin menunduk. Pen yang dipegangnya ditekan pada permukaan buku notanya. Maka bermulalah kesenian Hyejin pada bukunya. Rasa bersalah salam diri Hyejin bertambah tambah apabila melihat pipi Jungkook berbirat sedikit kemerah merahan.
______

Selepas sahaja kelas Prof Yoon, berpusu pusu pelajar keluar dari dewan. Jungkook pula masih statik di tempatnya. Hyejin menunggu semua orang keluar dari dewan itu barulah dia menegur Jungkook.

"Nah. Saya minta maaf sebab ambil buku ni, sebab tuduh awak raba saya, and buat Hyera tampar awak. Saya minta maaf sangat sangat tau.." Hyejin menghulurkan buku itu kepada Jungkook dan menunduk nundukkan badannya untuk meminta maaf.

Jungkook tidak memandang Hyejin, terus sahaja dia keluar dari dewan. Huluran buku itu juga tidak diambilnya. Terpinga pinga Hyejin dibuatnya.

"Orang dah bagi taknak pula. Emo mengalahkan perempuan betul!" Hyejin mengomel sendiri. Buku itu kembali diambilnya kasar. Saat itulah, satu gambar terjatuh dari buku itu. Polaroid. Hyejin pelik. Semasa dia membelek buku itu tiada pula dia terjumpa sebarang gambar.

Segera dia mencapai polaroid yang terjatuh itu.

Membulat mata Hyejin sebaik sahaja melihat gambar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Membulat mata Hyejin sebaik sahaja melihat gambar itu.

"Dia senyum?! Comelnyaa!!" Hyejin menjerit sendiri. Teruja.

"Bunny teeth, crinkled smile, eyesmile, earpieces, his hair— Oh My God!" Hyejin terlompat lompat kecil sambil menutup bibirnya. Dia seorang sahaja belum keluar dari dewan itu.

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now