++twenty two

123 21 4
                                    

"Apa yang oppa dah buat?!" Hyejin menghentak-hentak pagar besi yang menjadi penghalang antara dia dan abangnya. Buat keberapa kalinya air mata Hyejin jatuh lagi. Kenapa nasibnya selalu malang? itu yang selalu bermain difikiran Hyejin.

Hyunjin tersengih sinis. "Perempuan tua tu menyusahkan aku. Aku bunuhlah.." Selamba sahaja Hyunjin mengatakannya dan menambahkan geram Hyejin. Hyejin mengetap bibir. Baru sahaja Hyejin mahu menghentak lagi pagar besi dihadapannya, tetapi pantas Jungkook menghalang.

Hyejin tersentak. Jungkook dipandang dengan mata yang kemerah merahan menahan tangisan. "Kau hanya sakitkan diri kau sendiri." air mata yang ditahan tadi turun dengan laju diikuti dengan esakan kecil. Jungkook menarik Hyejin jauh daripada pagar itu.

"Siapa ni? Ahh, ya mesti dia ni yang beli kau kan? Macam orang kaya je, nanti bolehlah kau keluarkan aku dari sini kan?" kata Hyunjin sambil ketawa besar.

"Maaf, kau bukan abang aku lagi. Aku tak kenal siapa kau." Hyejin menarik Jungkook keluar. Tidak mampu mahu duduk disitu lama lama lagi lagi Jungkook ada bersamanya. Malu dengan sikap abangnya.

Hyejin terus mencangkung lalu menangis teresak esak, Mukanya ditutup sepenuhnya dengan kedua dua belah tangannya. Jungkook juga turut mencangkung disebelah Hyejin sambil menepuk nepuk belakangnya.

"Jangan dekat dengan saya. S-saya malu." Jungkook tersenyum kecil melihat Hyejin. Kepala Hyejin turut diusapnya.

"Sanggup dia buat macam tu pada omma.. Omma yang lahirkan dia.. Hanya sebab dadah dia bunuh omma yang penat bawa dia 9 bulan dalam perut. Sakit nak lahirkan dia tapi senang je dia bunuh omma.." Hyejin tak dapat mengawal tangisan. Jungkook bangun lalu menarik Hyejin kedalam pelukannya.

"Menangislah.." satu perkataan yang keluar dari mulut Jungkook cukup untuk menambahkan lagi esakan Hyejin.

"Kita balik, kau rehatlah dulu.." Hyejin mengangguk lalu Jungkook membawanya kedalam kereta.

_______________

Sedar sahaja dari tidur, Hyejin sudah ada di atas katil bilik Jungkook. Jungkook dimana? Dia pun tak tahu. Mukanya yang sembap disentuh perlahan terus Hyejin mengeluh kasar.

Hyejin duduk dari pembaringan lalu termenung. Bunyi Pintu yang dikuak dari luar pun dia tak perasan.

"Hey." Pantas Hyejin menoleh. Oh, dia Junghyun. Hyejin memandangnya kosong.

Junghyun membawa satu mug air ditangannya lalu dia duduk dibirai katil.

"Ambil ni. Jungkook suruh aku tengokkan kau." Hyejin menyambut huluran Junghyun lalu dia menyisip air putih itu perlahan.

"Jungkook pergi mana?" Suaranya serak membuatkan ia tidak jelas kedengaran. 

"Dia ada urusan. Jadi sekarang, kau dengan aku sahaja dekat rumah ni." pandangan tajam yang diberikan oleh Junghyun membuatkan Hyejin menunduk.

"Aku nak minta kau satu je." Mendengarkan itu, terus Hyejin memandang Junghyun semula.

"Apa dia?"

"Tolong jangan tinggalkan Jungkook. Dia dah tak ada sesiapa selain kau dengan aku." Kata kata Junghyun membuatkan Hyejin terpana seketika.

"Apa maksud a-awak?"

"Mungkin dia tak pernah cakap dengan kau, tapi percayalah.. dia sayangkan kau." Sekali lagi Hyejin terpana.

"Mana a-awak tahu?" Terkebil kebil Hyejn memandang Junghyun.

"Cara dia layan kau dah buktikan semuanya. Jungkook susah nak dekat dengan sesiapa lepas dia denga—" Ayat Junghyun tergantung. Dia tak boleh terlepas cakap.

"Lepas dia?" Soal Hyejin mahu mengetahui apa yang cuba Junghyun katakan.

"Nothing. Aku akan cuba layan kau macam adik aku sebab Jungkook. Jadi tolong. Tolong janji dengan aku jangan tinggalkan Jungkook walau apapun yang akan berlaku nanti." Wajah Hyejin dipandang dengan penuh harapan.

"Saya janji." Kata kata Hyejin cukup untuk membuatkan Junghyun mengeluh lega.

"Boleh saya tanya?" Kata Hyejin takut takut.

"Tanyalah. Tak perlu takut dengan aku. Aku tak makan orang." Hyejin membasahkan bibirnya sebelum memulakan kata.

"Awak percayakan saya? Maksud saya, awak percayakan saya untuk ada dengan Jungkook walauapapun yang terjadi?" Soal Hyejin.

"Aku percaya. Jungkook tak akan pilih orang sesuka hati. Tapi nahas kau kalau kau cuba ambil kesempatan." Junghyun memberi amaran pada Hyejin.

"Terima kasih.." Hyejin tersenyum lebar. Jeon Junghyun yang dingin sudah boleh menerimanya sebagai adik.
_________tbc

Saya rasa ff ni mendap sangat. Silent readers pun ramai. Should I unpublish? 🙂

Votes
Comments

Lots of love, I purple you. 🙂💜

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now