Hari ketiga percutian ke Pulau Pangkor sudah terasa seperti sebulan lamanya kerana kehadiran sekumpulan lelaki-lelaki tampan yang menganggu ketenteraman Thalia Henderson. Manakala Rhea Ilmelda dan Tengku Stephanie pula tidak terasa terganggu malah mereka amat menyukainya kerana semua kerja lelaki-lelaki itu yang akan buat.
Thalia Henderson membaringkan tubuhnya di atas katil sambil merungut kecil.
Rhea Ilmelda juga membaringkan tubuhnya di atas katil di bilik Thalia Henderson sambil merenung wajah Thalia Henderson yang seperti mempunyai masalah besar.
"Kau ada masalah dengan mereka ke ?" Tanya Rhea Ilmelda.
Rhea Ilmelda perasan perubahan Thalia Henderson daripada sejak hari kedua mereka berada di Pulau Pangkor itu ketika mereka bersarapan pagi di cafe resort. Sejak berjumpa dengan lelaki-lelaki itu Thalia Henderson berubah daripada ceria kepada seorang yang selalu 'bad mood' dan dia juga tidak mahu menyertai aktiviti-aktiviti seperti snorkeling.
"Aku tak faham, kenapa dia orang pun datang ke Pulau Pangkor juga apa tiada Pulau lain ke dalam Malaysia ni ?" Marah Thalia Henderson kepada Rhea Ilmelda. Thalia Henderson menutup wajahnya dengan menggunakan bantal kecil.
Rhea Ilmelda menggelengkan kepalanya melihat Thalia Henderson. Rhea ilmelda sendiri tidak faham dengan Thalia Henderson setahunya lelaki-lelaki itu tidak melakukan apa-apa kesalahan lagi, tapi Thalia Henderson hanya akan berperangai begini apabila Tengku Malique bersama dengan mereka.
Seperti tadi, ketika mereka bermain bola tampar bersama-sama dengan Tuan Mikael, Tengku Azry Mateen, Hendry Marten di tepi pantai semua mereka bahagia, sehinggalah Tengku Malique dan Tengku Azhar tiba untuk menyertai mereka bermain bola tampar telah membuatkan mood Thalia Henderson berubah.
Kadang-kala bekerja keras juga otak Rhea Ilmelda berfikir apa yang telah dibuat oleh Tengku Malique pada Thalia Henderson.
"Tapi sebenarnya aku lagi tak faham dengan perangai kau ni, kenapa kau berubah macam ni bila si Malique tu join kita "
Terdiam Thalia Henderson.
"Perangai aku ? Malique ?" Pertanyaan lurus bendul si Thalia Henderson hampir membuatkan Rhea Ilmelda mengetuk kepala Thalia Henderson biar terus bendul, padahal dia tahu apa maksud Rhea Ilmelda.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...