ONCE AGAIN ?
RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Akhirnya seperti yang telah dirancang oleh kedua-duanya belah keluarga Rhea Ilmelda dan Tengku Azry Mateen telah menjadikan mereka sebagai pasangan suami-isteri yang sah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Majlis resepsi perkahwinan Tengku Azry Mateen dan Rhea Ilmelda diadakan di Dewan Hotel Emirates Palace iaitu hotel termewah apatah lagi apabila pasangan suami isteri itu ialah diantara golongan ternama dan jutawan, sudah tentulah majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di tempat begitu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Gaun pengantin yang mewah yang tersarung di tubuh Rhea Ilmelda masih mampu menyembunyikan baby bumpsnya walaupun perut wanita itu semakin hari semakin membesar dan bukannya mengecil.
Rhea Ilmelda menelan liur pahit, perkahwinan ini bukanlah satu kemahuannya apatah lagi untuk sehidup satu dengan Tengku Azry Mateen.
Rhea Ilmelda melepaskan keluhan berat.
Rhea Ilmelda teringat akan reaksi bekas tunang Tengku Azry Mateen iaitu Nur Wafaa walaupun wanita muda itu juga bakal mendirikan rumah tangganya bersama lelaki pilihannya tapi Rhea Ilmelda dapat melihat riak kecewa di wajah wanita itu.
Tidak usah cakap lah tunang mana yang masih mampu berlagak tenang dan masih mampu ketawa apabila perkahwinan yang diimpikan hancur sebab hadirnya orang ketiga.
Tepat pukul 11 pagi tadi, Rhea Ilmelda telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak pernah terfikir dek akalnya sendiri dan pada malam ini pula akan diadakan majlis resepsi, keluarga Rhea Ilmelda iaitu Tan Sri Hans Ivander membuat keputusan untuk mempercepatkan majlis resepsi untuk Rhea Ilmelda dan Tengku Azry Mateen lagi pun tiada guna kalau mahu melambatkan majlis resepsi kerana pengantin pun sudah hilang serinya.