Tengku Azry Mateen melangkah masuk ke dalam bilik besar yang berwarna cream chestnut dan dihiasi dengan koleksi patung dari BT21 seperti patung Tata, Chimmy, RJ, Mong, Cookie, Sookie dan satu lagi patung koala yang dia sendiri tidak tahu nama patung itu.
Tidak tahu pula Tengku Azry Mateen yang Rhea Ilmelda berminat dengan patung-patung hasil daripada kolaborasi diantara sebuah syarikat animasi di Korea bersama BTS iaitu kumpulan korea terkenal sekarang.
Senyap.
Sunyi sahaja bilik itu dan kemana Rhea Ilmelda pergi, setahunya tadi dia nampak isterinya itu masuk ke bilik ini tapi ini tidak pula dia nampak wanita itu di bilik itu, takkan Rhea Ilmelda lari turun guna tingkap takpun Rhea Ilmelda guna ilmu magik.
"You buat apa dekat sini ?" Dingin sahaja Rhea Ilmelda bertanya apabila dia baru sahaja keluar dari wardrobe nya dan dengan pantas dia mengambil beg tangannya dari atas katil.
Tengku Azry Mateen terus mengalihkan pandangannya ke arah Rhea Ilmelda yang sudah siap menukar pakaian, tadi wanita itu memakai seluar slack hitam dengan baju kemeja berwarna ungu tapi sekarang Rhea Ilmelda sudah angun memakai jumpsut jeans dan baju t warna putih tanpa lengan dan di tangan wanita itu juga ada sepasang sandal gucci.
Terpegun Tengku Azry Mateen melihat gaya anggun tapi ringkas Rhea Ilmelda dan dia juga tidak membalas pertanyaan dingin dari Rhea Ilmelda tadi.
"You nak pergi mana ?"
"Not your business " Balas Rhea Ilmelda dan kalau dia bagitahu kepada Tengku Azry Mateen yang dia mahu menenangkan dirinya di suatu tempat yang sudah lama dia mahu pergi pasti Tengku Azry Mateen akan menghalang dan kalau lelaki itu tidak halang pun pasti lelaki itu akan mengikutnya sekali.
Rhea Ilmelda mengambil iPhonenya yang diletakkan di atas meja kecil sebelum keluar dari bilik.
"You nak pergi mana ni ? Listen to me " Ujar Tengku Azry Mateen sambil menarik lengan Rhea Ilmelda supaya mendengar dahulu apa yang mahu dicakap kepada wanita itu.
Rhea Ilmelda merentap lengannya dari pegangan Tengku Azry Mateen, rimas dan dia takut dia terlambat ke Lapangan Terbang.
"Apa dia ?"
"Forgive papa okay, and I'm sorry sebab I you dengan papa bergaduh macam tadi "
"I tak ambil hati pun and please ketepi sikit sebab I nak jalan ni " Balas Rhea Ilmelda dingin.
"Wait, you nak pergi mana ni ?"
"I dah cakap kan not your business !" Balas Rhea Ilmelda sebelum terus turun tangga dan menuju ke kereta Volkswagen Tiguannya.
Tan Sri Hans Ivander dan Puan Sri Nur Jasmine yang berada di ruang tamu hanya mampu melihat kepergian Rhea Ilmelda dan mereka tahu yang anak perempuan mereka itu masih marah dengan mereka sehingga wanita itu terus sahaja keluar dari rumah banglo itu tanpa bercakap atau meminta izin daripada mereka.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...