PART 38🍑

3.2K 65 1
                                    

"Aku terima nikahnya Tengku Sophia Hany binti Tengku Rafael dengan mas kahwin sebanyak RM 22222

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku terima nikahnya Tengku Sophia Hany binti Tengku Rafael dengan mas kahwin sebanyak RM 22222.22 "

     Dan dengan hanya sekali lafaz sahaja Tengku Sophia Hany telah sah menjadi isteri kepada Tuan Mikael dan sepatutnya tempat pengantin perempuan itu bukanlah Tengku Sophia Hany tapi sepatutnya Tengku Stephanie.

     Apabila Tengku Sophia Hany memikirkan kepada adik kembarnya Tengku Stephanie serentak itu juga senyuman sinis terus terukir di wajahnya.

     Rancangannya untuk merampas tunang kepada Tengku Stephanie telah berhasil. Apalah perasaan Tengku Stephanie sekarang ? Setelah mengetahui berita ini ? Nangis ? Meraung ?

     Di belakang Tengku Sophia Hany. Puan Stella Martinez sudah tidak senang duduk apabila anak bongsunya Tengku Stephanie langsung tidak mengangkat panggilan daripadanya. Sudah puas dia menelefon anaknya itu sejak sebelum majlis mula lagi namun sampai sekarang masih belum kelihatan wajah Tengku Stephanie.

     Sudahlah mereka dikejutkan dengan berita tangkap basah Tengku Arianiea dan Tuan muda Arrey ditambah pula dengan kehilangan anak perempuannya yang masih lagi belum menunjukkan rupa walaupun ini pernikahan kakaknya sendiri.

     Puan Stella Martinez hanya melepaskan keluhan berat apabila teringatkan apa yang telah terjadi kepada Tengku Stephanie dan dia pasti sekarang hati anak perempuannya itu sedang remuk dan hancur maklumlah tunangnya telah berkahwin dengan kakak kembarnya sendiri. Malah bukan Tengku Stephanie sahaja yang merasakan itu, tapi Puan Stella Martinez dan Tengku Rafael juga sedang merasakan perkara yang sama.

     Kesian Tengku Stephanie dianiayai oleh kakaknya sendiri.

     Puan Stella Martinez hanya menerima pesanan daripada Tengku Stephanie yang mengatakan dia tidak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan di hospital. Itupun dia tahu melalui suaminya Tengku Rafael tapi Puan Stella Martinez tidak pula memaksa Tengku Stephanie untuk pulang ke rumah malah dia sendiri menyuruh Tengku Stephanie mengambil masa untuk berehat dan bertenang.

     Semasa majlis resepsi, Thalia Henderson dan suaminya Tengku Malique baharu tiba di majlis pernikahan Tengku Sophia Hany dan Tuan Mikael dan mereka mengambil tempat duduk di meja yang sama dengan Rhea Ilmelda dan Tengku Azry Mateen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Semasa majlis resepsi, Thalia Henderson dan suaminya Tengku Malique baharu tiba di majlis pernikahan Tengku Sophia Hany dan Tuan Mikael dan mereka mengambil tempat duduk di meja yang sama dengan Rhea Ilmelda dan Tengku Azry Mateen.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now