"Rhea pergi mana tadi ?" Tanya Tengku Azry Mateen apabila melihat Rhea Ilmelda memasuki rumah, sudah hampir pukul 11 malam baru Rhea Ilmelda pulang ke rumah.
Senyap.
"Rhea, abang tanya Rhea kan ? Rhea pergi mana tadi sekarang baru balik, kan abang dah cakap pukul tujuh abang akan ambil Rhea dekat HH tapi Rhea dah balik alih-alih abang sampai rumah Rhea belum balik lagi " Bebel Tengku Azry Mateen panjang, naik risau apabila hampir dua jam dia menunggu Rhea Ilmelda di lobi Hans Holdings tapi wanita itu tetap tidak kelihatan.
Senyap.
Tengku Azry Mateen melepaskan keluhan berat apabila Rhea Ilmelda hanya tidak memperdulikan pertanyaannya dan wanita itu terus berlalu bagaikan dia tidak wujud.
Tengku Azry Mateen memegang lengan Rhea Ilmelda dan menghalang wanita itu daripada terus mengurungkan dirinya di dalam bilik.
"Rhea, abang cakap dengan Rhea tahu "
"Hands off, boleh tak jangan bahasakan diri you abang dengan I " Hanya itu yang dikeluarkan oleh Rhea Ilmelda tanpa membalas pertanyaan Tengku Azry Mateen.
"Rhea, kan abang suami Rhea lagipun abang tanya Rhea ni tadi Rhea pergi mana ?" Tengku Azry Mateen tetap tidak melepaskan pegangan di lengan Rhea Ilmelda malah dia terus menanyakan soalan yang sama kepada wanita itu.
"Hands off, you tak reti bahasa ke ?" Jerkah Rhea Ilmelda, naik geram dengan perangai Tengku Azry Mateen.
"Okay okay, abang tak sentuh Rhea "
Rhea Ilmelda mendengus kasar, sudahlah tubuhnya penat baru balik dari rumah miliknya sendiri dan sepatutnya Tengku Azry Mateen bersyukur sebab Rhea Ilmelda masih mahu pulang ke rumah banglo milik lelaki itu kerana kalau diikutkan oleh Rhea Ilmelda dia tidak mahu pulang ke rumah ini.
"Rhea please answer me, Rhea pergi mana tadi ?"
"Boleh tak you jangan busybody sangat dalam hidup I, suka hati I lah I nak pergi mana-mana kaki masing-masing kan !" Sembur Rhea Ilmelda.
"Tapi I suami you Rhea, and I berhak untuk tahu semua pergerakan you walaupun kita guna kaki masing-masing " Ujar Tengku Azry Mateen dengan nada yang semakin meningkat.
Boleh naik darah tinggi kalau setiap hari melayan perangai keras kepala Rhea Ilmelda dan sempat lagi dia berdoa supaya anak mereka nanti tidak terikut-ikut perangai Rhea Ilmelda.
"I don't care, sekarang I nak kereta I balik " Pinta Rhea Ilmelda meminta kereta Volkswagen Tiguannya dikembalikan.
Rugi kereta itu jika terus disorok oleh Tengku Azry Mateen kerana setiap bulan dia bayar dan bukannya percuma dengan bayaran bulanan sehingga ribuan ringgit untuk kereta mewah itu.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...