PART 43 🍑

3.6K 50 0
                                    

Rhea Ilmelda mula mengurut lembut pinggangnya, terasa mahu patah pinggang apabila berdiri terlalu lama melakukan kerja rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rhea Ilmelda mula mengurut lembut pinggangnya, terasa mahu patah pinggang apabila berdiri terlalu lama melakukan kerja rumah.

     Sudah sebulan dia dengan Tengku Azry Mateen pulang dari Korea dan hubungannya dengan lelaki itu semakin baik.

     Rhea Ilmelda mengeluh.

     Dia mula berasa bosan duduk sendirian di rumah tanpa melakukan apa-apa kebetulan pula Hans Holding ( HH ) ada mengadakan program hari keluarga untuk semua staf-staf dan kakitangan dan sudah tentulah Encik Tengku Azry Mateen tidak membenarkan dia mengikut sekali program itu tambahan pula dia sedang agak sarat.

     Rasa mahu keluar membeli belah untuk barang keperluan bayi pula, rasanya seperti awal lagi kerana lagipun kandungannya baru mencecah 7 bulan tapi dengan tubuhnya yang kecil itu perutnya nampak comel sahaja.

     Selama 5 bulan dia dan Tengku Azry Mateen menjalani kehidupan sebagai suami isteri namun hubungan mereka sudah berbeza dan semakin baik daripada sebelum ini.

     Walaupun Tengku Azry Mateen tidak lagi melakukan perkara seperti sebelum ini namun Rhea Ilmelda masih lagi tidak dapat melupakan segala perbuatan Tengku Azry Mateen kepadanya sebelum ini, bukan dia tidak mencuba untuk melupakan tapi kenangan itu terlampau perit sehingga dia sendiri tidak mampu untuk melupakannya.

     Malah kerana Rhea Ilmelda alahan kepada bau tubuh Tengku Azry Mateen, suaminya itu sudah tidak lagi menggunakan minyak wangi VERSACE yang selalu digunakannya itu dan dia juga telah menukarkan mandian Dashing Men dengan Johnson Baby supaya Rhea Ilmelda tidak alah dengan tubuhnya.

     Selama sebulan ini juga Rhea Ilmelda sudah mula tidur sebilik dengan lelaki itu, pada mulanyanya memang dia berasa tidak selesa tapi lama-kelamaan dia semakin selesa di samping lelaki itu dan setiap malam Tengku Azry Mateen akan mengurut tapak kakinya yang mula membengkak kerana tidak tidak dapat tampung berat badannya sendiri.

     Rhea Ilmelda berbaring di sofa yang berada di ruang tamu, mungkin juga ini dapat mengurangkan dan merehatkan pinggangnya yang sedikit lenguh tadi.

     Rhea Ilmelda mengambil iPad lalu dengan pantas jari-jemarinya menaip sesuatu di situ dan mula membuka applikasi youtube tapi belum sempat video yang mahu ditonton itu mula Rhea Ilmelda sudah hanyut dalam mimpi.

🍑

Tengku Azry Mateen menapak dengan perlahan ke dalam rumah.

     Kemana pula isterinya pergi selalunya dari luar lagi dia dah dengar bunyi gelak ketawa Rhea Ilmelda sambil menonton kartun di TV tapi hari ni rumah itu sunyi sepi malah kereta Volkswagen Tiguan dan BMW 8 series milik isterinya juga masih tersadai di garaj menandakan isterinya berada di rumah tapi mana dia ?

     Tiba-tiba telinga Tengku Azry Mateen menangkap satu suara halus yang merengek-rengek perlahan.

     Tengku Azry Mateen tersenyum lebar bila melihat Rhea Ilmelda sedang enak tidur di atas sofa sambil mulutnya bergerak-gerak seperti mengatakan sesuatu dengan perlahan.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now