ONCE AGAIN ?
RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rhea Ilmelda membelek-belek beberapa helai baju-baju yang menarik minatnya. Kalau dahulu sudah tentu dia sudah mencapai baju-baju tersebut tapi sekarang dia hanya mampu melihat dan membelek sahaja.
Kalau dibeli nanti mahu dipakai takut tidak muat pula, maklumlah badannya semakin membesar bukannya semakin mengecil dan baru sekarang Rhea Ilmelda faham perasaan Nur Melanie semasa mengandungkan Eunice Elaia patutlah wanita muda itu sentiasa mengeluh tentang perubahan bentuk badannya yang mendadak dan sekarang barulah Rhea Ilmelda faham tentang itu.
Rhea Ilmelda tersenyum kecil bila teringat tentang Nur Melanie dan secara tidak langsung menyebabkan Rhea Ilmelda teringat kepada anak perempuan kepada wanita itu, Eunice Elaia.
Tiba-tiba dia terasa rindu akan si kecil Eunice Elaia itu. Setelah dia diculik oleh Tengku Azry Mateen, Rhea Ilmelda langsung tidak ada kesempatan untuk berjumpa dengan Eunice Elaia kalau berjumpa pun semasa majlisnya dahulu tapi beberapa jam sahajalah kerana Eunice Elaia meragam kerana ramai orang dan bayi itu tidak suka dengan keadaan yang bising.
Teruja pula Rhea Ilmelda mahu melihat pembesaran si Eunice Elaia sehingga menyebabkan Rhea Ilmelda menuju ke bahagian pakaian bayi untuk membeli beberapa helai baju untuk Eunice Elaia.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beberapa baju gaun comel untuk bayi berusia setahun dibeli oleh Rhea Ilmelda untuk Eunice Elaia.
Nampaknya terpaksalah Rhea Ilmelda memberitahu Grace Edene untuk membatalkan segala mesyuarat dan temu janjinya pada petang ini kerana dia mahu ke rumah keluarganya.
Niatnya tadi pada awalnya hanya mahu keluar makan tengahari tapi agak melencong sedikit apabila Rhea Ilmelda terus ke pusat membeli-belah dan nampaknya sekarang akan melencong terus sebab dia akan ke rumah keluarganya pula dan bekerja separuh hari sahaja pada hari itu.
Tanpa sempat makan tengahari dan dia juga tidak memberitahu kepada Tengku Azry Mateen yang dia mahu ke rumah keluarga, Rhea Ilmelda terus memandu seorang diri tanpa risaukan apa-apa dan dia hanya mahu cepat tiba di rumah sahaja.
Hubungan Rhea Ilmelda dan Tengku Azry Mateen memang agak dingin lagi walaupun sudah sebulan lebih mereka menjadi suami isteri tapi Rhea Ilmelda masih melayan Tengku Azry Mateen dengan dingin dan berbeza pula dengan Tengku Azry Mateen, dia melayan Rhea Ilmelda seperti puteri kalau boleh semua benda dia tidak bagi Rhea Ilmelda buat sehingga kena sembur dengan Rhea Ilmelda.