PART 3 🍑

4.5K 116 0
                                    


Pagi itu Rhea Ilmelda bergegas memasuki lobi Hans Holdings (HH) kerana dia telah terlambat sudahlah bangun pukul 9 pagi setelah itu dia pergi ke salah sebuah kedai cetakan untuk membuat kad perniagaan baharu itupun setelah dipaksa beberapa kali oleh papanya Tan Sri Hans Ivander.

Macam mana Rhea Ilmelda tidak lambat ke pejabat, malam tadi pukul 11 malam baru dia dapat melelapkan mata kerana harus menyiapkan proposal untuk mesyuarat dengan kakitangan HH.

Langkah kakinya dihayunkan sebesar yang boleh tapi tubuhnya tidaklah tinggi lampai seperti tubuh Tengku Stephanie dan Thalia Henderson membuatkan langkahnya menjadi terhad. Dalam tergopoh-gapah berjalan tanpa sengaja, Rhea Ilmelda telah terlanggar seorang lelaki.

Dush !

Habis jatuh segala dokumen-dokumen yang dibawa oleh Rhea Ilmelda tidak ketinggalan juga dengan cermin mata hitamnya.

"Oh my god, macam mana ni ?" Bebel Rhea Ilmelda perlahan tanpa mengangkat muka dan tergapai-gapai mengutip barang yang telah berselerak di lantai.

Namun ada satu tangan yang lebih pantas darinya, lelaki itu tadi dengan pantas menyerahkan semula barang-barang Rhea Ilmelda yang telah dikutipnya.

"Thank you encik" Ucap Rhea Ilmelda kepada lelaki itu sambil menunduk kepala seperti orang jepun sambil mengambil barangnya yang dihulurkan oleh lelaki itu

Setelah mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang melanggarnya dan menolongnya mengutip barang-barang tadi Rhea Ilmelda segera meninggalkan lelaki itu sendirian.

Namun, tanpa disedari Rhea Ilmelda kad perniagaan yang baru sahaja diambil di kedai cetakan tadi telah tercicir beberapa keping ketika sesi kutip-mengutip tadi dan dengan pantas diambil oleh lelaki yang melanggarnya tadi.

"Eh, Cik " Panggilnya namun Rhea Ilmelda sudah jauh meninggalkan lobi itu.

Lelaki itu menolak cermin matanya yang melorot ke hidung ditolak ke atas semula sambil tersenyum melihat gelagat tergopoh-gapah Rhea Ilmelda.

🍑

Tengku Azry Mateen memegang kad perniagaan yang telah dikutipnya tempoh hari di Hans Holdings semasa dia mempunyai urusan dengan syarikat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Azry Mateen memegang kad perniagaan yang telah dikutipnya tempoh hari di Hans Holdings semasa dia mempunyai urusan dengan syarikat itu.

"Rhea Ilmelda Tan Sri Hans Ivander" Ucap Tengku Azry Mateen sendirian sambil membaca nama yang tertulis di kad perniagaan itu.

Setelah itu juga baru dia tahu bahawa wanita cantik yang dilanggarnya tempoh hari ialah CEO Hans Holdings (HH) tapi sebelum ini dia belum pernah melihat wanita itu semasa mesyuarat antara CEO.

Tengku Azry Mateen tersenyum sendirian apabila mengingati semula kejadian tempoh hari.

Wajah polos dan bersih milik Rhea Ilmelda yang merah-kemerahan akibat terkena cahaya matahari amat menarik minatnya, wanita itu tidaklah terlalu tinggi hanya paras-paras bahunya sahaja tapi kalau masuk kategori wanita, Rhea Ilmelda sudah mempunyai tinggi yang ideal.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now