PART 18 🍑

2.3K 60 4
                                    

Rhea Ilmelda menyemak semula dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pembinaan lapangan terbang di Itali dan juga pembinaan pasaraya mewah di Singapura yang akan dijalankan bulan hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rhea Ilmelda menyemak semula dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pembinaan lapangan terbang di Itali dan juga pembinaan pasaraya mewah di Singapura yang akan dijalankan bulan hadapan.

     Nasib baik malam tadi Rhea Ilmelda telah menghentikan ketegangan diantara Tengku Stephanie dan Thalia Henderson, buktinya pagi tadi mereka berdua kembali bergurau senda seperti biasa sebelum mereka ke tempat kerja masing-masing.

     Rhea Ilmelda ketawa kecil, entah apa yang telah menggeletek hatinya dia pun tidak tahu.

     Tiba-tiba pintu pejabat Rhea Ilmelda diketuk perlahan sebelum dibuka oleh Grace Edene.

     "Miss Rhea, ada orang nak jumpa katanya dia sudah buat temu janji dengan Miss Rhea " Ujar Grace Edene sambil melemparkan senyuman manis kepada Rhea Ilmelda.

     Dahi Rhea Ilmelda berkerut, siapa pula yang dah buat temu janji dengannya, setahunya dia langsung tidak melakukan temu janji dengan sesiapa lainlah kalau dia sendiri yang terlupa.

     "Siapa ?" Tanya Rhea Ilmelda.

     "He didn't tell his name " Balas Grace Edene.

     "Okay, let him in "

     Grace Edene melangkah keluar dari pejabat Rhea Ilmelda. Pembohong kalau Grace Edene tidak kenal dengan lelaki yang ingin bertemu dengan Rhea Ilmelda, lelaki itu baru sahaja keluar majalah Business Worldwide bulan ini tapi Tengku Azry Mateen menyuruh Grace Edene merahsiakan kedatangannya daripada Rhea Ilmelda dan katanya mahu memberi kejutan kepada wanita itu.

      "Mister Tengku Azry Mateen, Miss Rhea suruh masuk " Ujar Grace Edene kepada lelaki itu yang sedang menunggu di ruangan yang telah disediakan untuk tetamu.

     Tengku Azry Mateen mengangguk sebelum dia melangkah ke pintu pejabat Rhea Ilmelda, rasa tidak selesa pula berada di Hans Holdings (HH) apabila sedari dari lobi tadi dia sudah menjadi tumpuan para penghuni di Hans Holdings (HH) itu.

     Para pekerja wanita tidak habis-habis merenungnya kalau mereka berselisih pula pasti kaum hawa itu akan berpaling untuk melihatnya, kalau lelaki pula tidak habis-habis menghulurkan salam kepadanya dan kesimpulannya penghuni Hans Holdings (HH) teramatlah peramah dan juga mereka akan cair bila melihat lelaki tampan seperti Tengku Azry Mateen.

     "Come in " Halus suara Rhea Ilmelda menyuruhnya masuk apabila Tengku Azry Mateen mengetuk perlahan pintu yang diperbuat daripada kayu jati yang berkualiti tinggi.

     Rhea Ilmelda terpampang apabila melihat Tengku Azry Mateen sudah berada di hadapannya dan lelaki itu tampak berbeza setelah lama mereka tidak berjumpa.

     "What do you want ?" Kedengaran Agak tegas suara Rhea Ilmelda, Rhea Ilmelda tidak memandang Tengku Azry Mateen malah dia masih meneruskan kerjanya.

     Tengku Azry Mateen melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di depan Rhea Ilmelda. Tampak jelas perubahan mood Rhea Ilmelda yang agak dingin sekarang berbanding tadi.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now