Rhea Ilmelda melabuhkan punggungnya di atas sofa besar di ruang tamu kondominium milik Tengku Azry Mateen, hari ini hanya dia sahaja di rumah itu dan dia mula berasa bosan duduk sendirian.
Sudah hampir dua bulan Rhea Ilmelda tinggal di kondominium itu bersama dengan Tengku Azry Mateen dalam keadaan mereka yang bukan muhrim.
Rhea Ilmelda melepaskan keluhan perlahan tapi tiba-tiba dia mula merasa loya.
Rhea Ilmelda berlari ke tandas sebelum dia memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas dan tekaknya mula berasa pedih serta kepalanya sudah pening.
Selama seminggu juga Rhea Ilmelda mengalami situasi begini malah kadang-kadang dia juga perasan yang Tengku Azry Mateen juga akan muntah pada waktu pagi tapi dia langsung tidak mahu tahu tentang kesihatan lelaki itu.
Tengku Azry Mateen telah ke syarikat Royal's Airlines pagi tadi dan lelaki itu sanggup berulang alik dari syarikatnya dengan kawasan kondominium itu dengan jaraknya yang agak jauh.
Selama dua bulan Rhea Ilmelda telah dikurung di kondominium mewah itu dan bukannya dia tidak pernah mencuba untuk melarikan diri tapi baru dia membuka pintu sudah ada pelbagai halangan yang menunggu dia di pintu kondominium itu.
Tengku Azry Mateen memang begitu nekad hendak mengurungnya sehingga menyuruh dua orang lelaki bertubuh besar mengawal di depan pintu kondominium itu dan salah seorang daripada mereka ialah Shawn.
Sesudahnya terpaksalah Rhea Ilmelda mengunci kembali pintu itu apabila ditanya oleh Shawn apa yang dia mahu tapi Rhea Ilmelda tidak menjawab malah dia terus menutup pintu.Malah selama sebulan jugalah Rhea Ilmelda langsung tidak memegang telefon pintarnya kerana setahu dia sebelum Tengku Azry Mateen menculik dia, Rhea Ilmelda telah tertinggal beg tangan LVnya di dalam kereta mesarati milik lelaki dan sekarang dia langsung tidak tahu kemana beg tangan itu berada.
Sekali lagi Rhea Ilmelda memuntahkan segala isi perutnya sehinggakan yang keluar hanyalah air dan pening di kepala semakin bertambah teruk sebelum pandangan Rhea Ilmelda menjadi kelam dan akhirnya dia rebah di dalam bilik air.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...