PART 46 🍑

3.7K 72 0
                                    


Setelah Rhea Ilmelda selesai menonton beberapa episod The Return Of Superman, akhirnya dia diajak oleh Tengku Azry Mateen makan.

     "Puan Muda, Mateen silalah makan " Ujar Mak Ya.

     Terpegun Rhea Ilmelda melihat meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan dan tentulah semuanya hidangan yang dia minta tadi, sungguh semuanya nampak sangat menyelerakan.

     "Terima kasih Mak Ya, tapi janganlah panggil saya Puan Muda panggil sahaja Rhea baru nampak mesra sikit " Balas Rhea Ilmelda sambil tersenyum, segan pula apabila Mak Ya selalu memanggilnya Puan Muda sedangkan dia bukanlah majikan di rumah itu.

     Mak Ya tersenyum sambil mengangguk, wanita separuh abad itu sudah mula menyenangi perangai wanita mengandung di hadapannya ini.

     "Boleh Mak Ya tanya sesuatu ?"

     "Silakan Mak Ya "

     "Dah berapa bulan, Mak Ya tengok macam dah sarat sangat dah ni ?" Itulah soalan yang ditanya oleh Mak Ya, malah bukan Mak Ya sahaja sesiapa pun yang mengenalinya pasti akan bertanyakan soalan itu.

     "Nak masuk 8 bulan dah Mak Ya " Balas Rhea Ilmelda.

     "8 bulan, mungkin anaknya terikut papanya badan tinggi " Ujar Mak Ya memberi pendapat.

     Rhea Ilmelda mengangguk sambil melepaskan ketawa.

     Ya, itupun salah satu yang dia selalu dengar.

     "Kalau ikut mummynya kecil sahaja " Tambah Mak Ya lagi.

     "Mak Ya, sudah-sudahlah tu panggil isteri saya tu makan " Kedengaran suara Tengku Azry Mateen.

     Mak Ya tersenyum sumbing sambil mengusap-usap jejarinya sendiri, mungkin wanita separuh abad itu lupa yang Rhea Ilmelda sudah lapar maklumlah tadi dia dengan Tengku Azry Mateen ada berhenti makan di Johor sahaja.

     "Maaf Rhea seronok pula Mak Ya bila jumpa Rhea maklumlah dah lama rumah ni tak ada Cik Puan, mari makan dulu " Ujar Mak Ya membuatkan Rhea Ilmelda terkaku.
    
🍑

"Mateen, tadi Mak Ya ada cakap dengan I yang rumah ni dah lama tak ada Cik Puan " Rhea Ilmelda memulakan bicara diantara dia dan Tengku Azry Mateen malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mateen, tadi Mak Ya ada cakap dengan I yang rumah ni dah lama tak ada Cik Puan " Rhea Ilmelda memulakan bicara diantara dia dan Tengku Azry Mateen malam itu.

     Walaupun jarum jam sudah hampir menunjukkan ke angka 10 malam tapi Tengku Zafran masih belum kelihatan di rumah banglo itu dan menurut Mak Ya, Tengku Zafran memang akan pulang lambat dan kadang-kadang tidak pulang ke rumah.

     "Mak Ya cakap macam itu ke ?" Tanya Tengku Azry Mateen nampaknya tidak begitu tertarik dengan topik yang dibawa oleh Rhea Ilmelda.

     Rhea Ilmelda menganggukkan kepalanya dan dia melabuhkan punggung di sebelah Tengku Azry Mateen yang sedang menonton movie The Avengers.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now