Sudah 10 minit Rhea Ilmelda bersama Hannah Orlando, Twan Sebastian dan Juanpa berada di dalam Starbucks Cafe. Namun, kelibat orang yang ditunggu mereka masih belum kelihatan.
Pada malam ini Twan Sebastian, Juanpa dan Hannah Orlando akan berlepas pulang ke California, jadi sementara Rhea Ilmelda ada masa ini dia hendak memperkenalkan mereka kepada Thalia Henderson dan Tengku Stephanie.
Sedari tadi Rhea Ilmelda perasan bahawa Twan Sebastian dan Juanpa telah menjadi perhatian pelayan cafe dan pelanggan perempuan. Meluat pula rasa apabila melihat sikap pelayan yang tergedik-gedik di hadapan Twan Sebastian dan Juanpa.
Maklumlah Twan Sebastian dan Juanpa boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak dan bergaya, sedangkan di California mereka sudah menjadi idola para gadis di situ apatah lagi di Malaysia.
Rhea Ilmelda memandang jam tangan berjenama ROLEX sementara Twan Sebastian hanya memerhati keadaan sekeliling, Juanpa pula sibuk mengemaskini akaun Instagramnya dan Hannah Orlando hanya bermain-main dengan minumannya.
"Hi, sorry aku kena jammed stuck tadi " Ujar Thalia Henderson yang baru tiba di Starbucks Cafe itu.
Thalia Henderson mengambil tempat di sebelah Rhea Ilmelda dan dia melemparkan senyuman kepada Juanpa dan Hannah Orlando sedangkan dia berasa amat gembira dapat berjumpa dengan model dari California itu.
Sebenarnya Thalia Henderson agak sibuk dengan pelbagai kerja yang harus disiapkan untuk Fashion Week nanti tapi apabila teringatkan dia telah berjanji untuk berjumpa dengan Hannah Orlando dan Juanpa, dengan sepantas yang boleh dia terus ke Starbucks Cafe.
"Hi Thalia, long time not see you and you looks more pretty " Tegur Twan Sebastian sambil memuji Thalia Henderson yang sememangnya bertambah cantik itu.
Thalia Henderson hanya ketawa kecil.
"Thank you Twan but different to you, you looks more ugly than before " Ujar Thalia Henderson berjaya membuatkan Hannah Orlando dan Juanpa ketawa besar.
Terbeliak mata Twan Sebastian, sampai hati Thalia Henderson.
"No I'm not, are you kidding me right ?"
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanficONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...