PART 26 🍑

3K 57 0
                                    

Rhea Ilmelda yang baru sahaja melangkah menuju ke pejabatnya di Hans Holdings (HH)  agak terperanjat apabila melihat susuk tubuh seorang wanita yang amat dikenali sedang menunggu di ruangan menunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rhea Ilmelda yang baru sahaja melangkah menuju ke pejabatnya di Hans Holdings (HH)  agak terperanjat apabila melihat susuk tubuh seorang wanita yang amat dikenali sedang menunggu di ruangan menunggu.

     "Miss Rhea, Mrs. Ilmelda Sichen baru saja sampai and she said she have appoinment dengan Miss Rhea " Ujar Grace Edene kepada Rhea Ilmelda yang baru sahaja muncul.

     "Eden. Kenapa you tak suruh dia masuk dalam office I ? You pun tahu kan she's pregnant " Balas Rhea Ilmelda agak terkilan dengan layanan Grace Edene kepada orang ternama seperti Mrs. Ilmelda Sichen.

     Grace Edene menundukkan kepalanya walaupun Rhea Ilmelda tidak meninggikan suaranya tapi dia tahu wanita itu sedang marah.

     "I'm sorry Miss Rhea, tapi sebenarnya I dah ajak dia masuk dalam office Miss Rhea tapi dia kata dia lebih selesa menunggu di luar " Balas Grace Edene perlahan.

     Rhea Ilmelda memandang Grace Edene kemudian dia menepuk bahu wanita itu sebelum melangkah ke arah Mrs. Ilmelda Sichen yang masih tidak menyedari kehadiran Rhea Ilmelda.

     "Melda " Sapa Rhea Ilmelda sambil melabuhkan punggung di sebelah Mrs. Ilmelda Sichen.

     Mrs. Ilmelda Sichen yang sedang membelek-belek majalah berkaitan dengan perniagaan di ruangan menunggu itu mengangkat kepala apabila mendengar suara Rhea Ilmelda.

     Mrs. Ilmelda Sichen melemparkan senyuman manis pada Rhea Ilmelda setelah beberapa bulan mereka tidak bertemu di Itali, tapi pada hari ini Mrs. Ilmelda Sichen sendiri yang terbang ke Malaysia untuk bertemu dengan Rhea Ilmelda.

     "Mana Mister Pablo ?" Tanya Rhea Ilmelda apabila dia langsung tidak melihat kelibat lelaki tinggi itu di samping Mrs. Ilmelda Sichen.

     "Dia jumpa dengan Mateen, katanya man to man talk " Balas Mrs. Ilmelda Sichen.

     Sebenarnya suaminya Carlos Enrique Elpablo tidak membenarkannya untuk mengikut suaminya ke Malaysia apatah lagi dia sedang sarat mengandung anak pertama mereka jadi Carlos Enrique Elpablo amat tidak menggalakkan dia untuk turut serta ke Malaysia.

     Namun kedegilan Ilmelda Sichen membuatkan suaminya tidak dapat menghalangnya daripada tidak turut serta lagipun Sveta Bilyalova dan Spencer Steven juga turut serta untuk menjaga dan mengawal keselamatan Ilmelda Sichen.

     Sementara Carlos Enrique Elpablo berbincang mengenai perkembangan perniagaan mereka di Syarikat Penerbangan Royal' Airlines milik Tengku Azry Mateen, Ilmelda Sichen telah meminta kebenaran daripada Carlos Enrique Elpablo untuk bertemu dengan Rhea Ilmelda di Hans Holdings (HH).

     "Bila due date " Tanya Rhea Ilmelda.

     Seram juga dia melihat keadaan Ilmelda Sichen yang membawa perut yang besar ditambah pula dengan menaiki pesawat selama beberapa jam, kalau dia mahu pengsan tepi jalan.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now