PART 7 🍑

3.1K 86 1
                                    

Pada malam itu, Rhea Ilmelda, Thalia Henderson serta Tengku Stephanie berada di tempat barbeku yang telah disediakan oleh pihak resort untuk kemudahan pelancong yang ingin melakukan aktiviti barbeku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada malam itu, Rhea Ilmelda, Thalia Henderson serta Tengku Stephanie berada di tempat barbeku yang telah disediakan oleh pihak resort untuk kemudahan pelancong yang ingin melakukan aktiviti barbeku.

Rhea Ilmelda sedari tadi hanya melihat pekerja resort yang sedang monolong mereka untuk menyala kan api untuk mereka melakukan barbeku. Oleh kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang cara untuk menyala kan api barbeku.

Sementara Rhea Ilmelda menjadi penonton setia kepada pekerja resort itu, Tengku Stephanie dan Thalia Henderson menawarkan diri mereka untuk menyediakan makanan yang akan dibakar sebentar lagi.

"Cik, rasanya api ni dah boleh digunakan ni " Ujar pekerja hotel kepada Rhea Ilmelda yang setia berada di sisinya sedari tadi.

"Dah boleh ke ?" Tanya Rhea Ilmelda untuk mendapatkan kepastian.

Pekerja resort itu menganggukkan kepala kemudian dia meninggalkan Rhea Ilmelda.

"Thalia, Stephie ! Api dah ready " Panggil Rhea Ilmelda sambil mengipas-ngipas api yang mulai berbara.

Thalia Henderson membawa udang, sotong, sosej, jagung, dan daging segar yang telah dicucuk di batang lidi yang dikhaskan untuk barbeku dengan diselang-selikan bersama cendawan matsutake dan bawang besar yang juga disediakan oleh pihak resort.

Thalia Henderson meletakkan batang-batang lidi tersebut di atas bara api. Sementara Rhea Ilmelda pula mengipas-ngipas api supaya tidak marak.

"Stephie ! tolong aku" Panggil Rhea Ilmelda sambil meneruskan mengipas api. Kulitnya sudah kemerahan kerana bahang api yang panas dan asap-asap yang mula tebal.

Tengku Stephanie yang sedang menyediakan salad sayur dan buah-buahan segar segera menyerahkan kerjanya itu tadi kepada Thalia Henderson yang hanya memerhatikannya dari tadi.

Setelah itu dengan pantas Tengku Stephanie melangkah ke tempat di mana Rhea Ilmelda berada dan kipas di tangan Rhea Ilmelda terus di rampas.

"Sudah, biar aku kipas kau pergi sejukkan kulit kau dulu nanti mengelupas kulit tu " Suruh Tengku Stephanie apabila dia sudah mengambil alih tempat Rhea Ilmelda, kesian dia melihat Rhea Ilmelda yang sudah bagaikan udang terbakar.

Rhea Ilmelda mengambil tempat di sebelah Thalia Henderson sambil itu dia membelek-belek kulitnya yang sudah kemerahan dek bahang apai tadi.

"Merahnya kulit kau, sini aku tolong kipaskan " Ujar Thalia Henderson lalu mengipas Rhea Ilmelda.

"Macam melecur je " Kata Thalia Henderson sambil meneliti lengan Rhea Ilmelda.

Malah, pipi Rhea Ilmelda juga merah seperti memakai blusher.

"Tak, cuma aku kalau lama sangat duduk tempat panas memang akan merah macam ni " Balas Rhea Ilmelda.

"Thalia tolong hantar pinggan " Arah Tengku Stephanie dengan tangan yang masih ligat mengipas api.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now