Tuan Mikael memandang lama ke skrin IPhone 7 plusnya, sudah tiga bulan panggilan dan pesanan dari Tengku Stephanie tidak pernah muncul di skrin itu.
Hendak salahkan Tengku Soophia Hany, tapi rasanya itu salah dia sendiri. Yelah, dia juga selalu sakitkan hati Tengku Stephanie dan menuduh tanpa mendengar dulu penjelasan Tengku Stephanie dahulu.
Sedang jauh mengelamun skrin IPhone berwarna silver itu menyala menunjukkan ada panggilan yang masuk. Tapi moodnya terus mati apabila terlihat nama yang si pemanggil itu.
Tengku Sophia Hany.
Tuan Mikael melepaskan keluhan, selama tiga bulan ini juga Tengku Sophia Hany selalu menghubungi, mengajak berjumpa dan macam-macam lagi tapi tidak tahukah wanita itu yang adiknya Tengku Stephanie merupakan tunang kepada Tuan Mikael.
Sekarang hubungan diantara Tuan Mikael dan Tengku Stephanie bagaikan sudah tidak wujud dan mati. Di KPJ Healthcare Tengku Stephanie selalu melarikan diri apabila melihat kelibat Tuan Mikael.
Tapi Tuan Mikael masih bernasib baik kerana Tengku Stephanie masih belum menghantar pihak untuk memulangkan cincin pertunangan mereka walaupun Tuan Mikael sudah dapat merasakan yang perkara itu akan berlaku tidak lama lagi.
Iphone itu dimatikan sebelum Tuan Mikael terus merebahkan tubuhnya di tilam.
🍑
Meja di bilik Thalia Henderson agak bersepah apatah lagi sekarang musim cuti sekolah dan bertambahlah orang berkahwin. Makin serabutlah kepalanya memikirkan fesyen untuk memenuhi permintaan pelanggannya.
Tiba-tiba fikiran Thalia Henderson teringatkan peristiwa Tengku Malique dan seorang wanita di sampingnya datang di butiknya untuk menempah baju nikah dan Thalia Henderson menjadi pelik kenapa banyak-banyak butik pengantin di Malaysia Tengku Malique mahu menempah baju nikah di butiknya juga tidak tahu ke lelaki itu yang hati Thalia Henderson berasa sakit.
Entah kenapalah Thalia Henderson menjadi tidak tentu arah memikirkan soal itu. Siapa wanita itu ? Kenapa datang di butiknya berdua ? Adakah Tengku Malique bakal mengahwini wanita cantik itu ?
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...