PART 13 🍑

2.8K 56 0
                                    

Tengku Azry Mateen memandang replika berbentuk kapal terbang kepunyaan Royal's Airlines yang terletak elok di atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Azry Mateen memandang replika berbentuk kapal terbang kepunyaan Royal's Airlines yang terletak elok di atas mejanya. Walaupun jasadnya berada di syarikat gergasi kepunyaan keluarganya yang kini di bawah pengurusannya tapi fikirannya entah terbang kemana-mana sekarang.

     Peristiwa yang berlaku sebulan lepas bagaikan satu kesilapan kepada Tengku Azry Mateen, kerana kesilapan itu hubungannya dengan Rhea Ilmelda telah renggang dan selama sebulan ini juga dia langsung tidak berjumpa dengan wanita itu.

     Tengku Azry Mateen melepaskan keluhan berat. Kalaulah pada malam itu Nur Wafaa tidak muncul di hadapannya dengan Rhea Ilmelda pasti dia sudah berjaya mengikat wanita itu dengan ikatan pertunangan.

     Rhea Ilmelda.

     Setiap masa Tengku Azry Mateen tertanya-tanya kepada dirinya kemana wanita itu menghilangkan diri. Hans Holdings (HH) hampir sebulan juga Tengku Azry Mateen menunggu di lobi syarikat itu untuk berjumpa dengan Rhea Ilmelda tapi masih tidak kelihatan. Rumah keluarganya ? Tengku Azry Mateen langsung tidak tahu dimana keluarga Rhea Ilmelda tinggal, mahu ditanya kepada Thalia Henderson dengan Tengku Stephanie mahu nanti timbul pelbagai pertanyaan daripada mereka berdua. Rumah Rhea Ilmelda ? Tengku Azry Mateen tahu wanita itu tidak tinggal serumah dengan keluarganya tapi dia juga tidak tahu diman rumah wanita itu, sebelum ini Rhea Ilmelda tidak pernah memberitahu dimana rumahnya kepada Tengku Azry Mateen.

     Tengku Azry Mateen menyingkap rambutnya ke belakang. Kehilangan Rhea Ilmelda bagaikan suami kehilangan isteri baginya.

     Selepas seminggu kejadian tersebut berlaku hubungan pertunangan diantara Tengku Azry Mateen dan Nur Wafaa telah diputuskan, keluarga Nur Wafaa iaitu ibunya telah memulangkan cincin bertatahkan berlian kepada papa Tengku Azry Mateen dan Tengku Zafran dengan senang hati menerima hakikat pertunangan anaknya itu diputuskan.

     Tiba-tiba muka putih bersih Tengku Azry Mateen menjadi merah, apabila dia teringatkan hinaan yang telah dileparkan oleh Rhea Ilmelda kepadanya sebulan yang lalu.

   "Hei ! Kau tak dengar ke aku cakap jangan sentuh aku ! Aku jijik ! Lelaki macam kau ni memang tak layak untuk aku, dasar lelaki kaki perempuan !"

     Apakah itu hinaan ? Hinaan yang telah dilemparkan oleh wanita yang menjadi pujaannya kepada dirinya sendiri ? Sampai hati Rhea Ilmelda menghinanya di depan orang ramai malah wanita itu juga telah menamparnya.

     Jijik ? Tengku Azry Mateen tidak layak untuk Rhea Ilmelda dan kaki perempuan ?

     Tengku Azry Mateen memegang kepalanya yang tiba-tiba berasa sakit. Sakit, sama dengan rasa sakit hatinya disaat menerima hinaan yang dilemparkan oleh seorang wanita yang amat dicintainya.

     "Rhea, aku akan pastikan kau jadi milik aku walaupun aku terpaksa guna cara kotor " Ucap Tengku Azry Mateen sendirian.

     Ya ! Tengku Azry Mateen tekad akan tetap memiliki Rhea Ilmelda walaupun wanita itu tolak jika dia menggunakan cara lembut dan dia akan menggunakan cara kasar dan kotor jika wanita itu tetap berdegil.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now