Tengku Stephanie termenung sendirian di taman rumah agam milik keluarganya. Terasa seperti jiwanya sudah terbang diragut oleh seksaan-seksaan masa lalu.
Dia masih ingat apabila mamanya, Puan Stella Martinez memberitahu sebuah berita gembira kepadanya tapi sebenarnya berita gembira itu hanya untuk Puan Stella Martinez dan Tengku Rafael manakala itu adalah berita yang paling ngeri buat Tengku Stephanie.
Ya ! Tengku Sophia Hany sudah mahu pulang ke Malaysia dan pulang untuk menyakitkan hatinya sahaja, nama sahaja Tengku Sophia Hany seperti nama seseorang yang amat murni pekerti perlakuannya tapi sayangnya murni pekerti itu hanya pada nama tapi orangnya amat berbeza.
Namun, di hadapan mama dan papanya Tengku Stephanie hanya memaniskan muka padahal hatinya sudah cukup terseksa. Bayangkanlah si kakak tiri Cinderella sudah mahu kembali !
Tengku Stephanie melepaskan keluhan. Udara nyaman di taman itu sudah tidak lagi menyamankan baginya seperti selalu.
Mama dan papanya pasti sedang bergembira sekarang maklumlah anak sulung mereka sudah mahu pulang tapi hanya beberapa bulan sahaja kerana kakak kembarnya itu adalah seorang model di bawah syarikat terkenal di London.
Ting !
iPhone kepunyaan Tengku Stephanie berbunyi menandakan ada pesanan ringkas daripada applikasi whatsapp.
- Can we meet tonight, I miss you - Tuan Mikael.
Tengku Stephanie sudah tersenyum bahagia apabila membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Tuan Mikael. Sejak Tuan Mikael meluahkan perasaannya kepada Tengku Stephanie di Pulau Pangkor dulu dan pada masa itu juga mereka telah rasmi menjadi pasangan kekasih.
Dengan pantas jari-jemari Tengku Stephanie menaip semula pesanan ringkas untuk dihantar ke Tuan Mikael.
- Okay, see you soon - Tengku Stephanie.
Sudah seminggu Tengku Stephanie tidak berjumpa dengan kekasihnya itu, sejak seminggu yang lepas Tuan Mikael telah diarahkan untuk menghadiri seminar perubatan yang diadakan di India.
walaupun kedua-dua mereka berasa berat hati untuk berjauhan tapi mereka terpaksa demi tugas mereka dan sepanjang seminggu itu hanya mesej dan video call sahaja yang menjadi penghubung mereka.
Buat seketika ingatan Tengku Stephanie terhadap Tengku Sophia Hany terpadam.
🍑
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...