Seperti yang telah dijanjikan oleh Tengku Azry Mateen pada minggu lepas, akhirnya hari ini Rhea Ilmelda akan menjejakkan kakinya di rumah keluarga mentuanya buat kali pertama sepanjang tempoh perkahwinannya itu.
Rumah banglo 3 tingkat yang terletak di atas bukit menjadi lokasi Rhea Ilmelda dan Tengku Azry Mateen.
Sepanjang perkahwinannya ini rasanya inilah kali pertama Tengku Azry Mateen membawa Rhea Ilmelda ke rumah keluarga mentuanya dan selama ini dia hanya mengenali Tengku Zafran sahaja iaitu ayah kepada suaminya.
Pintu gerbang istana keluarga Tengku Azry Mateen terbuka luas sebaik sahaja kereta Mesarati milik Tengku Azry Mateen berhenti di hadapan pagar besar itu. Rhea Ilmelda terpaku melihat isi dalam rumah mewah itu. Jika hendak dibandingkan dengan rumah keluarga rasanya jauh kebelakang.
Kelihatan 4 orang pembantu rumah datang menyambut kedatangan mereka. Lihat daripada penampilan mereka sepertinya sudah berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.
"Selamat datang Tuan muda dan Puan muda" Ucap salah seorang pembantu rumah yang kelihatannya lebih tua di antara mereka semua.
Tengku Azry Mateen menarik bagasi sambil melemparkan senyuman. Rhea Ilmelda membuntuti suaminya, maklum lah dia belum pernah lagi menjejakkan kaki ke rumah mentuanya.
Masyaallah, sungguh dia terkejut melihat isi dalam rumah itu.
Sedangkan lihat sahaja pagar di luar pun sudah dirasakan bahawa dirinya amat kerdil bila bergandingan dengan Tengku Azry Mateen.
"Mak Ya, papa mana ?" Tanya Tengku Azry Mateen sambil memimpin tangan isterinya.
Mak Ya ? Jadi wanita separuh abad inilah yang diceritakan oleh Tengku Azry Mateen tempoh hari, Rhea Ilmelda mengukir senyuman manis apabila Mak Ya melemparkan senyuman kepadanya.
"Tuan besar ada mesyuarat dengan pelabur dari China " Balas Mak Ya, adalah pembantu rumah yang memberi ucapan kepada mereka tadi. Mak Ya menunduk.
Tengku Azry Mateen melepaskan keluhan lalu tangan isterinya ditarik ke lif. Wait LIF ?
"Papa tak pernah berubah, walaupun mama dah lama tiada " Gumam Tengku Azry Mateen, mukanya seperti sedang menanggung sesuatu yang berat.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...