PART 16 🍑

2.5K 52 0
                                    

"Mama " Panggil seorang wanita yang tinggi lampai dan mempunyai rambut panjang berwarna coklat terang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama " Panggil seorang wanita yang tinggi lampai dan mempunyai rambut panjang berwarna coklat terang.

     Wanita itu memandang rumah agam yang cantik berhias dengan pelbagai jenis bunga dan pelbagai jubin yang mempunyai bentuk yang unik, rasanya sudah hampir 14 tahun dia tidak pulang ke Malaysia.

     "My Sophia Hany " Puan Stella Martinez sudah menjerit teruja apabila melihat anak perempuan sulungnya sudah berada di depan matanya sekarang.

     Tengku Sophia Hany melemparkan senyuman manis kepada Puan Stella Martinez dan dia terus memeluk tubuh mamanya. Tengku Sophia Hany sengaja tidak mahu memberitahu kepada Puan Stella Martinez dan Tengku Rafael yang dia telah tiba di Malaysia.

     Malah, Tengku Sophia Hany juga telah menyewa sebuah kereta BMW 8 series untuk kegunaannya selama dua bulan di Malaysia.

     "Sayang, kenapa tak bagitahu mama yang Hany dah sampai Malaysia boleh mama dengan daddy pergi ambil Hany dekat Airport ?" Ujar Puan Stella Martinez sambil mengusap lembut pipi Tengku Sophia Hany.

     Rindu kepada Tengku Sophia Hany semakin menebal. Yelah, bayangkan hampir tiga tahun dia tidak berjumpa dengan Tengku Sophia Hany. Setahun yang lepas semasa Puan Stella Martinez ke London untuk berjumpa dengan Tengku Sophia Hany tapi semasa itu anaknya itu sedang mengadakan pertunjukkan fesyen di Itali dan Puan Stella Martinez tidak dapat berjumpa dengan Tengku Sophia Hany.

     Tengku Sophia Hany tersenyum manis sambil memegang tangan Puan Stella Martinez.

     "It's okay mama, Hany dah balik kan ?" Ujar Tengku Sophia Hany sambil menepuk lembut lengan mamanya.

     "Hany ?"

     "Daddy !" Tengku Sophia Hany terus meluru dan terus memeluk Tengku Rafael.

     "Bila Hany balik ?" Tanya Tengku Rafael memandang pelik Tengku Sophia Hany.

     "Hany baru sampai daddy "

     Tengku Rafael sudah memandang pelik wajah Tengku Sophia Hany. Bila pula budak ni sampai ? Siapa ambil dia dekat Airport ? Hany naik teksi ke ? Macam-macam soalan yang timbul di benak Tengku Rafael.

     "Daddy janganlah buat muka macam tu, Hany balik dengan kereta itu dengan BMW dekat luar tu sebelum Hany balik sini Hany dah sewa kereta untuk Hany guna " Terang Tengku Sophia Hany macam dia tahu sahaja kenapa muka Tengku Rafael berubah begitu.

     Tengku Rafael melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya Tengku Sophia Hany telah selamat tiba di rumah mereka.

     "Stephie mana daddy, mama ?" Tanya Tengku Sophia Hany bila dia langsung tidak melihat wajah adik kembar yang dibencinya itu.

     "Stephie kerja, lagipun dia tak duduk sini dah dia dah pindah rumah sendiri " Sampuk Puan Stella Martinez.

     Sudah jenuh Puan Stella Martinez memujuk Tengku Stephanie supaya tidak berpindah ke apartment nya dan tinggal di rumah mereka selama Tengku Sophia Hany berada di Malaysia, tapi anaknya itu tetap berkeras hendak pindah ke apartment juga.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now