Tengku Azry Mateen merenung tajam ke arah iPhone yang berada di tangannya, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam namun kelibat Rhea Ilmelda masih belum muncul di rumah banglo itu malah bunyi kereta wanita itu juga langsung tidak kedengaran.
Atau mungkin apa yang diberitahu oleh ibu mentuanya Puan Sri Nur Jasmine yang Rhea Ilmelda telah pergi ke suatu tempat yang jauh untuk menenangkan fikiran wanita itu sendiri benar ?
Tengku Azry Mateen meraup wajahnya, dia risau akan keselamatan dan kesihatan Rhea Ilmelda apatah lagi wanita itu sedang mengandungkan anak sulung mereka, kalaulah Tengku Azry Mateen tahu yang Rhea Ilmelda akan melarikan diri setelah dia bertengkar dengan Tan Sri Hans Ivander dan Puan Sri Nur Jasmine disebabkan dia sudah tentu Tengku Azry Mateen akan berdiam diri dan tidak bergurau dengan Rhea Ilmelda yang sehingga menyebabkan wanita itu naik marah.
Tiba-tiba Tengku Azry Mateen teringatkan sesuatu, patutlah semasa lamaran pertamanya dahulu gagal Rhea Ilmelda telah ke California Amerika untuk menetap bersama Granny Maria, rupanya memang Rhea Ilmelda akan melarikan diri jika ada sesuatu yang telah terjadi kepadanya.
Tengku Azry Mateen melepaskan keluhan.
Kemanalah isterinya itu pergi ? Mahu dikata wanita itu pulang ke rumahnya sendiri, tadi dia sudah pergi ke rumah itu tapi tidak pula dia nampak kereta atau tanda-tanda Rhea Ilmelda di rumah itu. Thalia Henderson ? Tak mungkin sebab sekarang Thalia Henderson dengan Tengku Malique sedang berada di London dan kalau Tengku Stephanie pula rasanya tidak.
Ting ! iPhone Tengku Azry Mateen berbunyi.
🍑Sudah hampir lima hari Rhea Ilmelda berkampung di Korea dan selama lima hari juga dia dapat rasa kebahagiaan yang telah lama dia lupa.
Selama lima hari Rhea Ilmelda di Korea juga Rhea Ilmelda terpaksa mematikan iPhone nya kerana dia tidak mahu diganggu dengan sebarang panggilan daripada Tengku Azry Mateen, Thalia Henderson, Tengku Stephanie, Tan Sri Hans Ivander dan juga Puan Sri Nur Jasmine.
Yelah, bayangkan pada hari pertama sahaja iaitu selepas Rhea Ilmelda selamat tiba di lapangan terbang Incheon Korea sudah berduyun-duyun panggilan daripada Tengku Azry Mateen, Puan Sri Nur Jasmine dan Tan Sri Hans Ivander begitu jugalah dengan mesej daripada mereka.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...