Rhea Ilmelda melangkah keluar daripada BMW i8 nya, akhirnya setelah lima hari bercuti dan pulang daripada Pulau Pangkor Rhea Ilmelda akan meneruskan semula kerjanya di Hans Holdings (HH).
Seperti hari-hari yang sebelumnya, hari ini kelibat Syed Fariq masih kelihatan di ruang lobi sebaik sahaja Rhea Ilmelda memasuki bangunan besar itu.
"Good morning Rhea, where are you going last week ? I risau pasal you " Ucap Syed Fariq sambil menayangkan wajah risaunya. Yelah, hati mana tidak risau selama seminggu dia menunggu kelibat wanita itu tapi tidak kelihatan.
Rhea Ilmelda melepaskan keluhan. Syed Fariq memang degil walaupun sudah diberi amaran oleh Rhea Ilmelda supaya tidak datang ke Hans Holdings (HH) jika tidak mempunyai urusan nampaknya hanya dipandang ringan oleh lelaki itu dan juga lelaki tampan ini masih tidak jemu-jemu menunggu dirinya dan mengganggu ketenteramannya tidakkah lelaki ini tahu bahawa Rhea Ilmelda tidak menaruh perasaan kepadanya.
"I rasa I dah bagi warning pada you jangan datang HH kalau you tiada urusan I tak nak nanti timbul masalah" Balas Rhea Ilmelda tanpa membalas ucapan dari Syed Fariq.
Syed Fariq tersenyum.
"Tapi I rasa tak salah kan kalau I nak datang sini sebab nak melawat bakal isteri I ?" Balas Syed Fariq selamba.
Rhea Ilmelda menjeling geram lalu terus meninggalkan Syed Fariq bersendirian tanpa membalas kata-kata manis lelaki itu.
Makin Rhea Ilmelda melayan karenah Syed Fariq itu makin menjadi-jadi pula nanti tapi sekarang pun dia tidak melayan karenah lelaki itu tapi nampaknya makin teruk pula.
Sebaik sahaja membuka pintu pejabat yang telah menjadi miliknya sejak setahun yang lalu, Rhea Ilmelda terus melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang empuk.
Namun matanya tertancap apabila dia melihat sejambak bunga ros berwarna merah dan putih yang amat cantik terletak di atas mejanya.
"Bunga siapa ni ?" Kata Rhea Ilmelda seorang diri sambil menghidu bunga tersebut.
"Wangi" Katanya lagi.
Tiba-tiba personal assistantnya meminta kebenaran untuk masuk ke dalam pejabatnya.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanfictionONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...