Majlis sambutan hari jadi Thalia Henderson Dato' Ammar Henderson yang ke 23 amat meriah sekali dengan kehadiran sahabat rapat, ahli keluarga dan rakan perniagaan dari pelbagai syarikat untuk merapatkan hubungan sesama sendiri.
"Happy birthday Thalia Henderson!" Ucap Rhea Ilmelda sambil menghulurkan satu beg kertas yang terdapat logo rasmi VICTORIA SECRET.
Thalia Henderson menyambut huluran beg kertas tersebut sambil memeluk tubuh langsing Rhea Ilmelda dan mencium pipi gadis itu.
"Thank you Rhea, I'm very appreciate it" Ucap Thalia Henderson.
"Baby Thalia Happy Birthday" Ucap Tengku Stephanie sambil menghulurkan beg kertas DOLCE GABBANA.
Serentak itu, Thalia Henderson terus memeluk tubuh tinggi lampai Tengku Stephanie.
"Thank you Stephie, Rhea for the gift and also my looks" Ujar Thalia Henderson serentak itu mereka bertiga ketawa.
Setelah itu, Rhea Ilmelda meninggalkan Tengku Stephanie dan Thalia Henderson yang sedang rancak berborak.
Rhea Ilmelda menuju ke atas pentas setelah mengambil mikrofon yang akan digunakan oleh juruacara majlis. Nampaknya hari ini Rhea Ilmelda akan menjadi juruacara majlis tanpa bayaran.
"Perhatian kepada semua tetamu yang hadir, mari kita nyanyikan lagu happy birthday untuk birthday girl kita pada hari ini Thalia Henderson Dato' Ammar yang ke 23" Pinta Rhea Ilmelda sambil tersenyum simpul dapat mengenakan Thalia Henderson.
Thalia Henderson yang berada di tepi meja hadiah kelihatan sedikit terkejut apabila melihat wajah Rhea Ilmelda yang berada di pentas sambil memegang mikrofon.
Tengku Stephanie tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari kepada Rhea Ilmelda.
Tepukan gemuruh diberikan oleh para tetamu kepada Rhea Ilmelda dan terdapat juga yang terpegun melihat kecantikan dan kejelitaan wanita yang berada di atas pentas tersebut.
"Sebelum kita nyanyikan bersama untuk Thalia, Miss Stephie sila bawa birthday girl Thalia ke atas pentas" Pinta Rhea Ilmelda sekali lagi.
Tengku Stephanie segera menolak tubuh Thalia Henderson yang kaku menuju ke pentas yang dipenuhi dengan bunga ros hijau dan belon helium yang dihias membentuk perkataan ' Turn 23 Thalia.
Sebaik sahaja Thalia Henderson berada di atas pentas. Lampu ballroom terus dipadamkan dan hanya satu lampu spotlight dihidupkan dan menghala ke arah Thalia Henderson.
Serentak itu muzik ' Happy Birthday ' dipasang dengan menggunakan speaker dan semua tetamu yang hadir menyanyikan lagu happy birthday tersebut untuk Thalia Henderson, dan di saat itu juga sebuah kek berwarna putih dan dihiasi dengan bunga ros hijau ditolak di hadapan Thalia Henderson dengan menggunakan meja yang disediakan khas untuk kek.
Apabila habis muzik itu, Thalia Henderson segera menutup matanya untuk membuat permintaan, dan serta-merta ballroom hotel menjadi terang benderang.
"Thank you" Ucap Thalia Henderson sambil memegang mikrofon yang diambil di tangan Rhea Ilmelda.
Dari jauh kelihatan Natalia Henderson menuju ke arah di mana Thalia Henderson, Rhea Ilmelda dan Tengku Stephanie berada bersama dengan dua orang lelaki tampan di sampingnya.
"Hi Rhea, Stephie " Tegur Natalia Henderson.
"Hi" Balas Rhea Ilmelda dan Tengku Stephanie serentak sambil tersenyum.
"Thalia, Rhea, Stephie kenalkan ni kawan kakak Syed Iskandar dan ini kawan Iskandar Tengku Malique" Ujar Natalia Henderson.
Mata Tengku Malique tidak berkedip memandang wajah bujur sirih milik Thalia Henderson. Wajah itu mengingatkan dia kepada seorang gadis yang telah mati dalam dirinya dengan meninggalkan luka yang mendalam.
"Happy birthday Thalia" Ucap Syed Iskandar sambil tersenyum kemudian dia menyerahkan sebuah beg kertas kepada Thalia Henderson.
"Thank you abang Is, bila nak datang rumah bawa family abang Is ?" Usik Thalia Henderson, bukannya dia tidak tahu bahawa kakaknya Natalia Henderson mempunyai hubungan lebih daripada kawan dengan Syed Iskandar itu.
Syed Iskandar tersenyum lebar manakala Natalia Henderson pula sudah kemerah-merahan pipinya.
"Kakak Thalia ni entah bila dia nak bagi kata putus dekat abang" Usik Syed Iskandar pula.
Meletuslah ketawa Thalia Henderson, Rhea Ilmelda, Tengku Stephanie, Syed Iskandar dan Tengku Malique kecuali Natalia Henderson yang tidak melepaskan ketawa malah dia menahan malu.
"Thalia, aku dengan Stephie nak pergi makan dulu tau" Rhea Ilmelda memberitahu Thalia Henderson sebelum dia dan Tengku Stephanie meninggalkan mereka berempat di situ.
Thalia Henderson mengangguk.
"Is, tadi papa nak jumpa you kan ?" Tanya Natalia Henderson.
"Yup, lupa pula I " Balas Syed Iskandar.
"Maliq, kau nak ikut aku jumpa Dato' Ammar ?"
"It's okay, kau pergi lah dengan Natalia aku stay sini" Balas Tengku Malique.
Setelah Natalia Henderson dan Syed Iskandar pergi, tinggallah Thalia Henderson dan Tengku Malique di situ.
"So are you Thalia Henderson Dato' Ammar Henderson ?" Dengan sinis Tengku Malique menegur Thalia Henderson yang sedang sibuk menyusun hadiah yang diterimanya di meja.
Thalia Henderson memandang Tengku Malique dengan pelik.
"Can I help you Mister Malique ?" Tanya Thalia Henderson dengan lembut.
Tengku Malique berasa amat benci untuk melihat wajah Thalia Henderson tapi dalam satu masa yang sama dia tertarik dengan renungan mata redup itu.
"Perempuan yang pernah memalukan aku di HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL"
"Wait, memalukan awak ?"
"Yes, pada hari sukan masa tu kau tingkatan tiga dan aku senior kau" Ujar Tengku Malique.
Terkejut Thalia Henderson. Ya ! Dia masih ingat budak bercermin mata itu ! Dan dia ialah Tengku Malique seorang lelaki kacak yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.
"Don't say that you're that weirdo student" Balas Thalia Henderson.
Tengku Malique tersenyum sinis sambil memandang Thalia Henderson.
"Yup, it's me !"
Ya ! Thalia Henderson masih ingat pada hari sukan sekolah HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL semasa dia berada di tingkatan tiga di mana dia telah memalukan 'si weirdo' a.k.a Tengku Malique dengan menyimbah air sirap dan kuah kari ke wajah lelaki itu setelah dia dicabar melakukannya oleh Irene Chen rakan sekelasnya.
Thalia Henderson hilang kata-kata.
"I'm sorry Malique, I really don't mean it" Ujar Thalia Henderson.
Tengku Malique tersenyum sinis.
"It's okay Thalia, aku dah maafkan cuma... " Kata-kata Tengku Malique terhenti.
"Cuma apa ?"
Tengku Malique mendekatkan bibirnya ke telinga Thalia Henderson dan membisikkan sesuatu di telinga Thalia Henderson.
Serentak itu berubah muka Thalia Henderson dan dia terkedu, Tengku Malique terus meninggalkan Thalia Henderson yang terkulat-kulat sendirian.
YOU ARE READING
Once again ? ( COMPLETED )
FanficONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang bernama TENGKU AZRY MATEEN ! can you imagine it dia dilamar dan dituduh perempuan perampas dalam satu...