LS 0 : Wolf in Sheep's Clothing

5.5K 136 24
                                    

16 Julai 2019

Lokasi : IPD Johor Bahru

It's late. Syaf tau tu. Dah pukul 3 pagi dah ni, and dia patutnya kat rumah, tido or maybe siapkan assignment professor dia. Tapi..., korang tertanya-tanya kenapa dia ada kat sini? Kat balai polis ni? Keluhan berat dilepaskannya lemah. Kedua-dua tangannya ditekup lalu mengusap mukanya. Eyebags bawah matanya jelas kelihatan akibat asyik nangis and tak tidur hampir 3 hari. Fikirannya melayang ke arah nasib insan disebalik bars lokap tu.

Lamunannya terganggu sebab bunyi tapak kaki yang menghampirinya. Kepalanya diangkat dan wajah seorang detektif perempuan dilihatnya. Tubuhnya kecik-kecik, rambut hitam panjangnya diikat menjadi high-ponytail. Mata Syaf meleret jatuh dari muka detektif tu ke arah dadanya. Tag nama detektif tu dibacanya.

Detektif Tasha

Deheman dilepaskan oleh Tasha. Fokus Syaf kembali ke muka perempuan di depannya. Baru dia perasan, kat kedua-dua tangan Tasha ada dua cawan kopi. Tangan kanan Tasha diregangkan and air kopi tu dihulurkan pada Syaf. Ragu-ragu, Syaf ambik cawan kopi tu lalu dihirup kopi Americano tu perlahan-lahan. Keluhan nafas lega dilepaskannya. Tasha pun hirup kopi Mocha miliknya. Wajah Syaf dipandangnya lama.

"Hopefully kopi ni cukup nak tahan awak dari ngantuk. Sebab saya akan soal siasat awak kejap lagi"

Syaf hanya menggantung kepalanya lemah. Tak lama kemudian, dia mengangguk lemah. Puas dengan jawapan Syaf, Tasha bergerak kedalam sebuah bilik yang ada sebuah cermin besar. Bilik soal siasat. Syaf meneguk habis air kopinya lalu cawan tu diletakkan di sebelahnya. Rambut hitamnya dibetulkan, selepas satu keluhan dilepaskan, dia bangun dan berjalan ke dalam bilik tersebut.

Tasha tuding jarinya ke arah sebuah kerusi besi kat belakang meja besi yang ada kat situ. Syaf melangkah ke arah kerusi tersebut lalu duduk di atasnya. Pintu besi ditutup oleh Tasha kemudian dia duduk bertentangan dengan Syaf.

Sebuah fail kuning dikeluarkan lalu diletakkan atas meja besi tersebut. Diselaknya satu persatu muka surat fail tu. Tangan kanan Tasha mengambil sekeping gambar gadis berambut ponytail yang didyekan warna ungu dan bercermin mata. Mata Syaf menjadi lembut bila tengok gambar tu.

Keluhan panjang dilepaskan oleh Tasha. "Ok, first thing first, apa hubungan awak dengan suspek?" Syaf main ngan ibu jarinya. Matanya fokus ke lantai. Jedda. Kedua-dua wanita tu tak bercakap. Fikiran Syaf bercelaru. Tiba-tiba Tasha meletakkan tangannya atas tangan Syaf membuatkan gadis tu terkejut. Tasha tersenyum kecil.

"Hey, sokay. Bagitau je. Saya takkan judge awak. Skang ni, saya perlukan kerjasama awak untuk kes ni" ujar Tasha dengan suara yang perlahan dan lembut. Syaf melarikan anak matanya ke arah lain. Nafas lajunya cuba dikawal. Matanya jatuh semula pada wajah manusia dalam foto tadi. Dia tak tau nak senyum ke sedih or marah kat gadis tersebut.

Setitis air mata jatuh menimpa permukaan foto tersebut. Tasha hanya mampu menunggu, taknak force budak ni lebih-lebih. Kang satu habuk pun tak dapat. Tapi, nampak gayanya air mata milik Syaf semakin laju pula keluar. Tangannya diangkat lalu kesat ngan kasar matanya. Tersendu-sendu, dia cuba berhenti menangis. Banyak sangat yang jadi pada dia. Sampai dia sendiri penat and broke down depan stranger.

Tasha hulurkan sapu tangan pada Syaf, gadis berambut hitam paras dagu tu mengambil kain tersebut lalu lap mata dan hidungnya. Nafasnya masih tersangkut-sangkut dan pendek. Tak lama kemudian, dia kembali bertenang. Mata merahnya memandang ke arah foto tadi lalu tangan kanannya terbalikkan gambar tu menghadap meja. Tak sanggup Syaf tengok muka dia lagi. Lepas apa yang dia buat. Lepas apa dosa yang dia dah buat...

She's a monster...

Bibirnya menggigil-gigil dibuka untuk menjawab, "Dia.... Girlfriend saya..." Mukanya ditunduk malu. Takut dijudge, takut dipandang jijik, hina, diperlekeh. Takut lepas ni, cara detektif Tasha layan dia berubah. Daripada friendly jadi kejam. Dia takut sangat-

Tangannya digenggam erat oleh Tasha. Mata kelabu Syaf memandang tepat pada mata hazel milik Tasha. Polis tersebut hanya tersenyum kecil, tak terpaksa, nampak sangat ikhlas. Badan Syaf menjadi relax. Dia bersandar pada kerusi besi tersebut.

"I told you I won't judge" ujar Tasha kemudian mengalihkan tangannya dari tangan Syaf. Gadis di depannya mengangguk kecil lalu mengukir senyuman kecil. Tasha kemudian fokus semula ke arah fail di depannya. Tangannya keluarkan 5 keping gambar mayat. Kelima-limanya berlainan jantina tapi ada satu persamaan.

Mayat-mayat tu takde kepala.

Perut Syaf terasa seperti dipulas. Bukan sebab tak selesa or takut tengok gambar-gambar tu, dia just rasa bersalah. Bersalah dan kesian kat mayat-mayat tu. Tasha nampak riak wajah Syaf lalu dia ingatkan dirinya untuk tanya gadis tu pasal ni nanti.

But, the truth is...

"Awak tau sape yang buat ni?"

Kelopak mata Syaf merudum, dia sedih, bersalah, takut, pada masa yang sama. Tangannya menggigil. Giginya diketapnya kuat. Dalam telinganya terngiang-ngiang suara pembunuh tu. Manis, cheerful, merdu. Jantungnya terasa sempit bagaikan rangka rusuknya menjadi semakin kecil.

Bibirnya menyebut nama yang membuatkan jantungnya semakin sempit, sesak. "Mir... Mir yang buat. Yang bunuh mereka ni semua..."

"Awak tau pasal ni?"

Satu anggukan.

"And awak diam je?"

Satu lagi anggukan walaupun dia macam ragu-ragu.

"Kenapa?"

Syaf berdiam. Dia mengangkat kedua-dua kakinya lalu memeluk lututnya perlahan-lahan. Dagunya diletakkan di atas lututnya, mata kelabunya jauh termenung. Dia sendiri keliru. Kepalanya kusut asyik pikir je pasal ni. Tasha taknak dia stress, jadi dia tukar soalan.

"Berapa lama dah dia buat camni?"

Air liur ditelannya perlahan. Tangan kanannya dikeluarkan lalu mengira dengan jari-jarinya. Mukanya diangkat, memandang muka Tasha. "Tiga tahun lebih agaknya"

Mata Tasha membesar. Tangan kanannya menghentak meja besi tu secara tiba-tiba. Badan Syaf terloncat akibat terkejut. Mata kelabunya membesar. Tasha menahan dirinya daripada menjerit lepas nampak muka Syaf. Dia mengetap giginya, tangannya digenggam perlahan. Kemudian, mukanya disapu kasar. Hembusan nafas lemah dilepaskan. Mata Tasha ditonyohnya penat.

"Sorry bout that. Urmm, boleh bagitau kenapa dia jadi macam tu? Apa motif dia? Bunuh orang-orang yang tak bersalah tu?"

Mata kelabu Syaf memandang ke arah lain. Pelukan kat lututnya semakin erat. Perasaan nostalgic menyerangnya dan membuatkan bulu roma di tengkuknya meremang. Air liurnya ditelan payah kemudian dia berdehem perlahan. Bibir keringnya, dia jilat.

"Apa kata saya citer je dari awal. Maybe lagi senang nak faham.."

Tasha menghela nafas lega. "Better that way.."

Syaf tarik nafas dalam kemudian dilepaskannya lemah. Jari telunjuk kanannya mengetuk-ngetuk permukaan meja besi tersebut.

I'm the reason why she became that.

"It started when Mir was 16...."

New story like i've promised. Nnty klu aq ada masa, aq update. So, genre kalini horror and thriller. Aq tk pernah bwt lg genre cmni so, uhhh wish me luck..? Hope aq tk tergantung tulis citer ni. Pls do vote and comment. See ya.

Miztique__

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now