Would you love me more (would you love me more)
If I killed someone for you?
Would you hold my hands? (Would you hold my hands)
They're the same ones that I used
When I killed someone for you
Would you turn me in (would you turn me in)
When they say I'm on the loose?
Would you hide me when (would you hide me when)
My face is on the news?
'Cause I killed someone for you, yeah_
9 Jun 2019 (10:40 p.m.)
Syaf panaskan lauk tengah hari tadi iaitu ayam masak merah sementara menunggu Mir untuk balik ke rumah. Dia mengisi air paip dalam sebuah cerek besi kemudian letakkan alat tersebut atas dapur rumahnya. Api dihidupkan lalu bahagian bawah cerek tersebut mula dijilat api.
Gadis bermata kelabu tersebut menyandarkan belakangnya di permukaan dinding ruang dapurnya. Kedua-dua tangannya memeluk tubuhnya sambil kepalanya dilentokkan kebelakang.
She's supposed to be here by now.
Entah kenapa malam ni dia tak sedap hati. Seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku. Jantungnya seakan dipicit kuat, dada kirinya terasa sempit. Sakit dan pedih.
Tangan kanannya mencapai telefonnya. Dia tau tabiat Mir yang selalu tetapkan telefonnya dalam mod senyap jadi takde guna kalau nak call dia.
Bil.
Syaf selalu rasa pelik kenapa Bil hilangkan diri secara tiba-tiba dan sekarang ni dia kembali macam takde apa-apa. Lagi pelik, dia terus cari Mir bukannya Lay. Padahal Lay tu girlfriend Bil. Yea, dorang adik beradik angkat tapi... Macam ada yang tak kena.
Sejujurnya, dulu masa Lay bagitau Syaf yang dia dan Bil couple, dia rasa tak sedap hati. Pada pandangannya, Bil tu lain macam sikit. Senyuman dia, gelak tawa dia, personaliti dia semuanya seakan-akan palsu dan tak ikhlas. Baru Syaf sedar, dia tak pernah bercakap tentang hubungan dia dan Lay sepertimana dia bercakap tentang ibunya. Bila ibunya disebut, beribu-ribu emosi datang membanjiri anak mata hazel milik Bil tapi bila Lay disebut, senyuman yang dia sering lemparkan, tak sampai di matanya, tak ikhlas. Seolah-olah perasaan sayang Bil pada Lay tu tak wujud.
Lamunannya terganggu disebabkan bunyi cerek yang menandakan air dah mendidih. Tangan kanannya terus mencapai untuk mematikan gas dapur tersebut. Rambutnya diusap kebelakang lalu tangan kirinya mencapai mug kegemarannya manakala tangan kanannya mengangkat cerek tadi. Kakinya mengorak langkah ke meja makan rumahnya. Dia menuang air panas tadi ke dalam mug kemudian mengambil satu uncang teh lalu rendamkannya dalam air panas tadi. 3 sudu teh gula dia letakkan ke dalam air tadi lalu dia membancuh minuman tersebut.
I might be afraid of her... But she's the only person who probably knows where Mir is..
Seusai membancuh teh tersebut, tangannya mencapai telefonnya yang dia masukkan kedalam poket seluarnya tadi. Nombor Bil ditekannya lalu dia menunggu gadis tomboy itu untuk mengangkat panggilannya.
Goes straight to the inbox?? Selalunya dia on phone dia..
Dia cuba sekali lagi namun nasibnya masih sama. Disebabkan geram, dia menelefon Bil hampir 20 kali dan sempat meninggalkan 7 mesej. Kreditnya hampir habis disebabkan benda ni.
Lay tau ke dorang kat mana? One way to find out.
Ibu jari kanannya hampir menekan butang 'call' di profil Lay tapi dia berhenti disebabkan daun pintu rumahnya diketuk kuat. Telefonnya hampir terjatuh dari pegangannya tapi dia sempat menangkap alat tersebut. Kakinya laju bergerak ke daun pintu rumahnya. Jantungnya kembali berdegup kencang. Peparunya seakan-akan susah nak bernafas. Perasaan gelisah tadi kembali lagi.
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Horror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...