LS 8 : Papercut

1.3K 78 14
                                    

It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin
It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin

-

Cahaya matahari pagi samar-samar masuk melalui langsir bilik dorm aku. And buatkan tidurku terganggu. Aku mengerang lalu menarik selimutku ke atas kepalaku, menghalang cahaya daripada masuk. Still tak puas hati, aku pusingkan badanku menghadap kekiriku. Huh? Benda apa yang aku tertendang tadi? Out of curiousity, aku menendang perlahan sekali lagi.

"Ugh, stop it..."

Ada suara and aku dengar pergerakan di sebelah aku. Akhirnya, aku keluarkan kepalaku dari kepompong selimutku. Mataku seakan-akan menipu aku. Takkanla. Mustahil. Ni mimpi lagi ke? Kat depan mataku terbaringnya Syafina, my angel, my light of this darkness world. Ok, aku terover but kalau korang bangun-bangun and crush korang terbaring sebelah korang, apa perasaan korang? Konfem giddy cam aku.

Tanganku yang gatal lagi takleh nak duk diam ni mencapai mukanya. Aku menekup pipinya lembut. Wow, lembut, putih, macam kulit baby. Ibu jariku singgah di bibirnya. Aku mengusap perlahan bibir bawahnya sambil try mengawal nafsu naga dalam badan aku ni. Lepas dah puas tenung kat bibir dia, tanganku sentuh hidung kecilnya pula. Aku cuit sekali, dahinya berkerut lalu tangannya mengusap kasar mukanya, maybe nak buang benda yang singgah kat hidung dia kot. Then, dia mengeluh and sambung tidur.

Cute.

Mukaku merona kemerahan. Tengok reaksi dia buatkan aku nak kacau dia lagi. Comel nak mati. Aku kacau lagi hidungnya. Tapi dia tak beri apa-apa respon. Cis. Aku cuit lagi hidungnya, kalini agak kuat sikit. Dia berkerut tapi sambung tidur kemudiannya. Bibirku dicebik lalu aku mendekatkan mukaku ke arah mukanya. Bibirku menyentuh hidungnya perlahan. Kalau dah dua kali aku cuit dia, dia takde respon. Ni setakat peck je dia takkan rasa kan?

Silap.

Kelopak matanya terbuka perlahan. Aku terus menjarakkan badanku darinya dengan pantas. Hujung telingaku terasa panas and cepat-cepat aku tutup semula mataku. Pura-pura tidur.

"Erm.... Hmm pukul bape dah ni?"

Aku dengar bunyi cadar katil bergerak semasa dia cuba mencapai henfonnya di lantai. Telingaku menangkap suaranya yang berbisik "8 lebih" kemudian dia kembali menghadap aku. Aku cuba buat riak wajahku setenang mungkin. Nampakla sikit yang aku nyenyak tidur. Aku dapat rasakan sepasang mata kelabu tenung mukaku lama di depanku. Dia tergelak kecil lalu menyelak rambut yang menutup mukaku dari pandangannya. Tapak tangannya direhatkan pada pipiku. Ahh, hangatnya tangan dia.

Kenapa dia jadi camni? Apa benda yang aku terlepas semalam? Ntah-ntah, berita pasal mayat Alan tu just mimpi and realitinya adalah aku and Syaf confess cinta kitorang and skang dah jadi couple? No. No fucking way, Mir. Kalau betul, kau akan ingat benda penting camtu. Lavender. Uhh, wanginya, lembutnya. Aku tak tau kenapa tapi leher aku ni gatal sangat gi bergerak and buatkan pipiku bergesel dengan tapak tangannya.

Ergh, fuck. Am I busted?

"Heheh, terjaga ke?"

Bisikkannya menyapa telingaku. Aku mengeluh lemah and pura-pura macam baru bangun tidur. Mata hitamku bertembung dengan mata kelabunya. Senyuman ringkas bermain di bibirnya. Tangannya yang tekup pipiku telah ditariknya tadi. "Sorry, did I woke you up?"

Perlahan-lahan, aku menggeleng. Aku menguap kecil lalu mengeliat sekejap. Then, aku pandang dia semula. Mata kelabunya penuh dengan amusement and admiration. Silence falls between us, and aku tak beberapa selesa. So, aku buka mulut and tanya soalan yang dari tadi duk bermain dalam kepala aku ni.

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now